Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 28 Disember 2009

ORANG MUDA GENG KITA

|


Program Orang Muda Geng Kita yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai mendapat sambutan yang menggalakkan. Program tersebut yang merupakan agenda DPPN negeri Perak yang bertujuan untuk menarik minat golongan muda mendekati pemuda PAS yang bukan semata-mata memfokuskan kepada isu-isu politik tetapi dalam semua aspek termasuk kebajikan, sukan dan kesenian. Program orang muda geng kita peringkat Kawasan Bagan Serai yang dilancarkan oleh Tuan guru Haji Hadi pada November lalu melibatkan pertandingan badminton, futsal dan persembahan malam kesenian Islam. Pertandingan badminton yang dilansungkan selama dua hari melibatkan pertandingan acara bergu menarik penyertaan lebih kurang 30 pasukan dari dari cawangan PAS di sekitar Bagan Serai dan telah diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor Masjid Tinggi.

Manakala bagi pertandingan Futsal pula yang diadakan pada 13hb. Disember 2009 melibatkan sebanyak 24 pasukan yang mewakili cawangan masing-masing juga dari sekitar bagan Serai. Sememangnya sukan Futsal menjadi pilihan ramai khususnya golongan muda kerana ia memerlukan kemahiran kesefahaman dan stamina yang tinggi dan pasukan yang memiliki perkara-perkara tersebut berhak menjadi juara.

Dalam pertandingan badminton, johan pertandingan telah disandang oleh PAS cawanganSimpang Lima, Naib Johan disandang oleh PAS cawangan ALlr Pongsu. Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh PAS cawangan Parit Mentara dan PAS cawangan Gunung Semanggol. Bagi pertandingan Futsal pula, johan dimenangi oleh PAS cawangan Pusat Bandar, tempat kedua dimenangi oleh PAS Cawangan Masjid Tinggi dan tempat ketiga dimenangi oleh JUStice FC yang mewakili Parti keadilan rakyat.

Kemuncak program Orang Muda Geng Kita ialah majlis penyampaian hadiah yang diserikan dengan persembahan Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid musim pertama. Manakala hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PAS Bagan Serai merangkap ADUN Gunung Semanggol yang telah meluangkan masa menjayakan masjlis tersebut.

YB Ramli menyampaikan hadiah kepada Johan Futsal

Johan Pertandingan bdminton



Isnin, 1 Jun 2009

SUKAN PASTI KAWASAN BAGAN SERAI

|



Bagai Garuda Menyerang…. Dimana ada bola disitulah mereka berkumpul. Sehinggakan ada yang terpaksa menjaringkan gol sendiri kerana risau bola ‘dirampas’ pihak lawan dan bagi jurulatih pula, terpaksa menggunakan khidmat ‘Speaker’ tambahan dari kalangan bapa-bapa untuk membantu pasukan masing-masing menang. Bagi pertandingan bola jaring pula, kaum ibu memonopoli permainan tersebut untuk memastikan bola berada didalam kawalan pasukan anak-anak mereka. Namun begitu, kesemua pertandingan berjalan dengan baik dan sempurna, penuh dengan gelak ketawa dan kemeriahan biarpun cuaca panas.



Begitulah suasana pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bagan Serai 2009 telah dianjurkan pada 24hb.Mei 2009 oleh Unit PASTI DPPK Bagan Serai. Seramai 250 orang murid-murid dari 12 buah PASTI di kawasan Bagan Serai telah terlibat dalam program tersebut. Program yang diadakan di padang awam Gunung Semanggol bermula pada jam 8.30 pagi yang didahului dengan perarakan kontijen-kontijen PASTI di kawasan Bagan Serai dan bacaan Ikrar oleh murid-murid PASTI. Program tersebut juga telah menarik minat ramai ibu bapa untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Menurut saudara Azara’i bin Md. Daud selaku Pengerusi Unit PASTI Bagan Serai, Pihak PASTI sememangnya meminta sokongan penuh bukan sahaja dari kalangan ibu-bapa dan keluarga murid-murid PASTI, malahan melibatkan penduduk kampung PASTI masing-masing. Beliau juga menjelaskan pada program kali ini juga telah diadakan Khidmat Pemeriksaan Kesihatan percuma untuk penduduk-penduduk dan para hadirin yang datang pada program tersebut. Juga diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dari umur 4 tahun sehingga 10 tahun mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah pemenang telah dilaksanakan oleh saudara Hashan Alhadi selaku Pengarah PASTI Perak. Johan Bola Sepak telah disandang oleh PASTI Selinsing manakala Johan Bola Jaring pula disandang oleh PASTI Parit Haji Taib 3. dalam ucapan penutup, beliau meminta agar ibu bapa terus memilih PASTI sebagai pusat pendidikan awal yang berteraskan Islam dan menjadi duta kepada PASTI untuk memastikan PASTI terus mendapat sambutan. Bagi pihak urusetia program, Jazakallahu Khairan Kathira diucapkan kepada semua pihak khususnya, DPPK Bagan Serai, MGP Bagan Serai, Unit Amal Bagan Serai, Pejabat Kesihatan dan semua pihak yang telibat dalam menjayakan program tersebut.

