Khamis, 4 Mac 2010

NGALEH NYAMBAT KALO SI TUHAK KADAK TAHO DIUNTONG!!!

|

Pagi tadi lebih kurang pukul 10 pagi,satu demonstrasi secara aman telah dilakukan oleh pengundi-pengundi MP Bagan Serai yang telah khianat ini.Program bermula dengan berarak dari Pejabat Keadilan dan terus ke Pejabat MP Bagan Serai ini.Antara YB yang hadir adalah YB Husin Din,YB Khalil Idham Lim,YB Yunus Jamhari serta MP Parit Buntar,YB Mujahid Yusof Rawa.Selain dari itu,pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai yang diketuai oleh saudara Md Nasib turut hadir bersama-sama ahlinya.Ketua Dewan Penyokong PAS,En Beh Heng Kin dan anak buahnya turut berdemo.Demonstrasi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Motif utama demonstrasi ini adalah untuk mendesak supaya beliau(Mohsin) meletak jawatan sebagai MP Bagan Serai secepat mungkin atau lebih bagus serta merta.Tindakan beliau ini amat mengguris hati pengundi-pengundi di parlimen ini seterusnya akan menambahkan kebencian terhadap Umno/BN!!!
Sesungguhnya YB Ramli sudah sedia maklum mengenai permasalahan MP Bagan Serai ini hasil aduan orang ramai tetapi YB tidak sangka yang beliau sanggup melompat parti.YB kenal beliau pun ketika beliau dipilih menjadi calon MP Bagan Serai dalam PRU 12 yang lepas.YB pun tidaklah berapa rapat dengan beliau memandangkan beliau sendiri jarang turun ke kawasan.Cuma apa yang YB kesalkan,sudahlah Pusat Khidmat beliau jarang dibuka jadi semua rakyat datang mengadu ke Pusat Khidmat Adun dan beliau juga amat susah hendak menghulurkan sumbangan untuk membantu rakyat,jadi secara tidak langsung segala permasalahan rakyat banyak ditanggung oleh YB Ramli dan YB Husin sendiri.Fikirlah sendiri wahai Mohsin,PRU 12 rakyat menyokong Pakatan Rakyat kerana marah dengan BN tapi gara-gara perangai 'KATAK' ini,rakyat lebih marah kepada kamu berbanding BN walaupun sama sahaja keduanya.Ialah kononnya BEBAS tapi menyokong BN!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas pembikinan baru website ini..saya rasa lebih menarik..Saya pun amat kecewa dengan terkeluarnya hj mohsin itu...semoga beliau kembali ke pangkal jalan...berikan hak kepada pengundi Parlimen bagan serai..kosongkan kerusi ini!!!!!

Daripada;
wakil penduduk Taman Indah Jaya