Selasa, 25 Januari 2011

CERAMAH ISU SEMASA DI BATU KURAU

|














Isnin, 17 Januari 2011

TAKLIMAT PERTANIAN

|

Kampung Tua, Semanggol; 15 Jan 2011. Satu taklimat penggunaan racun makhluk perosak untuk tanaman padi telah di anjurkan oleh PAS Cawangan Kampung Tua dengan kerjasama syarikat pengeluar racun pertanian, Sygenta dan Bayer. Program yang bermula jam 9.30 pagi itu diadakan di petak sawah sdr Mohd Nasir Sulaiman dan dihadiri oleh lebih 50 orang penduduk tempatan dan dari kampung berhampiran. En Azman bin Ahmad dari Syarikat Sygenta memulakan taklimat penggunaan racun dan diikuti oleh en Zulkifli bin Hashim dari syarikat Bayer. antara nasihat yang di berikan oleh mereka kepada petani-petani supaya menggunakan racun mengikut aturan dan sukatan yang telah ditetapkan supaya ianya tidak membahayakan petani dan dapat menjimatkan penggunaan racun. dipenghujung majlis Al-Fadhil Ustaz Mohd Sabri Hj Sabran menyampaikan sedikit tazkirah, beliau mengingatkan petani-petani, disamping usaha dan tawakall kepada Allah jangan lupa hak yang perlu dikeluarkan (zakat pertanian) kepada 8 asnaf yang dinyatakan. Sebagai penutup majlis tersebut bacaan doa selamat di bacakan oleh Ustaz Mohd Sabri Hj Sabran dan majlis penyampaian hadiah untuk peserta dan hadiah galakkan kepada anak-anak ahli PAS yang cemerlang dalam PMR lalu.




En Zulkifli Hashim menyampaikan taklimat kepada petani-petani.

YB Hj Ramli Tusin menyampaikan ucapan


Ustaz Mohd Sabri Hj Sabran menyampaikan tazkirah


antara petani-petani yang menerima hadiah dalam kuiz mengenai pertanian


Siti Fatimah Hashim menerima hamper dan sedikit wang saguhati kerana berjaya mendapat 8A dalam PMR


Azamuddin Abd Rahman menerima hamper dari YB atas kecemerlangan dalam PMR


Wakil dari syarikat Bayer menyampaikan cenderahati kepada YB Hj Ramli
adik Azamuddin bin Abd Rahman


Adik Siti Fatimah Hashim

bergambar kenangan bersama YB Hj Ramli Tusin

Jumaat, 14 Januari 2011

YB HJ HUSIN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

|

ADUN Selinsing,YB Hj Husin B Din,58,telah terlibat dalam satu kemalangan sebentar tadi di Telok Medan,Bagan Serai.Walaubagaimanapun keadaan beliau tidak parah cuba cedera di jari dan juga di dada beliau akibat hentakan beg udara.Honda CRV milik beliau remuk dibahagian hadapan.Menurut beliau semuanya berpunca selepas beliau cuba mengelak dari sebuah motosikal yang tiba-tiba berhenti ditengah-tengah jalan untuk membelok ke kanan tanpa sebarang isyarat.Dan seterusnya beliau tidak dapat mengawal kenderannya lalu terbabas melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri.






MELAWAT KELUARGA MENDIANG POW POH LUNG

|

Semalam YB Ramli dan isteri telah meluangkan masa melawat keluarga mendiang Pow Poh Lung,90,yang meninggal dunia akibat sakit tua.Mendiang juga merupakan nenek kepada isteri mendiang Encik Beh Heng Kin selaku Pengerusi DHPP Perak.Turut hadir bersama adalah Sekretariat Parlimen Bagan Serai dan juga YB Haji Husin,ADUN Selinsing.







Selasa, 11 Januari 2011

MINTA BANTUAN JKM

|

Sebentar tadi,Pengerusi DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS) Encik Beh Heng Kin bersama-sama dengan Sekretariat Parlimen Bagan Serai telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada saudara Tay Hock Heng,36 yang patah kakinya kerana telah terlibat dalam satu kemalangan pada bulan Oktober tahun lepas ketika pulang dari bekerja di Pulau Pinang.Mereka sekeluarga tinggal di Taman Serai Perdana,Bagan Serai.

Menurut ibunya Puan Leong Ah Moi,62,suaminya telah lama meninggal dunia dan kebetulan pula dia baru saja berhenti kerja kerana kilang tempat dia bekerja telah ditutup.Beliau cuba mencari pekerjaan baru tetapi masih belum berjaya kerana faktor umur beliau.


Di sini beliau amat berharap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu meringankan beban beliau dan anak tunggalnya itu.

JALAN ROSAK AKIBAT LORI BESAR KELUAR MASUK

|

Penduduk di Taman Serai Perdana,Bagan Serai mengeluh disebabkan oleh jalan di kawasan perumahan itu rosak teruk.Semuanya berpunca dari lori-lori yang yang keluar masuk dan diletakkan di bahu jalan di sepanjang taman itu.Lori-lori itu dimiliki oleh sesetengah penduduk di taman itu juga yang kebanyakannya bekerja sebagai pemandu lori.

Menurut seorang penduduk di situ Tan Mooi Heok,52,keadaan jalan yang rosak itu amat berbahaya kepada pengguna jalan itu terutamanya kepada penunggang motosikal dan basikal.Lebih berbahayaapabila tiba musim hujan.


YB Ramli berharap masalah tersebut dapat ditangani oleh pihak berwajib.Beliau tidak mahu masalah itu berlarutan sehingga penduduk taman mengambil tindakan sendiri.