Selasa, 23 Disember 2008

Majlis Penyampaian sumbangan Aktiviti JKKK DUN Manjoi

|


Satu majlis penyampaian sumbangan bagi perlaksanaan aktiviti JKKK bagi Dun Manjoi telah diadakan pada 20hb. Disember yang lalu. Penyampaian cek sumbangan telah di lakukan oleh YB Haji Ramli bin Haji Tusin, ADUN Gunung Semanggol yang mewakili YB Khalil Idham Lim bin Abdullah. Pada majlis tersebut seramai 10 orang ketua kampung yang mewakili JKKK dalam kawasan DUN Manjoi menerima cek sumbangan yang berjumlah RM 3000.00 bagi setiap JKKK . Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDP PAS kawasan Tambun merangkap Bendahari PAS Perhubungan Negeri Perak, Dr. Haji Khairudin bin Dato` Abd Malik, Penyelia ADUN Manjoi dan Penghulu mukim Kinta. Dalam ucapan beliau, YB Ramli berharap dengan sumbangan daripada kerajaan negeri tersebut, semua Ketua kampung dapat memajukan kampung masing-masing dengan aktiviti yang berfaedah dan diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Jumaat, 12 Disember 2008

Ibadah Qurban DUN Semanggol sempena Aidil Adha 1429H

|

‘Makan daging Setahun sekali’ ungkapan yang sering terpapar dalam iklan-iklan kecil di ruang-ruang iklan akhbar mengenai kedaifan saudara muslim di Negara –negara yang baru membangun seperti Myanmar, Kemboja dan Laos. Pun begitu, dalam memenuhi tuntutan ibadah qurban sewajarnya masyarakat setempat perlu didahulukan. Masih ramai yang memerlukan sumbangan daging qurban dari golongan yang berkemampuan yang menjalani tuntutan tersebut. Bagi masyarakat kawasan Kampung Balik Bukit, Kampung Jaya dan Taman Indah Jaya Gunung Semanggol, sebanyak 9 ekor lembu (7 ekor pada hari pertama dan selebihnya pada hari kedua) telah berjaya ‘ditumbangkan’ oleh masyarakat kawasan tersebut. Pembabitan ADUN Gunung Semanggol dalam program qurban kali ini menjadikannya bertambah meriah bila mana beliau sendiri turut menjadi ‘tukang sembelih’kepada kesemua lembu-lembu tersebut.
Selesai sahaja disembelih seperti biasa lembu-lembu akan dilapah dan kemudiannya daging-daging tersebut dibahagikan kepada semua penduduk kawasan tersebut. Dan telah menjadi tradisi dimana-mana tempat sekalipun, ibadah korban ini memerlukan penglibatan semua pihak dari segenap usia dan lapisan masyarakat dalam menjayakan program tersebut.

Pada sebelah petang Aidil Adha kedua, ADUN Gunung Semanggol meluangkan masa menziarah kematian salah seorang penduduk Siam kawasan Pondok Tanjung. Mendiang merupakan antara penyokong PAS bagi kawasan tersebut. Beliau yang diiringi oleh ketua kampong Pondok Tanjung, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Bagan Serai dan Ketua penerangan MTD Gunung Semanggol turut menyampaikan sumbangan peribadi dan meminta keluarga mendiang agar bersabar dengan ketentuan tersebut.

Jumaat, 28 November 2008

Bola Sepak...Sukan Untuk Persefahaman,Perpaduan,Pendidikan...

|



Bolasepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang di seluruh negara-negara di dunia ini. Bolasepak adalah acara sukan di padang yang berbentuk empat segi, acara sukan ini juga telah banyak mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan Bolasepak juga telah berjaya mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi sukan bola sepak malahan ada di sesebuah negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak (kids football) kerana disini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya menjadi pemain bola sepak professional pada masa akan datang.

Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan pakaian dan peralatan sukan oleh ADUN Gunung Semanggol telah diadakan di perkarangan surau Taman Indah Jaya Semanggol. Pasukan tersebut telah menerima peralatan seperti bola jersi dan lain-lain peralatan bola sepak. Kesemua peralatan dan pakai tersebut di serahkan kepada pengurus pasukan, Encik Rosli bin Abd. Rahman yang turut disaksikan oleh ketua kampung kawasan tersebut.


Dalam ucapan ringkas beliau, YB ADUN Semanggol telah memberi kata semangat dan dorongan dan diharapkan dengan penyerahan peralatan tersebut dapat membantu menyemarakkan semangat kesukanan yang ada pada pasukan tersebut yang hampir kesemuanya masih belia

Khamis, 20 November 2008

Program Pakatan Rakyat Bagan Serai

|




DMPK dengan kerjasama Pejabat ADUN Bagan Serai telah melaksanakan program kebajikan pada 16 November lalu. Program yang bertemakan dewan Muslimat Pas Kawasan Bagan Serai DiEra Kebangkitan Pakatan Rakyat telah diadakan di kawasan perkarangan letak kenderaan Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Pelbagai program telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak pra sekolah, pemeriksaan kesihatan, pertandingan kerabu mentah, buah Melaka ,gubahan sirih junjung dan pakaian beragam. Majlis tersebut telah mendapat sambutan ramai termasuk dari kaum Cina. Program yang menarik kunjungan seramai lebih 500 orang telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak Yang Berhormat Haji Zainuddin bin bin Mohd Yusof. Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau telah menerangkan kepada masyarakat Bagan Serai yang hadir pada program tersebut berkenaan dengan belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perak 2009 khususnya pecahan peruntukan kebajikan kerjaan negeri kepada rakyat negeri Perak. Haji Zainuddin juga berkesempatan menyampaikan bantuan pendidikan kerjaan negeri kepada 13 pelajar yang telah berjaya melanjutkan diri ke IPTA dan setelah itu dibawa melawat ke kawasan jualan, meja-meja pertandingan dan juga khemah pemeriksaan kesihatan.

Pada majlis yang sama juga,YB Haji Zainuddin telah merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing. Di akhir program, beliau yang juga selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak (PERNAS) telah dibawa untuk melawat Kelab Penyokong PAS kaum Cina kawasan Bagan Serai.

Selasa, 4 November 2008

LAWATAN DEEPAVALI KE HOSPITAL TAIPING

|

Kehadiran ADUN Gunung Semanggol ke Hospital Taiping telah mengubat sedikit kesedihan seorang bapa yang terpaksa melihat anak beliau yang kehilangan kaki akibat kecelakaan jalan raya. Lawatan YB Gunung Semanggol ke Wad 14 itu adalah sebagai keperihatinan beliau kepada salah seorang Ahli kelab Penyokong PAS kaum India Pondok Tanjung yang berada di dalam kawasan Gunung Semanggol.
Mangsa adalah anak kepada Ahli Kelab penyokong PAS, telah mengalami kecederaan yang kritikal dalam kemalangan pada 27 hb. Oktober 2008 yang lalu terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota hingga ke paras lutut kerana anggota tesebut tidak dapat diselamatkan. Diakhir lawatan YB menasihati keluarga malang tersebut agar bersabar dengan dugaan yang dihadapi dan beliau akan cuba membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Isnin, 3 November 2008

MANGSA BANJIR TERUS MENDAPAT PEMBELAAN

|

Bagan Serai, 01.11.2008. Mangsa banjir di Daerah Kerian terus mendapat pembelaan dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat, hari ini mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir mendapat sumbangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) berupa wang tunai bagi meringan beban kerugian yang ditanggung oleh mangsa. Penolong Setiausaha MAIPK Tuan Mohd Haidi bin Sulaiman, selaku wakil dari MAIPK turut hadir bersama. Seramai 131 keluarga yang berpindah menerima sumbangan tersebut dari Penolong Setiausaha MAIPKdan YB Adun Gunong Semanggol. Turut menyampaikan sumbangan tesebut ialah YB Ahli Parlimen Bagan Serai. Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Baitulmal Bagan Serai, Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat dan Ketua-Ketua Kampung.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah diadakan di dua tempat iaitu di Masjid Daerah Bagan Serai bagi kawasan Alor Setanggok dan Sungai Bogak dan satu lagi di Dewan Orang Ramai Alor Pongsu bagi kawasan Alor Pongsu dan Bukit Merah. Kesemua mangsa atau wakil telah hadir menerima sumbangan tersebut.

Dalam ucapan ringkas YB Adun G. Semanggol, beliau mengingatkan kepada semua mangsa agar bersabar menghadapi ujian ini dan menekankan bahawa setiap musibah ada hikmahnya. Berusahalah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan jangan lalai dari mengerjakan segala suruhanNya. Usaha-usaha dari kerajaan negeri sedang dibuat bagi mengatasi masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIPK dan Baitulmal yang sudi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir khususnya di daerah Kerian ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Penghulu mukim Beriah.Moga Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang melimpah dan diberkati kepada Kerajaan negeri Perak…..

Selasa, 28 Oktober 2008

Lawatan Datin Seri Hajjah Fatimah binti Taat ke kawasan banjir di Kerian

|








Kehadiran rombongan isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Hajjah Fatimah binti Taat ke kawasan banjir di Alor Pongsu dan Bagan Serai, memberikan satu suntikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut. Seakan lupa seketika kepada situasi bencana tersebut mangsa-mangsa banjir begitu ceria dah berasakan kehadiran beliau menjadi pembakar semangat dalam mengharungi permasalahan yang dihadapi kerana banjir. Kehadiran Datin Seri Fatimah bin Taat diringi isteri Ahli-ahli yang Berhormat Bagan Serai (AP Bagan Serai,ADUN Gunung Semanggol, ADUN Selinsing dan ADUN Titi Serong) dan ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Perak tiba di Pejabat Penghulu Mukim Alor Pongsu dan disambut oleh Pegawai Daerah Kerian Encik Ismali bin Hassan dan isteri serta Penghulu Mukim, Encik Suhaimi bin Salim yang kemudianya memberi taklimat berkenaan situasi banjir yang berlaku dan punca-punca kepada kejadian tersebut.

Antara penerangan yang menarik perhatian ialah sememangnya kawasan daerah Kerian berada dibawah paras laut maka tidak hairanlah sekiranya berlaku hujan lebat yang ‘luar biasa’ maka kawasan Alor Pongsu yang mula-mula akan menerima kesan.Di tambah pula dengan kesan limpahan air yang berlaku di Daerah Selama dan juga negeri Kedah.

Rombongan Datin Seri’ juga dibawa melawat pusat pemindahan di Sekolah Alor Pongsu dan Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dan beliau telah menyampaikan sumbangan peribadi dan Lajnah kebajikan DMP Perak kepada mangsa banjir. Datin Seri Fatimah juga mengambil kesempatan melawat kawasan yang ditenggelami air di Beriai dan menaiki bot untuk melihat rumah yang ditenggelami air dari dekat.

Sebagai penutup tirai lawatan beliau ke Kerian, Datin Seri dan rombongan diraikan dalam majlis jamuan Aidil Fitri PAS cawangan Kubu Gajah dan beliau disambut oleh Ketua Pas Cawangan Kubu GajahHaji Yusuf bin Haji Zainon dan Isteri Hajjah Rohana bin Muhammad. Pihak Pusat Khidmat bagan Serai mengucapkan Jazakallah Kharian Kathira kepada PAS Kawasan Bagan Serai, Pejabat Daerah Kerian,Pejabat Penghulu Alor Pongsu, Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Pegawai dan Anggota 9 Rejimen Renjer Diraja dan Ketua-ketua kampung kerana memberi kerjasama dalam program tersebut.

Khamis, 23 Oktober 2008

BANJIR DATANG LAGI.....

|


Bagi penduduk kawasan Bukit Merah dan Alor Pongsu, hujan lebat yang berterusan mengundang pelbagai persoalan dalam fikiran mereka. Ini kerana sudah menjadi kelaziman apabila fenomena ini melanda terutamanya pada hujung tahun, penduduk-penduduk akan mula melakukan persediaan untuk berpindah ke puast pemindahan banjir. Pada tahun ini sahaja sudah dua kali mereka terpaksa berpindah.

Kali pertama ketika umat Islam meraikan ketibaan Ramadhan 1429H, penduduk-penduduk di kawasan tersebut dan kawasan berhampiran terpaksa meninggalkan rumah dan tinggal sementara di pusat-pusat pemindahan banjir dan kali kedua ialah pada 18 Oktober yang lalu ketika umat Islam masih lagi merasakan bahang Syawal. Pun begitu, mereka tetap bersyukur kerana masih lagi boleh merayakan Syawal dirumah masing-masing seakan-akan fenomena tersebut memberikan ‘cuti raya’ kepada penduduk-penduduk di kawasan DUN Gunung Semanggol untuk meraikan Syawal yang mulia.

Pada kali ini banjir telah memaksa hampir 336 orang daripada 158 keluarga berpindah. Kini daripada empat pusat pemindahan yang dibuka, tinggal tiga yang masih beroperasi iaitu S.K. Alor Pongsu, S.K Bukit Merah dan S.K Bagan Serai manakala S.K Haji Dahalan telah ditutup pada jam 9.00 pagi (23.10.2008). Jawatankuasa Keselamatan Daerah bersama-sama ADUN Gunung Semanggol masih memantau keadaan semasa kerana hujan masih lagi turun.

Isnin, 13 Oktober 2008

Jamuan Aidil Fitri PAS Bagan Serai, ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing

|



Majlis Rumah terbuka ADUN Gunung Semanggol dan PAS cawangan Taman Indah Jaya telah diadakan pada 11hb.Oktober 2008. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan penduduk kawasan Taman Indah Jaya dan penduduk setempat. Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 700 orang tetamu dan jemputan. antara menu yang disediakan ialah Nasi beriani, Kueh teow goreng, Mee Goreng, Lemang, Rendang dan yang menjadi perhatian ialah cendol.






Sementara itu pada 12hb. Okter pula telah diadakan Rumah terbuka PAS Kawasan Bagan Serai dan ADUN Gunung Semanggol serta ADUN Selinsing yang diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor, Markas PAS Bagan Serai, Masjid Tinggi Bagan Serai.Majlis yang diadakan secara gotong royong oleh penduduk kampung Masjid Tinggi dan Ahli-ahli PAS Kawasan Bagan Serai begitu meriah. Di anggarkan seramai 2000 ke 3000 orang terutamanya penduduk kawasan Bagan Serai dari semua lapisan masyarakat dan kaum telah hadir. majlis juga telah diserikan dengan dendangan nasyid oleh Kumpulan nasyid dari Ma'ahad Al-Ridhwaniah, Telok Medan Bagan Serai. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Pemuda PAS Negeri Perak merangkap Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak Muhammad K.Y. Tiang, ADUN Bercham YB Sum Cheok Leng dan Ahli Kelab Penyokong PAS kawasan Bagan Serai.Sekalung taniah dan ucapan Jazakallah Khairan Kathira di ucapan kepada Pengarah Program dan Jawatankuasa Program, AJK PAS kawasan dan semua petugas yang bertungkus lumus melaksanakan program tersebut.

Rabu, 24 September 2008

Syoknya Bertarawih Di Dataran MBI

|



Buat kali pertama di Negeri Perak penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar Bandaraya Ipoh berpeluang menghadiri Program Ehya' Ramadhan yang diadakan di Dataran MBI anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pada 4 Ramadhan yang lalu.
Program ini diadakan setiap hari bermula pada 15 Ramadhan yang lalu sehingga berakhirnya Ramadhan pada tahun ini.Acara dimulakan dengan Majlis berbuka puasa beramai-ramai seterusnya para hadirin akan bersolat Maghrib,Isyak dan bertarawih secara berjemaah.
Selepas selesai bersolat, Majlis Tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang dari seluruh pelusuk negara.Di antara penceramah yang hadir ialah Ustaz Nasaruddin Daud,Ustaz Halim Hassan,Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz dan beberapa penceramah lain.
Program ini berjaya menarik ratusan penduduk Ipoh datang untuk bersolat beramai-ramai.Walaupun hanya sekadar bersolat di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah.Rata-rata para jemaah yang datang amat berpuas hati dan menaruh harapan yang tinggi agar program ini akan diadakan setiap tahun.
Pihak penganjur juga menyediakan segala kemudahan untuk berwudhuk,tandas,juadah berbuka,juadah moreh dan sistem siaraya yang baik.Bagi faktor keselamatan pula,Pasukan Unit Amal Ipoh berjaya memastikan program ini berjalan dengan baik.


Ahad, 21 September 2008

Ramadhan Bulan Berkebajikan.

|


Barisan kepimpinan BKAOI bersama YB.

20 Ramadhan 1429-Badan Kebajikan Am Orang-Orang Islam(BKAOI) Kg.Matang Gerdu,Bagan Serai,Perak ialah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada 1973 iaitu kira-kira 36 tahun yang lalu.BKAOI mempunyai ahli kira-kira 600 orang.Pada masa ini badan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Jamil.

Menurut 'orang lama' BKAOI Ustaz Tuan Haji Yahaya Ismail yang juga merupakan setiausaha BKAOI,badan ini pada awalnya ditubuhkan sebagai badan yang menguruskan khairat kematian untuk penduduk Kg.Matang Gerdu sahaja tetapi ditukarkan kepada badan kebajikan am apabila keperluan masyarakat Islam semakin meningkat.Badan ini telah menjadikan Masjid Matang Gerdu sebagai pusat operasinya.





YB Tuan Haji Ramli Tusin menyampaikan bantuan.

Saban tahun BKAOI telah mengadakan pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadhan ini.Pada tahun ini seramai 16 orang daripada golongan anak yatim dan fakir miskin telah menerima BKAOI.Sebanyak RM3000.00 telah dikumpul dikalangan ahli-anli BKAOI dan orang ramai untuk disampaikan kepada golongan tersebut.

Pada tahun ini pihak BKAOI telah menjemputkan ADUN Gunung Semanggol merangkap YDP PAS Bagan Serai Tuan Haji Ramli Tusin untuk menghadiri majlis penyampaian bantuan anak yatim yang diadakan di Masjid Matang Gerdu,Bagan Serai,Perak.Pada majlis itu YB Haji Ramli,barisan kepimpinan BKAOI,AJK Masjid Matang Gerdu dan penduduk setempat telah bertahlil,berbuka puasa dan bersolat Maghrib bersama. end//


Sabtu, 20 September 2008

BANTUAN MANGSA RIBUT

|

Khamis, 18 September 2008 ; Seramai 37 orang penduduk di kawasan DUN Gunung Semanggol yang menerima musibah daripada ribut yang berlaku pada pertengahan Ogos lepas telah menerima sumbangan daripada pihak kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Kerian. Sumbangan berbentuk wang tunai telah disampaikan oleh Yang Berhormat ADUN Gunung Semanggol. Pada majlis tersebut beliau meminta agar penduduk yang terlibat agar bersabar dengan dugaan yang dihadapi. “Terdapat pelbagai dugaan yang dihadapi oleh umat Islam dalam kehidupan. Bagi kita dugaan seperti ini adalah kecil berbanding dengan dugaan dugaan yang perlu ditanggung oleh umat Islam di Negara-negara lain. Umpamanya di Plalestin, mereka dibelenggu dengan penindasan oleh rejim Zionis kerajaan Israel. Mereka terpaksa berjuang menghadapi tekanan dan serangan pada setiap masa dan ketika. Oleh yang demikian kita perlu lebih bermuhasabah dan menerima ketentuan Allah S.W.T. dengan hati yang tenang”. Majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan Ketua Kampung oleh Pegawai Daerah Kerian Encik Ismail bin Hasan. Pada majlis tersebut kutua-ketua kampun dari mukim Selinsing dan Bagan Serai menerima watikah pelantikan tersebut.Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Selinsing, YB. Haji Husin bin Din, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan penghulu-penghulu mukim yang berkaitan.

Jumaat, 19 September 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhir.....

|



ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR … … … …

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu...merayu…
Kepadanya tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan diawal waktu solat yang dikerjakan…
Sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh dan qalbu….
Bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil…
Menangis kecurangan janji “Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil’alamin
(kerananya solatku,ibadahku,hidupku dan mati ku… kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walaupun saat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkanbegitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang…
Bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibuk dengan berterawih..
Berqiamullail…bertahajjud..mengadu…merintih..meminta kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke Syurga-MU
Tapi..aku tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan yang kita buru….
Kita cari. .suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri..rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan……
Lorong-lorong redha Al-Rahman

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan yang Paling bererti..
Paling berseri…
Menerang kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti
Namun teman….
Tak aka nada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan terakhir kali
Bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itulah hanya berusaha…
Bersedia..meminta belas-NYA
Andai benar Ramadhan ini terakhir buat kita…




(petikan dari keluaran Khas JAIPk)

Selasa, 9 September 2008

MENTERI BESAR PERAK LAWAT 138 MANGSA BANJIR DI BUKIT MERAH

|



Bagan Serai, 9 September - ; Yang Amat Berhormat dato’ Seri Ir. Haji Muhammad Nizar bin Jamaluddin, meluangkan masa melawat mangsa banjir yang berlaku di kawasan Bukit Merah. Seramai 138 penduduk daripada 33 buah keluarga telah dipindahkan oleh agensi-agensi bantuan seperti JPA 3, Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, RELA dan beberapa agensi lain ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah. Pemindahan ini membabitkan Kampung Batu 38,39,40 dan kampong Ban Pisang.

Menurut jurucakap bilik gerakan, hujan yang berturutan selama dua hari telah menaikkan paras air kolam Bukit Merah ke paras membimbangkan iaitu 29.7meter . Hal ini telah menyebabkan pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kerian terpaksa membuka empat pintu air utama bagi mengurangkan tekanan untuk mengelakkan terjadinya perkara yang lebih buruk.


YAB Menteri Besar Perak juga sempat menghulurkan sedikit bantuan kewangan sumbangan kerajaan Negeri kepada penduduk-penduduk yang terlibat disamping memberi nasihat dan dorongan kepada murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan UPSR di sekolah itu. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepaa agensi-agensi terbabit khususnya Pejabat Daerah Kerian kerana telah menjalankan tugs dengan baik.

Selasa, 26 Ogos 2008

Pertandingan Badminton PAS Kawasan Bagan Serai.

|




Jumaat, 22 Ogos 2008; Dewan Pemuda Pas kawasan Bagan Serai melalui Lajnah Sukan telah mengadakan pertandingan badminton tertutup peringkat kawasan Bagan Serai. Menurut pengerusi lajnah Sukan DPPK Bagan Serai, Saudara Khairul Afandi bin Mohd Razali pihaknya menerima sebanyak 80 penyertaan dari seluruh cawangan PAS kawasan Bagan Serai. Bagi pihaknya ini merupakan satu sambutan yang menggalakkan kerana program ini merupakan program pembuka tirai selepas kemenangan PAS dalam PRU ke 12 yang lalu dan akan dituruti dengan perlbagai program sukan yang lain.

Pertandingan tersebut diadakan tiga hari berturut-turut bermula dari 22 Ogos sehingga 24 Ogos 2008. pertandingan tersebut juga menarik perhatian Tuan Haji Ramli bin Tusin selaku Yang DiPertua PAS kawasan Merangkap ADUN Gunung Semanggol.

Walaupun sibuk dengan pelbagai program beliau tetap meluangkan masa bagi memeriahkan program tersebut. Turut hadir ialah Tuan Haji Husin bin Din Timbalan yang Diertua PAS kawasan Bagan Serai merangkap ADUN Selinsing, Ketua DPPK Bagan Serai Ustaz Zawawi bin Abu Hassan dan Timbalan Ketua DPPK Bagan Serai, Ustaz Idris bin Ismail.
Pertandingan tersebut dijuarai leh PAS Cawangan Parit Gabis (A) yang menerima hadiah RM 200.00 beserta hamper. Manakala Naib Johan disandang oleh PAS Cawangan Gunung Semanggol dan tempat ketiga dimenangi oleh PAS Cawangan Kampung Dew

Isnin, 25 Ogos 2008

Temubual dengan Imam Ramlang Porigi

|

“Pegawai Khas Najib Atur Sumpah Saiful” - Ustaz Ramlang Porigi

Isnin, 25 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama
Permatang Pauh, 25 Ogos (SK): IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Pohigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.
Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris.

SK: Boleh ustaz terangkan siapa yang arahkan ustaz untuk menjadi saksi kepada sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?

RP: Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang Al-Quran atau tidak.

SK: Saiful dikatakan tersalah sebut beberapa istilah semasa lafaz sumpah beliau. Adakah ini mencacatkan kesahihan sumpah yang dia ucapkan?

RP: Bagi saya kalau dia bersumpah untuk dirinya sendiri sumpah itu boleh diterima lagi tetapi dikatakan mubahalah tidak sempurna selagi kedua-dua pihak tidak bersumpah.

SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?

RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.

SK: Apa yang menyebabkan Ustaz berkata Saiful tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah perkara ini adalah kecil dan tidak penting?

RP: Jika kita beragama Islam dan beriman dan sekiranya kita ingin melakukan sumpah seperti ini kita merasa bimbang, adakah sumpah yang kita lakukan ini adalah betul. Kita akan rasa ketakutan dan riak wajah kita pun kita akan dapat tahu yang kita ketakutan. Berat sebenarnya sumpah ini.

SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?

RP- Tidak ada.

SK-Tetapi yang sahnya, seorang pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri bertemu Ustaz di dalam masjid.

RP- Ya!
Sk-Setelah Ustaz membaca caci, tohmah dan maki hamun terhadap Ustaz selepas peristiwa itu di dalam laman web adakah Ustaz menghubungi pihak berkuasa atau pun sesiapa untuk membantu Ustaz dalam perkara ini untuk membersihkan imej Ustaz?

RP-Saya ada bertanya kepada pegawai saya bagaimana keadaan yang saya alami tetapi saya tidak dipertahankan bila saya dicaci. Orang kata yang bukan-bukan. Saya lihat dalam tempoh seminggu dua ini memang jabatan saya tidak mempertahankan saya.

SK: Apa jawapan ketua jabatan Ustaz?

RP: Oleh kerana imam besar tiada pada masa itu, saya hanya bertanya kepada pegawai sahaja dan dia cuma mengatakan bahawa perkara itu kita pun tidak tahu kebenarannya, jadi kita jangan merasa bersalah,itu sahaja. Jadi segala tohmahan yang dilemparkan kepada saya tidak betul jadi beliau berkata kita tidak perlu berasa tertekan atau bersalah.

SK: Jadi apa perasaan Ustaz bila beliau beri jawapan sedemikian?

RP: Jadi bagi saya, saya perlu menilai diri saya sendiri apakah itu tindakan betul yang saya lakukan.Kalau kita lihat pada laporan internet itu, ianya memang satu fitnah dan saya boleh menyaman tetapi kerana bimbangkan kerja saya, jadi saya hanya berdiam diri sahaja

SK: Sekarang Ustaz bimbangkan kerja Ustaz akan terjejas, apakah langkah Ustaz seterusnya selepas membuat penjelasan ini?

