Khamis, 18 Mac 2010

KAMPUNG TAK SELAMAT!!!

|

Aduan kali ini adalah mengenai jalan Kampung Selamat yang sempit...Sesungguhnya penduduk di sini amat berterima kasih kerana disediakan jalan yang berturap tar,akan tetapi pembinaan jalan ini seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.Apa tidaknya,jalan ini sangat sempit sehinggakan kereta yang berselisih kadang-kadang terbabas hingga ke bahu jalan.Menurut Puan Sabariah Bt Saad,44,jalan sempit ini merupakan satu-satunya laluan keluar masuk penduduk Kampung Selamat untuk mengerjakan aktiviti harian mereka.Untuk pengetahuan semua,di dalam Kampung Selamat ini ada sebuah kem PLKN dan ini bermakna bas yang membawa peserta-peserta kem turut menggunakan jalan ini.Jadi tidakkah berbahaya jika bas ini bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.Selain daripada itu,lori-lori sawit turut keluar masuk menggunakan jalan yang maha sempit ini.Mengikut kenyataan YB Ramli,beliau pernah mengusulkan di dalam sidang DUN agar dilebarkan jalan kampung ini dengan keluasan 3 kaki di sebelah kiri dan kanan jalan.Jarak jalan sempit ini adalah lebih kurang 4 kilometer(km).YB menggesa supaya pihak terlibat memandang serius masalah ini kerana ia melibatkan nyawa pengguna jalan ini terutamanya penduduk Kampung Selamat.Alangkah malangnya nasib penduduk kerana kampung ini diberi nama "Kampung Selamat" tetapi pada hakikatnya cukup "TAK SELAMAT" !!!!!

0 ulasan: