Isnin, 8 Mac 2010

KAMI MAHU GERAN KEKAL...!!!

|

Sudah hampir 25 tahun saya menetap di sini.Sudah bergenerasi keturunan saya yang sudah lahir dan sudah mati.Kami bukan pendatang,kami juga warganegara Malaysia,keluh Chappani Muthu A/L Veeramuthu,76.Menurut Abdul Hadi B Ishak,44(gambar kecil) makin naik tahun makin tinggi TOL yang kami kena bayar.Ini sangat menyusahkan kami.Kami bukan orang kaya,majoriti kami buat kerja kampung saja.Kami mencabar supaya dibuktikan slogan 1 Malaysia terhadap kami!!
Inilah antara keluhan penduduk setinggan yang tinggal di atas rezab JPS dan JKR di Batu 10,Jalan Kerian.Mereka amat mengharapkan agar diberi geran kekal kepada mereka kerana telah berpuluh tahun mereka tinggal di situ.Rata-rata mereka berpendapatan rendah.YB amat berharap pihak yang terbabit dapat turun ke kawasan ini dan mendengar sendiri keluhan mereka.Ambillah langkah yang serius dalam menangani masalah ini.Alangkah baiknya jika semua rakyat dilayan sama rata dari sudut tertentu tanpa mengenal bangsa dan fahaman parti.Bantulah mereka menjalani hidup yang lebih sempurna.Jangan tambahkan lagi beban mereka.Laksanakan slogan "Rakyat Didahulukan" dengan sempurna.

0 ulasan: