Selasa, 23 Disember 2008

Majlis Penyampaian sumbangan Aktiviti JKKK DUN Manjoi

|


Satu majlis penyampaian sumbangan bagi perlaksanaan aktiviti JKKK bagi Dun Manjoi telah diadakan pada 20hb. Disember yang lalu. Penyampaian cek sumbangan telah di lakukan oleh YB Haji Ramli bin Haji Tusin, ADUN Gunung Semanggol yang mewakili YB Khalil Idham Lim bin Abdullah. Pada majlis tersebut seramai 10 orang ketua kampung yang mewakili JKKK dalam kawasan DUN Manjoi menerima cek sumbangan yang berjumlah RM 3000.00 bagi setiap JKKK . Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDP PAS kawasan Tambun merangkap Bendahari PAS Perhubungan Negeri Perak, Dr. Haji Khairudin bin Dato` Abd Malik, Penyelia ADUN Manjoi dan Penghulu mukim Kinta. Dalam ucapan beliau, YB Ramli berharap dengan sumbangan daripada kerajaan negeri tersebut, semua Ketua kampung dapat memajukan kampung masing-masing dengan aktiviti yang berfaedah dan diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Jumaat, 12 Disember 2008

Ibadah Qurban DUN Semanggol sempena Aidil Adha 1429H

|

‘Makan daging Setahun sekali’ ungkapan yang sering terpapar dalam iklan-iklan kecil di ruang-ruang iklan akhbar mengenai kedaifan saudara muslim di Negara –negara yang baru membangun seperti Myanmar, Kemboja dan Laos. Pun begitu, dalam memenuhi tuntutan ibadah qurban sewajarnya masyarakat setempat perlu didahulukan. Masih ramai yang memerlukan sumbangan daging qurban dari golongan yang berkemampuan yang menjalani tuntutan tersebut. Bagi masyarakat kawasan Kampung Balik Bukit, Kampung Jaya dan Taman Indah Jaya Gunung Semanggol, sebanyak 9 ekor lembu (7 ekor pada hari pertama dan selebihnya pada hari kedua) telah berjaya ‘ditumbangkan’ oleh masyarakat kawasan tersebut. Pembabitan ADUN Gunung Semanggol dalam program qurban kali ini menjadikannya bertambah meriah bila mana beliau sendiri turut menjadi ‘tukang sembelih’kepada kesemua lembu-lembu tersebut.
Selesai sahaja disembelih seperti biasa lembu-lembu akan dilapah dan kemudiannya daging-daging tersebut dibahagikan kepada semua penduduk kawasan tersebut. Dan telah menjadi tradisi dimana-mana tempat sekalipun, ibadah korban ini memerlukan penglibatan semua pihak dari segenap usia dan lapisan masyarakat dalam menjayakan program tersebut.

Pada sebelah petang Aidil Adha kedua, ADUN Gunung Semanggol meluangkan masa menziarah kematian salah seorang penduduk Siam kawasan Pondok Tanjung. Mendiang merupakan antara penyokong PAS bagi kawasan tersebut. Beliau yang diiringi oleh ketua kampong Pondok Tanjung, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Bagan Serai dan Ketua penerangan MTD Gunung Semanggol turut menyampaikan sumbangan peribadi dan meminta keluarga mendiang agar bersabar dengan ketentuan tersebut.