Isnin, 2010 Februari 08

PESANAN PENTING DS NIZAR KEPADA RAKYAT PERAK

Asalamualaikum dan salam sejahtera


Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.

Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.

Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Ahad, 2010 Februari 07

DOAKAN KEMENANGAN UNTUK DS NIZAR

.
Pada sebelah pagi semalam telah berlangsung satu aktiviti konvoi yang melibatkan YB-YB Pakatan Rakyat Perak,AJK dari parti PAS,DAP dan PKR serta para penyokong Pakatan Rakyat.Tujuan konvoi ini adalah untuk bertemu dengan rakyat Perak dan secara tidak langsung akan meneruskan desakan supaya DUN Perak dibubarkan.Sebuah bas menghala ke selatan Perak yang diketuai oleh saudara Amran Harun dan sebuah lagi ke utara Perak diketuai oleh YB Khalil Idham.Pelbagai tempat telah dirancang untuk para pemimpin PR ini bertemu dengan rakyat dan program kemuncak adalah ceramah kelompok.Turut sama dalam aktiviti konvoi ini adalah YB Ramli Tusin.Beliau turut menyampaikan ceramah di kawasan Kedai 4,di bawah Dun Titi Serong bersama-sama dengan YB Tai Sing Ng(Kuala Sepetang).Kedua-dua YB ini membangkitkan kembali kisah rampasan kuasa yang dilakukan oleh Umno/BN.Bubar DUN patut dilaksanakan supaya kerajaan yang sah dapat ditubuhkan.Rampasan kuasa oleh Umno/BN itu adalah satu kezaliman kerana mereka menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat.Sehubungan dengan itu,seluruh rakyat Perak doakanlah kemenangan akan berpihak kepada DS Nizar.Jika hal ini menjadi kenyataan,DS Nizar tidak akan teragak-agak untuk menghadap sultan untuk memohon pembubaran DUN.Apa pun DS Nizar perlu menang pada 9hb Februari ini.Ayuh rakyat Perak semua kita tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh Umno/BN ini!!!!!Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!!

Sabtu, 2010 Februari 06

HISHAMUDIN PATUT AMBIL TINDAKAN...!!!!

Ucapan Dato Nasir Safar pada seminar 1 Malaysia di Melaka telah menaikkan kemarahan kaum India dan kaum Cina.Beliau melabelkan kaum India sebagai pelampau dan kaum Cina sebagai penjual tubuh.Selain daripada itu,Dato Nasir juga cuba mengugut menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.Berikutan dengan hal ini,Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai telah mengambil inisiatif dengan membuat laporan polis terhadap Dato Nasir Safar.Menurut saudara Alphonse a/l Arulandu,38,ucapan Dato Nasir Safar itu seolah-olah ingin mencetuskan pergaduhan kaum dan sepatutnya beliau wajib disumbat ke dalam ISA!!!Rombongan ini turut disertai oleh Ketua Kelab Penyokong Pas,Encik Beh Heng Kin.Oleh itu,sebagai warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran hidup maka mereka mendesak pihak polis untuk melakukan penyiasatan yang terperinci dan mengambil tindakan yang tegas terhadap Dato Nasir Safar.

Khamis, 2010 Februari 04

LAGI MASALAH JALAN ROSAK....

Pagi tadi selepas selesai urusan di pejabat,YB meluangkan masa turun ke Kampung Parit Gabis Atas untuk meninjau keadaan jalan kampung tersebut yang dikatakan mendap.Di situ YB berjumpa dengan Abdul Wahab B Amri,65 ahli JKKKP kampung tersebut.Menurut beliau sudah hampir 2 tahun jalan tersebut berkeadaan demikian.Pelbagai aduan telah dibuat tetapi masih belum ada sebarang tindakan yang diambil.Sudah berkali-kali musim padi tiba dan setiap kali musim itulah lori dan jentera berat padi melalui jalan ini,maka bertambah teruklah keadaannya.Dalam 2,3 bulan yang lepas ada juga MB Perak Barisan Nasional yang masuk ke kampung ini tetapi tiada juga tindakan diambil.Jalan ini adalah laluan utama penduduk di sini untuk melaksanakan aktiviti harian mereka.YB berharap aduan penduduk di sini diambil berat oleh pihak yang terlibat.Daripada diturap jalan yang sudah sediakalanya elok lebih baik digunakan peruntukan itu untuk memperbaiki jalan ini serta jalan-jalan rosak yang lain.

SIAPA PUNYA KERJA NI...???

