Sabtu, 24 Januari 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN DAERAH KERIAN

|






Selasa, 20 Januari ; Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Haji Mohd Nizar bin Jamaluddin telah meluangkan masa beliau seharian bertemu para penduduk di daerah Kerian. Lawatan ke Daerah Kerian ini merupakan antara tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh beliau sebagai khalifah di muka bumi ini yang telah dilantik sebagai pemimpin yang menerajui kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.YAB Ir. Nizar dan rombongan yang tiba pada pagi tersebut telah disambut oleh Pegawai Daerah dan Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN dan Ahli Parlimen serta Pegawai-pegawai Agensi Kerajaan di Daerah Kerian. YAB MB seterusnya menyampaikan ucapan beliau dan menjelaskan beberapa isu-isu semasa terutamanya isu tanah yang sering digunakan oleh pemimpin UMNO sebagai modal untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Perak. Selesai ucapan beliau, dilangsungkan sesi dialog bersama rakyat yang rata-ratanya berkaitan dengan keperluan asas di kampung seperti jalan dan lampu, isu pertanian dan perkara-perkara berkaitan dengan soal kebajikan rakyat. YAB MB seterusnya menyampaikan geran hak milik tanah kepada penduduk-penduduk di daerah Kerian. YAB MB juga telah di bawa melawat gerai-gerai pameran agensi-agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan agensi swasta seperti Pejabat Tanah dan Daerah Kerian Majlis Daerah Kerian, Yayasan Perak, Jabatan Agama Islam Perak, jabatan Pertanian Negeri Perak, Sime Darby, Bomba dan Penyelamat Malaysia, PDRM dan banyak lagi. Turut diadakan pada program bertemu pelanggan ialah pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pejabat kesihatan Daerah Kerian kepada tetamu yang hadir.


Pada sebelah petang pula selesai daripada meyampaikan kuliah Zuhur di Masjid Daerah Parit Buntar, YAB dan rombongan di bawa ke PPMS Batu 6, Mukim Beriah bagi menyampaikan batuan fakir miskin serta mengambil kesempatan mengacau bubur Asyura. Turut sama ialah YB Haji Husin, YB Haji Ramli dan YB Khalil Idham Lim yang dibantu oleh Penghulu Mukim Beriah dan ketua-ketua kampung berhampiran.



Rombongan YAB MB seterusnya dibawa melawat salah seorang penduduk kampung Kubu Gajah yang terpaksa di potong kedua-dua belah kaki sehingga pangkal peha kerana kanser saraf. Suasana pilu menyelubungi rumah tersebut ketika YAB MB memanjatkan doa kepada Allah subhanahu wata'ala memohon kesejahteraan dan diringankan bebanan pesakit tersebut disamping menyampaikan sumbangan peribadi beliau. YAB MB kemudiannya meneruskan agenda di Kerian dengan menyampaikan kuliah Maghrib di Tajung Piandang dan mengakhiri lawatan dengan program bersama rakyat di kawasan ADUN Kuala Kurau.

Rabu, 21 Januari 2009

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

|







Pada pilihan raya kecil (PRK) P.036 yang lalu, ADUN Gunung Semanggol yang juga merupakan YDP PAS kawasan Bagan Serai turut sama membantu jentera pilihanraya PAS meraih sokongan penduduk tempatan bagi memenangi kerusi P.036 yang telah dikosongkan setelah penyandangnya Dato’ Razali bin Ismail meninggal dunia. Haji Ramli Tusin bersama-sama petugas UPU Pantai batu Burok yang terdiri daripada Muslimat PAS Johor, Petugas-petugas tempatan telah menziarahi beberapa penduduk-penduduk tempatan yang dikhabarkan telah ‘dikecualikan’ daripada arus pembangunan kerajaan Barisan Nasional Terengganu.


Setelah diselidiki semasa program ziarah, para petugas-petugas tidak dapat menahan sebak dan kesedihan betapa daifnya penduduk-penduduk tersebut yang boleh dikategorikan sengaja dipinggirkan oleh pihak yang berkenaan yang sepatutnya bertanggungjawab membawa arus pembangunan kepada rakyat.Haji Ramli juga berkesempatan meluangkan masa melawat penempatan petugas-petugas PAS dari Perak di Kampung Kolam. Pada kesempatan itu, beliau memberikan kata semangat serta dorongan kepada mereka dalam melaksanakan tugas.


Katanya tugas ini memerlukan kesungguhan dan semangat yang kuat. Para petugas terpaksa meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak semata-mata untuk memastikan pilihan raya tersebut berjaya tanpa memikirkan imbuhan atau balasan. Beliau berharap dan berdoa dengan sumbangan tenaga dan perhatian para petugas dalam pilihanraya ini, pilihanraya P.036 menyebelahi Parti Islam Semalaysia.

Jumaat, 9 Januari 2009

DEMONSTRASI BANTAH KEKEJAMAN YAHUDI LAKNATULLAH!!!

|



Keangkuhan Zionis yang mengambil kesempatan dengan menyerang umat Islam di Palestin menyebabkan seluruh dunia bersatu (kecuali sekutunya) membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut. Palestin seumpama medan pengujian teknologi senjata ketenteraan apabila tentera Zionis sentiasa membedil kawasan-kawasan penting seperti Gaza dengan alasan pejuang Hamas barada di kedudukan tersebut. Perkara yang menjadi persoalan apakah amunisi dan persenjataan yang telah digunakan?Mungkin Cluster bomb atau MOAB..



Hal sedemikian yang telah disuarakan oleh seluruh penduduk kawasan Bagan Serai dalam satu demonstrasi di perkarangan Masjid Al-Athar, Bagan Serai sebagai membantah kekejaman Yahudi laknatullah terhadap penduduk Palestin. Demonstrasi yang diketuai oleh Ustaz Idris bin Ismail dan beberapa lagi saf pimpinan Pemuda Bagan Serai dengan kerjasama Jawatankuasa masjid Al-Athar telah menarik perhatian lebih 300 jemaah Solat Jumaat mengikuti bantahan tersebut.Pelbagai kain rentang yang mengutuk tindakan rejim dikibarkan bagi menyemarakkan rasa amarah terhadap Zionis. Pada akhir bantahan semua yang hadir bersama-sama mendoakan agar tentera Harakat Al-Muqawwama Al-Islamiyya bersama-sama Hizbollah dapat menghancurkan tentera rejim Zionis dan seterusnya menyelamatkan bumi Gaza dan Palestin yang pernah menjadi kiblat umat Islam yang pertama…