Isnin, 8 Mac 2010

MELAWAT PENDUDUK YANG UZUR

|

Sudah lama YB mendapat tahu mengenai keuzuran seorang penduduk berhampiaran rumah beliau,cuma tiada kesempatan waktu untuk menziarahinya.Dan hari ini Alhamdulillah YB sempat mencuri masa melawat Pak On atau nama penuhnya Harun B Yusof,82.Sesampainya YB di rumah Pak On,amat terkejut YB melihat keadaan Pak On yang sangat kurus.Pak On tidak boleh duduk dan hanya berbaring saja.YB meminta maaf kerana lambat datang untuk melawat Pak On.
Menurut isteri Pak On,Rafeah Bt Abd Rahnman,67,pada mulanya suaminya hanya mengadu sakit perut dan terus dibawa berjumpa doktor.Setelah diperiksa doktor menyatakan yang Pak On menghidap penyakit jangkitan kuman pada paru-paru dan usus.Itu berlaku kira-kira 4 bulan yang lalu dan sekarang sudah 2 bulan Pak On terlantar.Bila hendak mandi,Pak On terpaksa menggunakan kerusi roda.Dahulunya Pak On ketika sihat adalah seorang penoreh getah dan juga membuka gerai makan dan minum secara kecil-kecilan.Kini Pak On hanya makan nestum dan juga glukos.YB mengalu-alukan sumbangan dari sesiapa saja untuk membantu Pak On.

1 ulasan:

Pengundi Batu 11 berkata...

Saya harap ADUN Gunung Semanggol terus tabah dalam menghadapi cabaran menyelesaikan masalah rakkyat DUN Gng Semanggol... Insya Allah rakyat akan kekalkan anda jika prestasi membanggakan..