RP: Saya telah berfikir semasak-masaknya apa yang saya telah saya lakukan hari ini.Kawan saya ada memberitahu bahawa insya Allah rezeki Allah SWT ini amat luas. KIta jangan berfikir hanya itu sahaja kerja yang ada.

SK: Mungkin keselamatan Ustaz terjejas disebabkan tindakan berani Ustaz tampil ke hadapan menjelaskan perkara sebenar. Apakah langkah yang akan Ustaz ambil memandangkan perkara ini sudah luas tersebar dan ada kemungkinan polis ‘mencari’ ustaz?RP: Itu saya berserah kepada ALLAH SWT kerana sebagai makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT hanya ALLAH SWT sahaja yang berkuasa ke atas setiap makhluk

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

|

Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin ..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri. Wahai Ali,

bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
end//

Pengakuan Imam Ramlang Porigi

|

RAMLANG Porigi membuat pengakuan kira-kira enam minit pada ceramah kempen pilihan raya anjuran Pakatan Rakyat di Padang Ibu, Penanti, Permatang Pauh malam tadi.
PERMATANG PAUH: Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul di Masjid Perda di sini malam tadi, yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan membuat pengakuan sumpah itu tidak sah.
Imam itu membuat pengakuan yang dia telah 'dipaksa' menjadi saksi dan mubahalah dibuat Saiful tidak sah.
Turut hadir di masjid tersebut ketika itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, yang awal-awal lagi telah menegaskan cara Saiful bersumpah adalah salah.
Ramlang berbuat demikian selepas solat maghrib - salah satu acara Anwar pada hari kesembilan berkempen.
Esok ialah hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Saiful membuat sumpah sehari sebelum hari penamaan calon di Masjid Wilayah Persekutuan.
Ini merupakan kali pertama Ramlang muncul di khalayak ramai selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful.
Selain di Masjid Perda, Ramlang juga menjelaskan pendiriannya dalam ceramah kempen Anwar, calon Pakatan Rakyat, di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan kemudian di Padang Ibu, Penanti.
Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat di Padang Ibu pada pukul 11.15 malam Ramlang berkata, "pada hari itu (15 Ogos) saya... saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi."
"Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu," katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit.
Ramlang yang muncul dalam pakaian biasa malam tadi, bukannya berpakaian sebagai seorang imam secara berseloroh berkata, beliau kelihatan kemas pada 15 Ogos kerana baru sahaja habis menyempurnakan majlis nikah satu pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan.
Tambah beliau: "Apabila dia (Saiful) membacakan teks, dia seolah-olah tidak merasa bersalah.
"Kalau kita seorang Islam yang beriman, kalau kita nak bersumpah ini, kita akan takut apa akan terjadi... tetapi kerana teks ucapan yang dibacakan itu, dia tak rasa bersalah."
Katanya lagi, disebabkan teks itu disediakan dalam tulisan rumi, maka sebutan adalah salah dan tarikh perbuatan dia diliwat juga salah.
"Sepatutnya dia sebut 26 Jun, tetapi dia sebut 28 Ogos," katanya yang menegaskan dirinya seorang imam, bukan bilal.
"Saya rasa para pengundi di Permatang Pauh, mungkin ada yang mengenali saya. Jadi, saya berharap jangan saya dipersalahkan. .. boleh tak," katanya lagi.
Selepas kenyataan itu Ramlang terus dibawa keluar dari tempat ceramah dan diberikan perlindungan oleh Pakatan Rakyat demi keselamatannya.
Dimaklumkan bahawa imam itu akan mengadakan sidang media kira-kira 12.30 tengah malam di Yayasan Aman tetapi bekas Timbalan Perdana Menter itu tidak sertai bersama.
mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang semalam.
Sementara ketika ditanya mengapa bertindak membuat pengakuan mengejutkan, Ramlang berkata, beliau berhadapan dengan tekanan ekoran pelbagai melemparkan macam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya diterima oleh seorang imam.
"Saya mendapati tiada siapa yang tampil mempertahankan diri saya," katanya.
"Saya dikatakan kurang ajar. Adakah patut saya dicaci," tambah Ramlang pada sidang media yang dihadiri beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Yayasan Aman di sini.
Ketika sidang media Anwar baru tiba di Yayasan Aman dan bermesyuarat di tingkat satu pejabat yayasan itu.
Menafikan menerima sebarang ganjaran daripada Pakatan Rakyat, Ramlang berkata, beliau bersedia untuk menerima apa juga tindakan - daripada kerajaan dan Umno - selepas ini.
Katanya, beliau masih merupakan kakitangan kerajaan dan akan terus berkhidmat sebagai imam jika tidak dipecat.
Beliau menyerahkan kepada Umno untuk mengambil tindakan ke atasnya. Beliau menjadi ahli Umno sekitar tahun 2003.
"Boleh katakan saya ahli Umno... saya cuma menjadi ahli Umno kerana hendak tolong kawan," katanya yang akan keluar mengundi esok kerana ia hak beliau untuk berbuat demikian.
"Saya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak... PKR sendiri yang jemput untuk (saya) membuat pengakuan," katanya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula berkata, imam berkenaan sendiri yang menghubungi pihaknya memaklumkan bahawa mahu membuat pengakuan mengenai isu tersebut.
"Kami hanya dihubungi beliau (Ramlang) petang ini dan kami setuju," katanya.
Empat hari lalu beliau mengesahkan kepada mStar Online bahawa beliau merupakan ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843.
Ketika dihubungi mStar Online, Ramlang berkata, beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.
Beliau tidak menafikan dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar dan pengundi di Permatang Pauh.
Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.
Risalah yang diedarkan menyebut beliau bukan merupakan imam sebaliknya hanya bilal.
Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.
"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.
"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Kehidupan Manusia

|

Setiap manusia hadir ke dunia ini dengan modal
dasar kesucian. Dengan modal inilah seseorang
berniaga (berjual beli) di kehidupan dunia ini.
Setiap kamu lahir dalam keadaan fithrah, orang
tuanyalah yang menyebabkan menjadi Yahudi, Nasrani
dan Majusi. (Hadits)

Dalam perniagaannya di dunia ini sebahagian besar
manusia dalam keadaan merugi. Sedikit sekali
orang yang kembali kepada modal dasarnya
apalagi beruntung.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan

amal shalih dan nasehat menasehati supaya mentaati
kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi
kesabaran. (QS. 103:2-3)

Kerugian manusia dari modal dasarnya dalam
perniagaannya di dunia, karena manusia mengotori
jiwanya dengan membiarkan dirinya melakukan
dosa-dosa.

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan
jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang
mengotorinya. (QS. 91:9-10)

Penyebab Dosa

Semua dosa yang dilakukan oleh manusia
sesungguhnya disebabkan manusia mencintai
dunia lebih dari akhirat.
Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya
mereka mencintai kehidupan dunia lebih dari akhirat,
dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada
kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hati,
pendengaran dan penglihatannya telah dikuncimati oleh
Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS.
16:107-108)

Akibat mencintai dunia lebih dari akhirat,
menyebabkan manusia rela menjadi budak diatur
oleh hawa nafsu dan syahwatnya.
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan
hawa nafsunya sebagai ilahnya dan Allah
membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya Maka siapakah
yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah
(membiarkannya sesat).Maka mengapa kamu tidak
mengambil pelajaran (QS. 45:23)

Setiap hal yang dilakukan manusia atas dasar hawa
nafsu dan syahwatnya, sesungguhnya tiada
memberi faedah sedikitpun kepada dirinya kecuali
dosa, inilah yang akan menyebabkannya semakin
tersesat dari jalan Allah.
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia
akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. (QS. 38:26)

Akibat melakukan Dosa

Dosa yang dilakukan oleh manusia membuat
hatinya semakin kotor tertutup noda. Semakin
banyak noda-noda dosa itu menempel di hati,
semakin gelaplah dan semakin keraslah hatinya,
bahkan kekerasannya lebih keras daripada batu.
Manakala seorang hamba melakukan dosa, maka
menempelah pada hatinya setitik noda, dan manakala ia
melakukan taubat maka lepaslah noda tersebut (Hadits)
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu,
bahkan lebih keras lagi. (QS. 2:74)
Semakin banyak noda yang menutupi hati, maka semakin
sulitlah ia menerima petunjuk Allah. Dan kehidupan
tanpa petunjuk Allah hanyalah kesesatan.

“Sesungguhnya jika Rabbku tidak memberi petunjuk
kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang
sesat". (QS. 6:77)

Ayat-ayat Allah

Walaupun manusia hidup dalam kegelapan hati,
tetapi Allah Ta’ala Yang Maha Adil, selalu
memanggil manusia untuk kembali kepada-Nya
dengan ayat-ayat-Nya.
Ayat-ayat Allah terbagi atas dua jenis, yaitu Ayatayat
Qauliyah (al Qur’an) dan Ayat-ayat Qauniyah
(alam semesta), yang semua bertujuan agar
manusia kembali (bertaubat) kepada Allah.

