Khamis, 25 November 2010

ZIARAH KEMATIAN MENDIANG TAY KIM SENG

|

Bagan Serai , 24 November 2010-YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing, YB Tuan Haji Ramli Bin Haji Tusin , ADUN Gunong Semanggol serta rombongan telah berkesempatan meluangkan masa untuk menziarahi satu lagi kematian masyarakat kaum Cina di Jalan Jetty berhampiran dengan bangunan Pejabat Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Turut serta dalam sesi ziarah tersebut ialah Puan Hajjah Latifah Bt Salleh, isteri YB ADUN Gunong Semanggol, Puan Hajjah Rohaya Bt Bakar, Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Serai, Mr. Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai dan beberapa orang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh kaum keluarga mendiang dan juga tetamu-tetamu yang turut hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Menurut waris, mendiang meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumah beliau di Jalan Jetty akibat sakit tua pada hari Selasa lalu, 23 November 2010.Menurut waris juga pada ketika sesi lawatan, kesemua ahli keluarga terdekat telah tiba dan mendiang dijangkakan akan disemadikan di tanah perkuburan di Taiping pada hari Sabtu yang akan datang.

Dikesempatan itu juga, kedua-dua YB sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan berada di sana sekitar 30 minit.Berikut ialah beberapa gambar sekitar sesi ziarah tersebut :








Isnin, 22 November 2010

PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG UPSR 2010 SKKT

|

20.11.2010; Kampung Tua, Majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010 bagi Sekolah Kebangsaan Kampung Tua telah diadakan di Markas PAS Cawangan Kampung Tua pada malam ahad yang lalu. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Tua dengan kerjasama pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Semanggol. Seramai 3 orang pelajar sekolah berkenaan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan seramai 5 orang lagi mendapat 4A. YB Hj Ramli Tusin (Adun Gunong Semanggol) mengucapkan tahniah kepada ibubapa pelajar berkenaan diatas kejayaan anak-anak mereka dan mengharapkan sedikit sumbangan atau anugerah ini akan menjadi perangsang kepada anak-anak yang lain supaya terus berusaha bagi mencapai kejayaan dimasa akan datang. Majlis di sambung dengan ceramah mengenai pengertian Qurban menurut pandangan masa kini yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Roshidi bin Husin.







Isnin, 15 November 2010

MENZIARAHI BEKAS GURU PASTI

|

Pagi tadi YB Ramli dan isteri beserta guru-guru PASTI Jabal Nur,Semanggol telah melawat Puan Kamariah Bt Mat Daud,53,bekas guru di PASTI yang sama.Sekarang,Puan Kamariah terpaksa berhenti mengajar dan berehat di rumah selepas dia terkena penyakit misteri.Namun begitu,dia semakin pulih semenjak sebulan dua ini.




Sumbangan adalah dari Badan Kebajikan PASTI Negeri dan dari guru-guru PASTI Jabal Nur sendiri.Puan Kamariah telah mengajar di PASTI tersebut sejak tahun 1994 lagi.

Ahad, 14 November 2010

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN BAGAN SERAI

|


Pagi tadi telah berlangsung dengan jayanya majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Bagan Serai yang diadakan di Dewan Haji Wahab Nor,Masjid Tinggi.Program bermula jam 830 pagi dan berakhir jam 1230 tengahari.Majlis ini dirasmikan oleh YB Ramli yang juga penaung bagi majlis ini.





























SEMINAR PAS SEDIA GANTI UMNO

|

SHAH ALAM : Apabila ramai menyedari UMNO adalah ejen kepada Britsh, lalu ramai yang keluar dari UMNO, hanya kelongsong sahaja.Demikian antara penegasan Presiden PAS. DS. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa merasmikan Program Seminar PAS Sedia ganti UMNO yang diadakan di DewanBSA di sini.Katanya lagi sejarah yang benar tidak boleh ditutup.Jati diri orang Melayu makin tehakis disebabkan UMNO tidak berjuang dengan semangat Islam tetapi atas semangat Bangsa.




Presiden PAS juga menegaskan Islam tidak menghalang hubungi silaturahim walaupun dengan bukan Islam. Ini adalah hak.Kita bersedia mengambil ahli tempat UMNO, mengambilnya untuk meruntuhkan Jahiliyah dengan kekuatan aqidah, ilmu, Organisasi dan jentera.Tegasnya,kemenangan yang akan diberikan adalah bersyarat. Dan mesti mempunyai persedian membina dengan Ilmu dan Aqidah.Allah jadikan perjuangan Islam bukan menang mudah dan ini adalah lumrahnya.




Para pejuang mestilah menyediakan kekuatan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak menyembunyikan kekuatannya.Selain itu Presiden PAS menekankan PAS mestilah mempunyai organisasi yang baik.Seperti mempunyai ahli yang ramai Cawangan dan kawasan yang kuat.PAS tidak sama dengan UMNO dalam soal kerjasama dengan orang bukan Islam, kita melaksanakan tahaluf siyasi. Kita bergabung kerana Islam Ada feqah politik kerana feqah bukan hanya dalam sembahyang sahaja.





UMNO dia kerjasama dengan tidak ada jati diri, bukan Islam bergabung dengan kita dengan mereka menerima dasar PAS.Kita menawarkan diri kita untuk mengambil alih kuasa. Kita sedar kita boleh menang bukan hanya dengan sokongan Ahli kita sahaja, dimana orang UMNO juga ada yang menyokong kitaKalau UMNO menerima Islam, Kita sokong mereka, sebaliknya jika mereka menolak Islam dan muzakarah pun mereka tolak maka kita menawarkan untuk mengambil alih tempat UMNO.




Dan sekarang dengan kelahiran anak bongsu PAS iaitu DHPP di mana anggotanya adalah melibatkan kaum bukan Islam,maka PAS sepatutnya lebih bekerja keras memandangkan sokongan bukan Islam semakin kuat terhadap kita.Kita ambil alih tempat UMNO dengan cara yang baik bukan seperti cara kotor dan rakus BN merampas Perak.