Jumaat, 28 November 2008

Bola Sepak...Sukan Untuk Persefahaman,Perpaduan,Pendidikan...

|



Bolasepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang di seluruh negara-negara di dunia ini. Bolasepak adalah acara sukan di padang yang berbentuk empat segi, acara sukan ini juga telah banyak mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan Bolasepak juga telah berjaya mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi sukan bola sepak malahan ada di sesebuah negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak (kids football) kerana disini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya menjadi pemain bola sepak professional pada masa akan datang.

Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan pakaian dan peralatan sukan oleh ADUN Gunung Semanggol telah diadakan di perkarangan surau Taman Indah Jaya Semanggol. Pasukan tersebut telah menerima peralatan seperti bola jersi dan lain-lain peralatan bola sepak. Kesemua peralatan dan pakai tersebut di serahkan kepada pengurus pasukan, Encik Rosli bin Abd. Rahman yang turut disaksikan oleh ketua kampung kawasan tersebut.


Dalam ucapan ringkas beliau, YB ADUN Semanggol telah memberi kata semangat dan dorongan dan diharapkan dengan penyerahan peralatan tersebut dapat membantu menyemarakkan semangat kesukanan yang ada pada pasukan tersebut yang hampir kesemuanya masih belia

Selasa, 26 Ogos 2008

Pertandingan Badminton PAS Kawasan Bagan Serai.

|




Jumaat, 22 Ogos 2008; Dewan Pemuda Pas kawasan Bagan Serai melalui Lajnah Sukan telah mengadakan pertandingan badminton tertutup peringkat kawasan Bagan Serai. Menurut pengerusi lajnah Sukan DPPK Bagan Serai, Saudara Khairul Afandi bin Mohd Razali pihaknya menerima sebanyak 80 penyertaan dari seluruh cawangan PAS kawasan Bagan Serai. Bagi pihaknya ini merupakan satu sambutan yang menggalakkan kerana program ini merupakan program pembuka tirai selepas kemenangan PAS dalam PRU ke 12 yang lalu dan akan dituruti dengan perlbagai program sukan yang lain.

Pertandingan tersebut diadakan tiga hari berturut-turut bermula dari 22 Ogos sehingga 24 Ogos 2008. pertandingan tersebut juga menarik perhatian Tuan Haji Ramli bin Tusin selaku Yang DiPertua PAS kawasan Merangkap ADUN Gunung Semanggol.

Walaupun sibuk dengan pelbagai program beliau tetap meluangkan masa bagi memeriahkan program tersebut. Turut hadir ialah Tuan Haji Husin bin Din Timbalan yang Diertua PAS kawasan Bagan Serai merangkap ADUN Selinsing, Ketua DPPK Bagan Serai Ustaz Zawawi bin Abu Hassan dan Timbalan Ketua DPPK Bagan Serai, Ustaz Idris bin Ismail.
Pertandingan tersebut dijuarai leh PAS Cawangan Parit Gabis (A) yang menerima hadiah RM 200.00 beserta hamper. Manakala Naib Johan disandang oleh PAS Cawangan Gunung Semanggol dan tempat ketiga dimenangi oleh PAS Cawangan Kampung Dew