...al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda. (QS. 2:185)

... dan Kami telah mendatangkan
tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang supaya
mereka kembali (bertaubat). (QS. 46:27)

Ayat-ayat Qauniyah ini melingkupi seluruh alam
semesta. Bahkan segala hal dalam kehidupan kita,
apakah sebuah masalah ataupun kesenangan,
semuanya merupakan bagian dari ayat-ayat
Qauniyah ini. Hal ini berkali-kali Allah hadapkan
kepada kita, namun karena terlampau mencintai
dunia sehingga selalu merelakan diri diatur oleh
hawa nafsu dan syahwatnya, menyebabkannya
tetap berpaling dari ayat-ayat itu.

Katakanlah:"Terangkanlah kepadaku jika Allah
mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup
hatimu, siapakah ilah selain Allah yang kuasa
mengembalikannya kepadamu" Perhatikanlah,
bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tandatanda
kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap
berpaling (juga). (QS. 6:46)

Dan banyak sekali tandatanda
(kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang
mereka melaluinya, sedang mereka berpaling
daripadanya. (QS. 12:105)

Rabu, 6 Ogos 2008

Sesi Dialog Bersama Exco Pertanian Di PPK Semanggol

|


3.Julai 2008-Pihak PPK Semanggol telah mengadakan satu sesi dialog bersama Exco Pertanian Negeri Perak iaitu YB Encik Jamaluddin bagi membolehkan pihak kerajaan Perak mendengar masalah-masalah yang telah sekian lama membelenggu para petani di daerah Kerian ini.

Turut sama menyertai sesi dialog ini ialah Tuan Pegawai Daerah Kerian Encik Ismail Hassan,Ahli Parlimen Bagan Serai Tuan Haji Mohsin Fadly,YB Gunung Semanggol Tuan Haji Ramli Tusin,YB Selinsing Tuan Haji Husin Din,YB Kuala Kurau Encik Yunus,YB Titi Terong Drs.Idham Lim dan Pengarah Jabatan-Jabatan Negeri Perak yang terlibat dengan pertanian.

Pelbagai soalan dan cadangan diajukan dan pihak Exco Pertanian Negeri Perak berjanji akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para petani tersebut.Sekian//

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI SABRAN DALAM KENANGAN.

|



Allahyarham Haji Sabran bin Haji Asmawi
Dipetik dari :http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabran_bin_Haji_Asmawi


ADUN N9-Gunung Semanggol, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Tempoh perkhidmatan
1999-2004 ADUN
1998-2002 Pesuruhjaya PAS
Parti politik
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Tarikh lahir
1 April 1938
Tempat lahir
Bagan Serai
Tarikh kematian
2 Januari 2007
Tempat kematian
Makkah (مكة المكرمة)
Agama
Islam

Pengenalan

Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi (Arab: ﺣﺎج ﺻﺒﺮﺍن ﺑﻦ ﺣﺎج ﺍﺳﻣﺎﻮي اﺳﻤﺎﻋﻳﻟﻲﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) atau Jaberal@Sabran bin Hasamawi@Asmawi (1938M~2007M), adalah merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Dilahirkan pada hari Jumaat 1hb April, 1938 bersamaan 30 Muharram 1357H di sebuah kampong bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.


Tokoh Ulama' Nusantara Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari Rahimahul-Allah Ta'ala

Sepanjang hayatnya selama 69 tahun di atas muka bumi Allah SWT yang serba indah ini, TGHS telah menyumbang sebahagian dari umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampong halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama di kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam.
Allahyarham TG sangat terpengaruh dan terkesan sekali dengan ulama besar seperti Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (MAA)[1] (اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ أرﺸﺪ ﺑﻦ ﻋﺑﺪاﻟﻠﻪ ﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) penyusun bagi kitab Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din (ﺳﺒﻴﻞ اﻟﻤﻬﺘﺪﻳﻦﻟﻠﺘﻔﻘﻪ ﻓﻲ اﻣﺮاﻟﺪﻳﻦ). Nama dan gelaran penuhnya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al-'Aidrus, dan seterusnya sampai kepada Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah bin Nabi Muhammad s.a.w. Riwayat kedatangan datuk nenek Syeikh Muhammad Arsyad ke dunia Melayu terjadi pertikaian pendapat. Ada riwayat mengatakan bahawa yang pertama datang ialah Saiyid Abdullah bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran.

Mungkin oleh kerana secara kebetulan dan ditakdirkan Allah Ta'ala pula, Allahyarham TG mempunyai salasilah keturunan serumpun dengan Syeikh besar Tokoh Ulamak Nusantara ini iaitu tempat asal usul keluarga dari daerah Sapat, Inderagiri, Sumatera Indonesia. Oleh kerana itu Allahyarham TG sangat mengagumi Syeikh MAA al-Banjari yang menjadi idola sejak di usia muda lagi, serta bercita-cita besar untuk menuruti jejak langkahnya dalam bidang keilmuan Islam.

Seorang yang berperwatakkan sederhana dan lemah lembut dengan semua orang. Akhlak Rasullullah s.a.w sentiasa menjadi ikutan, zuhud, gemar berdandan dan kemas dalam berpakaian selayaknya bagi seorang ilmuan Islam. Warna kegemaran Rasulullah s.a.w putih, hijau, serta merah telah juga menjadi pilihan. Sehinggalah ke umur baginda Rasullullah s.a.w yang wafat pada 63 tahun telah menjadi benchmark Allahyarham TG ;
"..Jika kita ditakdirkan mati kelak, biarlah sama umur dengan baginda Rasululllah s.a.w kerana sekurang-kurang umur juga mengikut nabi.."
Berbakti kepada masyarakat setempat


Allahyarham TG sewaktu menziarahi salah sebuah rumah yang musnah akibat kebakaran ketika menjadi YB
Dari kampong-kampong yang berdekatan dengan rumah kediaman di Alor Pongsu, Matang Pasir, Changkat Lobak, Sungai Malau, Larut, Matang dan Selama, Bukit Merah, Perak Parit Haji Taib, Parit Mentara, Pekan Bagan Serai, Masjid Tinggi, Gunung Semanggol, Kuala Kurau, Kamunting, Air Kuning, Kuala Kangsar Pekan Taiping, Matang Gerdu, Sungai Bogak, Pekan Parit Buntar dan banyak lagi. Bukan sahaja dalam negeri Perak sahaja malah melebar luas sehingga ke daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang dan di sebahagian daerah dalam negeri Kedah Darul Aman. Kerja dakwah ini tidak pernah terhenti sentiasa sahaja diteruskan oleh Allahyarham TG walau dalam apa keadaan sekalipun sehinggalah ke akhir hayat.
Allahyarham TG mula menabur bakti di usia masih muda (awal 30an), dengan terlantik menjadi imam tetap di Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu, sumber rujukan utama dalam bidang hukum hakam agama bagi masyarakat setempat, penolong pendaftar nikah dan cerai (naib kadhi) bagi kawasan Changkat Lobak, adalah diantara khidmat kemasyarakatan yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Oleh kerana itu Allahyarham TG amat di hormati oleh setiap lapisan masyarakat di Alor Pongsu, Bagan Serai, Gunung Semanggol dan kawasan sekitarnya.
Di akhir tahun 1980an dan awal tahun 1990an masehi, Allahyarham TG dilantik pula oleh masyarakat untuk memimpin Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah Teluk Medan, Negeri Perak mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qadir Kahar yang meninggal dunia. Jawatan ini disandang hinggalah di penghujung tahun 1999an sebelum meletakkan jawatan sementara waktu untuk membolehkan Allahyarham TG bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10.
Maka kemuncaknya di usia menjangkau 61 tahun, Allahyarham TG telah menjadi pilihan utama masyarakat dan rakyat umum di dalam PRU pada November tahun 1999M. Di dalam PRU itu, Allahyarham TG telah dicalonkan dan terpilih untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Gunung Semanggol bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia PAS. Serentak dengan kejayaan memenangi PRU itu, secara rasmi Allahyarham TG diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memaksimumkan lagi curahan semaian bakti kepada masyarakat dan berkhidmat kepada rakyat tidak mengira agama, bangsa, latarbelakang dan warna kulit.

