Selain menjadi seorang wakil rakyat dan juga seorang naib qadi,YB Ramli turut memenuhi jadual beliau sebagai seorang guru agama sambilan.Kelas beliau ini adalah khas untuk kaum wanita yang diadakan di surau Mau'dzhotul Hasanah Simpang Empat,Semanggol.Kelas beliau adalah setiap sabtu,bermula jam 9 pagi.Beliau mengajar matapelajaran Tasawwauf(Pembentukan Rohani) yang berkaitan hal-hal solat sunat menggunakan kitab Hidayatul Salikin yang dikarang oleh Syeikh Abdul Samad Palambani.Kelas ini sudah bermula sejak 3 tahun yang lepas dan mendapat respon yang amat baik dari kaum wanita.
Isteri YB,Ustazah Latifah juga seorang guru agama yang mengajar matapelajaran Al Quran dan Tajwid serta matapelajaran Fardhu Ain.Jadual ustazah bermula Isnin hingga hari Jumaat,lebih kurang 7 kali seminggu kelas diadakan.Ada kelas pagi dan ada juga kelas petang.Tetapi Ustazah Latifah lebih menekankan kepada sebutan makhraj huruf dan Tajwid dan bukannya untuk cepat khatam.
YB Ramli dan isteri mengalu-alukan kepada kaum wanita yang ingin turut serta di dalam kelas-kelas yang diadakan.Tiada bayaran tetap yang dikenakan,terpulanglah kepada sumbangan ikhlas dari semua yang menghadiri kelas mereka.
Ahad, 28 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan