Khamis, 15 Oktober 2009

PROGRAM BADAN KEBAJIKAN DUN Gunung Semanggol

|

Satu siri ziarah Badan kebajikan DUN Gunung Semanggol di kawasan estet Batu 10, Gunung Semanggol telah diadakan pada 14 Oktober 2009 yang lalu. Program yang dilaksanakan adalah bertujuan menziarah kaum India serta menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban golongan miskin dari kaum India yang mana akan meyambut Depavalli tidak lama lagi.


Rombongan badan kebajikan seramai 7 orang telah disambut oleh wakil penduduk penempatan estet tersebut.Seramai 13 orang penduduk yang merupakan pekerja estet telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian daripada Badan kebajikan tersebut yang telah disampaikan oleh ADUN Gunung Semanggol, YB Haji Ramli bin Tusin. Menurut Puan Hamimah selaku pengerusi Badan Kebajikan DUN Gunung Semanggol, sumbangan tersebut adalah derma penduduk-penduduk dalam kawasan Gunung Semanggol dan kawasan sekitar. Beliau juga menjelaskan, program tersebut merupakan sebahagian daripada misi-misi badan kebajikan DUN Gunung Semanggol bagi membantu golongan miskin dan yang menghadapi kesusahan khususnya didalam kawasan DUN Gunung Semanggol.

Rabu, 14 Oktober 2009

YDP PAS BAGAN SERAI SAMPAIKAN KERUSI RODA

|

Bagan Serai, 14 Okt. 2009; Majlis ringkas penyerahan kerusi roda kepada En. Mohd Amin bin Jaafar yang tinggal di Kampung Sungai Semambu telah disempurnakan oleh YB Tn Haji Ramli bin Hj Tusin YDP PAS Kawasan Bagan Serai merangkap Adun Gunong Semanggol. Majlis yang dihadiri oleh Ketua Kampung Sg Semambu Hj Mahat bin Hj Basri dan beberapa orang Jawatankuasa PAS Cawangan Sg Semambu. Kerusi roda tersebut adalah sumbangan dari orang perseorangan yang perihatin membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. En. Mohd Amin yang uzur dan tidak dapat berjalan berasa bersyukur dengan sumbangan ini dan beliau mengucapkan terima kasih kepada penyumbang tersebut dan pihak PAS Bagan Serai yang membantu beliau.




YB Haji Ramli sedang membantu En Mohd Amin menaiki kerusi roda









YB menolak kerusi roda keluar dari rumah




















En. Mohd Amin mencuba sendiri mengerakkan kerusi roda tersebut

Selasa, 6 Oktober 2009

Jamuan Aidilfitri PAS kawasan Bagan Serai

|


Walaupun "dilanda"demam Penamaan Calon Bagan Pinang, sesetengah kawasan terus mengidupkan cahaya Aidilfitri dengan mengadakan jamuan sempena Aidilfitri 1430H. Bagi PAS kawasan Bagan Serai, suasana semasa majlis Jamuan Aidilfitri pada 3hb. Oktober 2009 yang lalu masih sama seperti majlis-majlis jamuan sebelum ini. Dianggarkan seramai 2500 orang bertali arus membanjiri Dewan Ustaz Wahab Noor Masjid Tinggi seawal jam 10.30 pagi sehingga jam 2.30 petang. majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh AF ustaz Abdul Halim Taib selaku Ketua Urusan Dewan Ulama' PAS kawasan Bagan Serai. Hampir kesemua AJK PAS kawasan, AJK Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta Nisa' kawasan hadir bertugas pada majlis tersebut. bagi urusan sambutan pula diketuai oleh YB Gunung Semanggol selaku YDP, YB Selinsing selaku TYDP, Naib YDB AF Ust. Sabri bin Sabran, Haji Yusof bin Zainon, Ketua DMPK Bagan Serai Puan Hajjah Rohaya Bakar serta beberapa AJK muslimat yang lain.

Menurut Saudara Arshad Alimin, selaku urusetia penyediaan jamuan, antara juadah yang disediakan ialah, pulut kukus, rendang ayam dan daging, nasi himpit, kuah kacang, mee dan kueh teow goreng serta nasi minyak dengan beberapa aneka lauk pauk. Beliau juga menjelaskan bahawa sebanyak 5-6 periuk nasi disediakan bagi menjamu hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

kemeriahan majlis jamuan hari Raya juga dapat dirasai pada hari seterusnya iaitu pada hari Ahad apabila BAKTI singkatan kepada Balai Kuliah Tasawwur Islami yang dipimpin oleh Mantan Perseruhjaya PAS Perak Tuan Guru Haji Ahmad Awang, turut mengadakan jamuan Aidilfitri. Dianggarkan seramai 2500 telah hadir pada majlis tersebut. Antaranya ialah Persuruhjaya Pas Perak, AF ustaz Abu Bakar Hussin, YB Lubuk Merbau serta beberapa pimpinan pakatan rakyat dari kawasan-kawasan yang berhampiran.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Kenangan Syawal 1430H

|