Memartabatkan sekolah pondok dan SAR

Di antara cita-cita dan perjuangan Allahyarham TG yang tidak pernah padam adalah untuk memartabatkan sistem Sekolah pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Cita-cita mengasaskan Sekolah pondok sendiri sejak kembali ke kampong halaman. Ianya hampir menjadi kenyataan pada akhir tahun 70an awal 80an, dengan terdirinya beberapa buah pondok di sekitar Surau al-Ansar, Alor Pongsu. Namun ianya tidak kekal menjadi.
Ada juga yang datang menuntut secara sistem Sekolah pondok umumi (menadah kitab) khusus untuk tempoh masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan di Surau al-Ansar. Misalnya pada tahun 1979 awal tahun 1980, beberapa orang pelajar (sekitar 20 ke 30 orang) dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang diketuai oleh seorang pelajar bernama Ali. Kumpulan pelajar MCKK ini telah beberapa kali bermukim di Surau al-Ansar untuk mendalami ilmu agama dari Allahyarham TG ketika musim cuti penggal persekolahan mereka. Namun aktiviti ini terhenti kemudiannya, mungkin setelah masing-masing telah menamatkan pengajian dari MCKK dan menyambung pelajaran ke tempat lain atau meneruskan hidup dengan bekerja di tempat masing-masing.
Tidak lama kemudian, Allahyarham TG diminta untuk mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Kahar sebagai Mudir atau Pengetua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah. Teluk Medan, Bagan Serai. Dari sinilah cita-cita Allahyarham TG diteruskan, bermulalah memasuki bidang yang agak baru iaitu pengurusan dan pentadbiran sekolah (Sistem Akademik) serentak dengan itu juga mentadbir sistem Sekolah pondok secara umumi.
Allahyarham TG lantang memperjuangkan kepentingan SAR terutama ketika bantuan kewangan yang dibekukan oleh pihak pentadbiran kerajaan bermula pada 1998. Inilah cabaran yang paling getir pernah di lalui oleh Allahyarham TG selaku Mudir untuk mencari sendiri sumber kewangan yang kian meruncing dari hari ke sehari. Pernah suatu ketika hampir Allahyarham TG terbang ke Negara Brunei Darussalam untuk bertemu dengan sahabat di sana bagi memohon bantuan. Tidak cukup dengan itu juga Allahyarham TG menulis beberapa pucuk surat memohon bantuan dari badan-badan korporat dan bank-bank perdangan tempatan. Segala usaha ini dilakukan demi untuk melihat SAR terus hidup dan tidak terlepas ke tangan pihak kerajaan yang pada pandangan TGHS tidak lain hanyalah untuk memudarkan pengaruh agama Islam di kalangan masyarakat.
Sementara itu Pada bulan Mei 2005, Allahyarham TG di jemput untuk mewakili Negeri Perak ke Ijtimak Ulama' (إﺟﺜﻤﺎعﻋﻠﻤﺎء) Sekolah Pondok Se-Nusantara di Yayasan al-Jenderami Jenderam, daerah Sepang Dengkil sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Di kesempatan ini TGHS telah melontarkan beberapa pandangan dan idea yang bernas dalam sessi muzakarah (ﻣﺬﻛﺮه) perdana bersama para ulama’ yang datang dari seluruh nusantara termasuk dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura. Perjuangan dan usaha untuk mempertahankan SAR dan Sistem Sekolah pondok harus diteruskan, itulah tekad Allahyarham TG yang tidak pernah berganjak.
Pada pendapatnya kedua-dua pusat ini khususnya Sekolah pondok, masih cukup relevan sebagai pusat untuk melahirkan para alim ulama’ perwaris nabi untuk generasi akan datang, walaupun kita kini berada di dalam keadaan serba canggih dan moden. Kerana inilah jalan yang telah dirintis oleh Tuan-Tuan Guru kita turun temurun dari dahulu dan juga jalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk diteruskan hingga ke hari kiamat. Maka tidak hairanlah SAR dan Sekolah pondok sentiasa dicemburui dan tidak disenangi bukan saja kini malah dari dulu sampai bila-bila.
Sebagai contoh berapa ramai dari kalangan Tok-Tok Guru di selatan negara Thailand khususnya Patani, yang telah ditangkap dan hilang begitu sahaja, entahkan hidup entahkan mati. Itu adalah janji Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an [10]:
(أﺣﺴﺐ اﻟﻨﺎس أن ﻳﺗﺮﻛﻮا أن ﻳﻘﻮﻟﻮا ءاﻣﻨﺎ وﻫﻢ لا ﻳﻔﺘﻨﻮن)
Ertinya:“Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?
"...Usaha ke arah jalan Allah Ta'ala pasti akan di uji dengan pelbagai rintangan dan cubaan, kita harus ingat Rasullah s.a.w adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Walaupun baginda seorang Nabi lagi Rasul malah kekasih Allah Ta'ala tetapi baginda adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Maka apalah sangat cubaan yang kita hadapi sekarang ini? Terlalu sedikit ibarat langit dengan bumi perbezaannya. Adakah kita pernah melalui peperangan sebagaimana Rasulullah s.a.w dalam usaha dakwah? Ramai dari kalangan kita yang tidak pernah!! Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian yang hadir untuk mempertingkatkan azam dan semangat untuk meneruskan jalan yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Tetaplah istiqamah di dalam perjuangan meninggikan martabat Sekolah pondok yang saya kira satu-satunya sistem pengajian yang menuntut pelajarnya mencari dan mencapai kecemerlangan ilmu dalam masa yang sama menunaikan tuntutannya iaitu beramal dengan apa yang dipelajari. “Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Usahlah takut dan gentar malah hadapilah segala cabaran dengan kekuatan istiqamah dan kesatuan ummah..."
Itu adalah antara lain pengisian Allahyarham TG ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis yang dirasmikan oleh YBhg. al-Fahdil Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.


Kembali ke-Rahmatullah

Pada 2hb-Jan 2007, di waktu dinihari sekitar jam 1:30 pagi, seluruh ahli keluarga telah dikejutkan dengan panggilan telefon terus dari ibu Hajjah Noraini Hj Hussain yang berada di Mekah dengan pengkhabaran berita yang amat sedih. Dalam keadaan hiba sambil menangis ibu memberitahu bahawa “Abah” kesayangan telah tiada lagi.
Pada waktu itu di Mekah, masih lagi awal sekitar jam 8:00 malam 1hb Jan-2007 bersamaan dengan Isnin 11-Zulhijjah 1427H. Diceritakan oleh isteri Pn Hajjah Noorani, bahawa selesai solat Maghrib, ketika memulakan perjalanan untuk melontar ke Jamrah setelah berhenti berehat untuk melepaskan kepenatan, Allahyarham TG rebah dan terus tidak sedarkan diri. Di ketika itu, Noorani yang berada tidak jauh hanya mendengar perkataan “Allah” (اﻟﻠﻪ) sebelum sempat memaut bahagian belakang dan Allahyarham TG terus rebah ke pangkuannya.
Setelah itu, Allahyarham TG segera dibawa oleh isteri dan beberapa orang petugas keselamatan di tempat kejadian ke pusat perubatan yang berdekatan. Sejurus tiba di situ, Allahyarham TG disahkan telah meninggal dunia oleh doktor yang bertugas. Ditakdirkan Allah Ta'ala, turut berada di tempat kejadian adalah Doktor Asmah binti Othman yang amat terkejut dan tidak menyangka sama sekali bahawa pesakit tersebut adalah datuk saudaranya sendiri. Secara khsusnya Allahyarham TG meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung yang disebut sebagai Acute Myocardial Infraction.

Aktiviti-Aktiviti


Majlis Korban merupakan agenda wajib saban tahun di Surau al-Ansar Alor Pongsu
Segala urusan pengebumian Allahyarham TG berjalan sungguh lancar dan amat mudah sekali. Jenazah Allahyarham TG disembahyangkan oleh jutaan ummat Islam dari serata pelusok dunia di dalam Masjidil Haram (المسجد الحرام), Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة) sesudah solat subuh keesokkan harinya. Inilah cita-cita di dalam hati kecil Allahyarham TG dan juga patut menjadi cita-cita setiap daripada Muslim untuk pergi menemui tuhan robbul-jalil mudah-mudahan dalam husnul-khatimah (إﻧﺸﺎءاﻟﻠﻪﺛﻌﺎﻟﻲ).
Pemergian Allahyarham TG pasti akan selalu diingati oleh setiap ahli keluarga, anak murid, kenalan dan sahabat di tanah air khususnya di Alor Pongsu. Pada setiap kali datangnya Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Korban, kenangan bersama Allahyarham akan terimbau kembali apabila tiba masa menganjurkan majlis korban di Surau al-Ansar. Ini adalah kerana, bukan sahaja tarikh pemergian Allahyarham TG yang ditakdirkan Allah Ta'ala pada musim Hari Raya Haji, malah ianya amat berkait rapat dengan ibadat sembelihan korban di Kampong Alor Pongsu. Allahyarham TG adalah orang yang mula memperkenalkan ibadat sembelihan korban ini secara lebih sistematik dan tersusun semenjak lebih 15 tahun dulu. Insya-Allah ianya pasti akan menjadi amalan untuk diteruskan oleh generasi sekarang dan akan datang hinggalah sampai hari kiamat.