Pada asalnya terdapat kebocoran paip di sini,kemudian datanglah kontraktor yang membaikinya.Akan tetapi sesudah dikorek jalan ini dan kebocoran paip diperbaiki,malangnya tidak diturap semula dengan elok.Asalnya hanyalah sekadar lopak biasa teapi lama kelamaan akibat hujan panas dan kenderaan yang melaui jalan ini,maka bertambah besarlah lopak tadi.Keadaan jalan ini amat berbahaya terutamanya kepada penunggang motosikal.Demikianlah aduan daripada Ahmad Farid B Salleh,32.Sepatutnya jika sesuatu kerja dilaksanakan maka sempurnakanlah dengan sebaiknya.Jika terdapat kemalangan yang melibatkan kematian apakah pihak kontraktor ini sanggup bertanggungjawab?Buatlah kerja baik-baik.Laluan ini adalah susur keluar dari plaza tol Bukit Merah yang menghala ke Jalan Kubu Gajah seterusnya ke Pekan Semanggol.

Selasa, 2010 Februari 02

JALAN SEMPIT AKIBAT PASAR PAGI

Setiap pagi Selasa akan ada satu pasar pagi di sekitar kawasan Masjid Al Rahmaniah,Semanggol.Kalau dah namanya pasar pagi,maka ramailah orang yang datang termasuk YB sendiri membeli bahan-bahan kelengkapan dapur.Akan tetapi terdapat satu permasalahan yang sudah lama disebut-sebut oleh penduduk di sini kepada YB,iaitu mengenai keselamatan peniaga dan pembeli di pasar ini.Oleh kerana terlalu banyak gerai maka makin sempitlah tapak pasar ini hingga gerai-gerai peniaga menghampiri garisan putih di tepi jalan besar.Menurut Mohd Yusof B Musa@Pak Teh Leman,70,keadaan ini sangat berbahaya apatah lagi bila kenderaan seperti lori dan bas melalui di kawasan pasar ini.Jalan yang besar ini menjadi sempit apabila kenderaan ini saling berselisih.Risiko ini paling terdedah kepada pembeli yang leka membeli barang di gerai tepi jalan.Selain daripada itu,faktor lain yang menyebabkan jalan semakin sempit adalah disebabkan oleh kenderaan pembeli yang diletakkan dengan sewenangnya di tepi jalan ini.


Di sini ingin YB perjelaskan satu perkara mengenai tapak pasar pagi ini.Ketika di era Perak masih lagi diperintah Pakatan Rakyat dan ketika itu juga YB adalah salah seorang AJK Tindakan Dan Tanah Daerah,hal ini ada YB suarakan di dalam mesyuarat di hadapan Tuan Pegawai Daerah Kerian,En Ismail B Hassan.YB ada memberi cadangan supaya rumah lama penghulu(yang memang sudah usang),balai penghulu lama dan kawasan semak di sekitarnya dibersihkan dan diratakan supaya tapak pasar tersebut boleh diubah kesitu.Ini adalah kerana sudah ada tempat baru untuk dijadikan Pejabat Penghulu,rumah Penghulu dan dewan orang ramai.Jadi apa salahnya jika dilaksanakan idea YB tersebut.Lokasi cadangan YB telah diserahkan oleh Tuan Pegawai Daerah kepada pihak JKR untuk diselidik dan dibuat penilaian.Akan tetapi sejak berlakunya rampasan kuasa yang zalim hinggalah ke hari ini,masih tiada jawapan dari pihak yang berkaitan.Diterima atau tidak YB tidak tahu,Pusat Khidmat juga tidak menerima apa-apa respon.Jadi YB sangat-sangat berharap pihak yang terlibat tidak kiralah dari jabatan apa sekalipun sama-sama menangani masalah ini kerana ia melibatkan nyawa penduduk.Jangan disebut tiada peruntukan kerana bajet 2010 sudah diluluskan,jadi tiada masalah dari kewangan.Jangan diturap jalan yang masih elok sudahlah...Utamakan rakyat!!!

Jumaat, 2010 Januari 29

PETANI KERUGIAN AKIBAT POKOK PADI TUMBANG

28 Januari 2010 : Kampung Parit Haji Ali, Masjid Tinggi, beberapa orang petani di sini mengalami kerugian apabila tanaman padi mereka tumbang. Dari tinjauan yang dibuat tanaman mereka yang boleh dituai seminggu lagi tumbang dan ini akan menjejaskan hasil tanaman mereka. Seorang penduduk Sdr Muslan memaklumkan keadaan ini berlaku seminggu lalu apabila angin kuat melanda kampung berkenaan. Seorang petani sdr Hasnol Husin yang ditemui berkata padi di petak sawah beliau yang dijangka akan dituai dalam masa 3-4 hari lagi ini, hasil tanamannya tidak dapat dituai sepenuhnya kerana mesin menuai padi tidak dapat menuai sepenuhnya padi yang rebah rapat ke bumi. Beliau mengharapkan pihak yang berkenaan turun membantu petani-petani yang menerima musibah ini.



Keadaan pokok padi yang rebah rapat ke tanah


Sdr Muslan menunjukkan pokok padi yang tumbang


Sdr Hasnol bersama YB Ramli meninjau keadaan

Selepas itu sdr Muslan meunjukkan keadaan petak sawah yang sistem perparitannya kurang baik dan menyebabkan tanah sawah rosak teruk selepas dituai padinya.