Wasiat kepada seluruh umat Islam


Memang terdapat ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w, supaya kita berwasiat sebelum meninggal dunia, namun tidak semua orang dapat melaksanakannya. Orang-orang sufi sangat memandang penting perkara wasiat ini. Atas alasan itu, Allahyarham TG yang termasuk salah seorang daripada Guru dan Khalifah bagi Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah (ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ), ada meninggalkan beberapa wasiat/nasihat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah (مكة المكرمة) untuk menunaikan fardhu haji. Walaupun kata-kata nasihat/wasiat tersebut lebih tertumpu kepada anak-anak, ahli keluarga serta anak murid untuk menjadi pedoman, tetapi ianya dilihat sangat relevan dan berguna untuk dikongsikan bersama dengan seluruh umat Islam. Di antaranya:

Jangan tinggal solat. Kerana solat adalah tiang agama, ibarat rumah yang tiada tiang pasti rumah tidak dapat dibangunkan. Islam terbangun dalam diri, masyarakat dan negara adalah dengan terdirinya solat di setiap kalangan penganutnya. Selagi ianya diabaikan pasti Islam sukar membangun atau dibangunkan. Solat juga jalan bagi segala orang yang mutaqin dan menyejukkan mata hati bagi Rasulullah s.a.w dalam mensyahadahkan tuhannya. Sembahyang berjamaah di masjid atau surau adalah yang paling afdhal untuk mendapatkan lebih darjat dan juga meningkat ukhuwah Islamiah sesama kita.

Sering-seringlah menziarah kubur ibu. Menziarah kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin menghampiri. Perbanyakkanlah mengigati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusuan dunia. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Dengan selalu mengingati mati juga, kita akan lebih termotivasi untuk melakukan amal ibadat dan kebajikan buat bekalan akhirat. Beramal seolah-olah kita hendak mati hari esok, dan berkerjalah seolah-olah kita akan hidup hingga 1000 tahun lagi. Oleh itu beramal hendaklah kita segerakan berbanding mengejar kehidupan di dunia.

Jangan bertelagah sesama sendiri soal harta. Harta dunia tidak memberi apa-apa manafaat kehidupan akhirat melainkan yang dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah Ta'ala, berjihad dengan harta dan wang ringgit ke jalan Allah Ta'ala adalah tukaran jual beli yang paling tinggi nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.

Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid. Ilmu tentang Hukum faraid adalah ilmu yang paling awal diangkat atau dicabut oleh Allah Ta'ala dari muka bumi, maka dengan itu berusahalah sedaya upaya mempertahankannya dalam diri dan keluarga dan keturunan generasi kita akan datang supaya ianya kekal hingga hari akhirat.

Harta yang telah dihebahkan (hadiah), diwaqafkan tidak perlu dipersoalkan. Tiada apa yang hendak dikejar atas muka dunia ini. Bekalan hari akhirat adalah yang paling penting. Sebagai penyambung amalan agar berterusan walaupun kita sudah mati adalah melalui 3 perkara. Salah satu daripadanya adalah meninggalkan harta waqaf termasuk dalam harta yang disedekahkan.

Jangan abaikan pendidikan keluarga. Pendidikan adalah penting untuk mendapat ilmu, tuntutan ilmu adalah amal. Orang yang berilmu tidak beramal ibarat pohon yang tidak berbuah dan lebih dahulu di siksa oleh Allah Ta'la berbanding orang lain. Orang yang beramal tapi tidak berilmu itu pula akan menjadi sia-sia sahaja. Tidaklah sama darjat antara orang yang berilmu dan tidak berilmu dengan beberapa darjat yang tinggi. Orang berilmu akan diangkat tinggi, berhati lemah lembut dan akan ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta'ala.

Tuntutlah ilmu selagi terdaya. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Pepatah ada menyebutkan dari buaian hingga ke liang lahat from cradle to grave. Berusahalah untuk menuntut ilmu agama, ianya menuntut kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. "Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah Ta'ala, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan diilhamkan-Nya petunjuk di dalamnya..yufaqqihu-fid-din" (ﻳﻔﻘﻬﻪ ﻓﻲ اﻟﺩﻳﻦ).

Utamakan hubungan kekeluargaan dari yang lain. Jika hendak membantu, bantulah ahli keluarga sendiri dahulu, itu yang lebih afdal dari pada membantu orang lain. Hatta jika hendak memberi zakat lebih afdal kepada ahli keluarga yang layak dahulu. Ianya pasti dapat menjalinkan hubungan silahturahim yang lebih akrab.

Wasiat yang dilafazkan pada malam 19hb Disember 2006 itu; ternyata telah memberi kesan yang amat mendalam kepada setiap yang hadir. Lenggok bahasa dan cara penyampaian memang agak lain dari pada biasa. Bagi yang mempunyai mata hati yang terang pasti dapat menangkap; itulah kata-kata wasiat terakhir seorang yang bakal pergi jauh menemui tuhan yang maha pencipta.

Penutup dan kesimpulan

Tidak ada monumen besar dan legacy yang nyata pada pandangan mata ditinggalkan oleh Allahyarham TG. Tidak juga harta yang melimpah ruah. Baginya aset terpenting hanya tiga perkara ditinggalkan yang boleh menjamin kesinambungan pahala hingga hari kiamat. Pertama: Sedekah jariah, Kedua: Ilmu yang bermanafaat dan diamalkan oleh para muridnya dan Ketiga: Anak-anak yang ramai lagi soleh yang mendoa'kan kebahagiannya di alam baqa'. Ini adalah pegangan Allahyarham TG dan harus menjadi pegangan setiap muslim berdasarkan al-Hadis Nabi s.a.w:
(اذا ﻣﺎت اﺑﻦ ادم اﻧﻘﻄﻊ ﻋﻣﻠﻪ إلأ ﻣﻦ ﺛﻠاث: ﺻﺪﻗﻪ ﺟﺎرﻳﻪ, أوﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ, أو وﻟﺪﺻﺎﻟﺢ ﻳﺪﻋﻮﻟﻪ)
Ertinya: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manafaat atau anak soleh yang berdoa untuknya".
Ini adalah sebahagian dari apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w yang menjadi ikutan ahli keluarga baginda, para sahabat, pengikut sahabat, alim ulama', tok-tok guru dari dahulu hinggalah hari kiamat. Bukanlah harta dan kemegahan dunia; yang boleh menjadikan kita leka dan lalai. Kerana hasutan syaitan yang sentiasa mengintai untuk menyesatkan manusia seterusnya membawa kita terjerumus ke dalam neraka, kita mohon di jauhkan Allah Ta'ala.
Selain dari itu bukanlah sahaja masalah-masalah furug yang menjadi agenda usaha dakwah Allahyarham TG, malah Ideologi dan pemikiran yang membawa kepada menularnya budaya jahat dalam masyarakat seperti Hendonisme, Liberalisme, Islamic phobia, Islam Moderate, Politik suku agama suku dan pelbagai lagi isu ummah di tangani dengan penuh berhikmah serta tunjuk ajar tauladan yang baik.
Penghuraian pertembungan di antara ilmu Sains dan al-Quran yang menjadi “hudan”[27] (ﻫﺩي ﻟﻠﻨﺎس) atau pertunjuk kepada ummat manusia keseluruhannya, juga sering dijadikan topik perbincangan semasa mengadakan kuliah. Penggunaan minyak biodiesel umpamanya, sudah disebut di dalam al-Qura'an lebih 1400 tahun dahulu sebagaimana firman Allah Ta'ala[28]:
(اﻟﺬي ﺟﻌﻞ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ اﻟﺸﺠﺮ الأﺧﻀﺮ ﻧﺎرا ﻓﺎذا أﻧﺘﻢ ﻣﻨﻪ ﺗﻮﻗﺪون)
Ertinya: "Iaitu tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu"
Tetapi hanya baharu sekarang manusia menemui mukjizat al-Qur'an ini; apabila minyak kelapa sawit di jadikan fuel atau bahan bakar. Tidakkah ianya (biodiesel) ini berasal dari daun kayu yang hijau? al-Qur'an tidak pernah bercanggah dengan Sains. Cuma kadang-kadang Sains yang berasaskan pemikiran manusia semat-mata tidak mampu untuk melihat lebih jauh dari apa yang dinyatakan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an.

Bumi ini dilitupi oleh hampir 70% daripada air lautan yang berfungsi untuk menyejukkan dan melicinkan (sumpama coolent) bagi peredaran putaran bumi. Ini adalah kerana di dalam perut bumi itu terdapat kepanasan yang melampau seumpama enjin yang menggerakkan segala aktviti alam di atas muka dunia. Itu adalah keagongan dan kebesaran Allah Ta’ala yang maha pencipta.

Di antara keagongan lain dan sangat kreatifnya Allah Ta’ala, yang telah menjadikan segala sesuatu di dunia ini dengan konsep re-cycle serta bio-degradable. Tidak ada satu benda pun yang dicipta Allah Ta’ala yang tidak boleh di kitar semula berbanding dengan ciptaan manusia, yang majoritinnya hanya melakukan kerosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Maka awal-awal lagi Allah Ta’ala telah meraqamkan hal ini di dalam al-Quran [29]:
(ﻇﻬﺮ اﻟﻔﺴﺎد ﻓﻲاﻟﺒﺮ واﻟﺒﺤﺮ ﺑﻤﺎ ﻛﺴﺒﺚ أﻳﺪي اﻟﻨﺎس...إﻟﻲاﺧﻳﺮه)
Ertinya: “Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan, kerana perbuatan tangan manusia . supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Adakah kita mengambil pengajaran ayat ini setelah berlaku ombak besar Tsunami pada tahun 2004 yang telah mengorbankan lebih 150,000 orang itu? Adakah kita telah kembali ke jalan yang benar yang dikehendaki dalam ayat tersebut? Sesungguhya manusia tersangat lalai yang hanya melihat fenomena alam sebagai satu bencana tanpa mahu menerima ianya sebahagian dari bala atau peringatan dari Allah Ta’ala.

Tersebut itu adalah di antara pokok utama pemikiran Allayarham TG yang hendak di ketengahkan kepada masyarakat. Usaha murni ini pastinya belum selesai, tetapi insya-Allah ianya pasti akan diteruskan oleh generasi pelapis dan pewaris nabi yang akan datang silih berganti hinggalah umur dunia sampai ke penghujungnya. Pasti ramai lagi pengganti Allahyarham di luar sana, yang sedia mengambil alih tempat menunaikan tanggugjawab yang maha agung ini.SEKIAN//

Rabu, 30 Julai 2008

Kerajaan Perak Lancar Bulan Galakkan Solat

|



Ipoh 30 Julai 2008,Kerajaan Perak dan Majlis Agama Islam Perak telah melancarkan Kempen Galakkan Solat peringkat negeri Perak di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.Perak merupakan negeri yang pertama di Malaysia yang mengadakan kempen Galakkan Solat ini.

Dalam ucapan perasmiannya YAB Menteri Besar Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin telah meminta agar setiap umat Islam di negeri Perak ini tanpa mengira pangkat atau kedudukan agar memelihara solat kita.Setiap ketua-ketua jabatan juga harus memastikan kakitangannya menunaikan rukun Islam yang ke 2 ini.Berdasarkan Al Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad SAW beliau percaya dengan bersolat kita dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan seterusnya dapat menghindarkan diri dari segala kejahatan.Ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kekuatan dan mengelakkan gejala sosial dari terus berleluasa di kalangan umat Islam yang ada di Perak.end








Harga minyak dunia turun, kerajaan didesak tunaikan janji - Dr Hatta

|

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional(BN) menurunkan harga minyak di negara ini selari dengan penurunanharga minyak dunia.IklanDalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi tadi, Bendahari PAS, DrMohd Hatta Ramli meminta kerajaan agar bersikap lebih serius malahmengotakan janji mereka yang sebelum ini akan menurunkan harga minyakselari dengan perubahan harga minyak di peringkat antarabangsa.

"Kerajaan perlu mengotakan janji mereka, kerana sebelum ini Dato'Shahrir Samad sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga minyakberdasarkan harga minyak dunia," ujarnya.ImageMengulas perkembangan semasa,Dr Hatta berkata harga minyak diSingapura telah pun diturunkan beberapa kali dalam tahun ini namun,Malaysia yang berstatus negara pengeluar minyak atau negara Opec masihtidak mampu melaksanakannya.Beliau menempelak kerajaan Malaysia yang masih tidak menunjukkantanda-tanda bahawa mereka serius membela masalah dan kebajikan rakyat.

"Ia merupakan suatu tamparan hebat kepada Malaysia kerana Singapuramerupakan negara pengimport pun berusaha untuk menangani masalahrakyat mereka sedangkan kita sebagai negara pengeluar minyak tidakmempunyai apa-apa inisiatif bagi menjaga kepentingan rakyat," katanya.Menurutnya, apa yang terjadi mencerminkan sikap kerajaan yang tidakprihatin malah langsung tidak mempedulikan nasib dan penderitaan rakyat."Kita lihat tiada inisiatif diambil pihak kerajaan dalam meringankanbeban harga minyak dan inflasi tinggi yang ditanggung rakyat, tetapimasih berada di peringkat akan mengkaji harga minyak pasaran," katanyalagi.

Pada masa yang sama, beliau berkeyakinan bahawa harga minyak negaraini berpotensi untuk kembali kepada harga asalnya selari denganpenurunan harga minyak dunia yang semakin giat berlaku."Adalah tidak mustahil jika harga minyak kita boleh kembali sepertiasalnya, sebab itu saranan Dato' Seri Anwar bahawa Pakatan Rakyatboleh menurunkan harga minyak sebaik memerintah."Jika singapura boleh menurunkan harga minyak sebanyak 5 kali dalam masa 20 hari, kita sepatutnya lebih mampu menurunkannya, " tegasnya.

Menurut laporan beberapa media di negara jiran tersebut, harga minyakpetrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter yaknipenurunan terbesar sejak Ogos 2003 dan ia merupakan kali kelima hargaminyak petrol turun dalam tempoh 20 hari.Semalam, langkah tersebut dimulakan oleh Shell, yang kemudian diikutiCaltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolakdiskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petroloktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliterbagi petrol oktana 92.Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan inikerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini,sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenaipermintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Baratdengan Iran mengenai program nuklear Teheran.Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyakAfrika utama, turut menjadi faktor, kata para pemerhati.Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Dowjones Newswires, harga minyakboleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika teruskukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua PertubuhanNegara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu

Satu parti: Saranan Tuan Guru perlu diteliti

|

Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,beliau menyokong cadangan sekiranya PAS dan Umno dibubarkan dansebaliknya sebuah parti benar-benar berlandaskan Islam ditubuhkan.IklanPandangan Tuan Guru sebenarnya adalah satu pandangan palingterkehadapan tanpa ada sebarang rasa sentimental terhadap sesuatu yangtidak lebih dari nama yang disahkan dalam bentuk sekeping kertas, copgetah sebuah jabatan kerajaan dan undang-undang yang dibuat oleh manusia.

Sesebuah parti politik, tidak kira Umno atau PAS tidak sepatutnyadianggap sebagai sebuah institusi yang harus dipertahankan sehinggadunia kiamat.Sebuah parti politik hanyalah sebenarnya manusia. Ia bukan sebuahagama yang perlu dianuti dengan segala peraturannya harus dipatuhisebagaimana seseorang wajib mematuhi hukum agama.Kenyataan Tuan Guru boleh dilihat sebagai sesuatu yang mengatasi soalpolitik semata-mata. Bagi beliau yang penting adalah Islam. Dalam lainperkataan Islam mengatasi semuanya. Apabila sesebuah parti ditubuhkanberlandaskan Islam dan dengan objektif utamanya mendaulatkan Islam,maka dengan sendirinya, satu budaya Islam yang jelas dan kukuh akanterbina.Hal ini bertentangan dengan Umno yang mengasaskan penubuhannyasemata-mata atas dasar siasah dan kemudian turut memasukkan perjuanganIslam sebagai agenda parti.

Dasar pragmatik yang diamalkan oleh Umnoadalah sesuatu yang tidak bercirikan Islam kerana dalam Islam semuanyatelah diputuskan oleh Quran dan hadis. Islam tidak berkaitan denganpragmatisme, tidak boleh main "itu boleh, ini boleh".Tentu sekali sesuatu parti yang memerintah boleh menukar dasarkerajaan menurut kesesuaian masa dan keadaan tetapi menjadikan sebuahparti Melayu sebagai sebuah parti yang pragmatik bukanlah sesuatu yangdituntut oleh Islam.Apabila kita membandingkan pembudayaan Umno dan PAS yang berlakusepanjang-panjang lebih 50 tahun sejak ditubuhkan, maka pertentanganbudayanya cukup menyerlah.Walaupun ada ketikanya PAS seolah-olah memberikan tumpuan terhadapsoal politik dan kuasa, namun soal yang sama terus menjadi agendautama Umno sehingga ada kalanya membelakangkan soal moral yangberkaitan rapat dengan hukum-hukum agama (seperti campurtangan dalambadan-badan kerajaan yang sepatutnya bebas dari politik danmengongkong media arus perdana sehingga mendorong media berkenaanmelakukan pembohongan jelas dan fitnah terhadap PAS dan partipembangkang lain).

Walaupun Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang politiknya mampudiurus dengan mudah, tetapi kita sering terpisah dan terperangkandalam perbalahan berpunca dari pelbagai fahaman asobiyah sehinggakanintergrasi nasional tidak lebih omong kosong ahli politik yangretorikal sifatnya.Kita dipisah-pisahkan dengan agama, dengan keturunan, puak dansebagainya. Malah dalam satu rumpun bangsa kita terpisah lagi olehfahaman dan penjiwaan parti politik yang berbeza.Mungkin Tuan Guru melihat masanya sudah sampai bagi kita mengenepikandan menghakis semua landasan-landasan asobiyah yang tidak akan membawakita ke mana-mana melainkan memerangkap kita dengan perbalahan yangtidak akan ada kesudahannya.Islam adalah semua agama universal dengan sistem moral yang logik danboleh diterima oleh semua bangsa.

Sekiranya kita boleh menerima Islamsebagai agama rasmi Persekutan Malaysia sudah tentu kita bolehmenerima sebuah parti terbesar yang berlandaskan Islam untuk menjaditunggak kepada kuasa politik negara.Bagi rakyat bukan-Islam, mereka tidak perlu bimbang. Selagi partitersebut dibentuk dengan landasan Islam yang kuat dan definitif, soaldiskrimasi tidak timbul seperti yang berlaku apabila kuasa politikberada di tangan parti yang hanya menggunakan Islam sebagai komestikperjuangan siasah bagi mengaburi orang Islam sendiri.