Rabu, 17 Mac 2010

JAMBATAN SEMPIT YANG MERBAHAYA

|

Di sepanjang Jalan Kerian terdapat 5 buah jambatan sempit yang sangat perlu dilebarkan kerana amat berbahaya kepada pengguna jalanraya itu sendiri.Kenderaan yang lalu lalang di jalan ini bertambah dari hari ke hari.Paling kerap kenderaan yang menggunakan jalan ini adalah lori tanah dan lori pasir.Bermula dari Bukit Putus,iaitu di kawasan Batu 11,terdapat 2 jambatan yang masih belum dilebarkan,begitu juga dengan jambatan di kawasan Batu 9.Paling bahaya adalah jambatan di kawasan Batu 9 ini kerana apabila 2 buah lori atau bas yang berselisih,salah satu darinya terpaksa berhenti dan memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari jalan bertentangan.Menurut saudara Wan Mohd Nakhaee B Wan ismail,27,beliau nyaris-nyaris terlibat dengan kemalangan di jambatan Batu 9 ini kerana lori yang datang dari arah bertentangan sangat laju.Menurut beliau lagi,apa yang menjadi tanda tanya adalah,lebih kurang 8 bulan yang lepas,terdapat aktiviti pelebaran jambatan ini,seperti contoh sungai dikorek dan jentera berat ada dibawa ke situ akan tetapi tidak berapa lama kemudian kesemua jentera berat dan bahan-bahan binaan dipunggah keluar,seolah-olah projek itu ditarik balik. Kenyataan ini turut disokong oleh saudara Mohd Nasir B Harun Zaman,44.Menurut Nasir,terdapat 5 buah jambatan disepanjang Jalan Kerian ini,tetapi mengapa hanya 2 sahaja yang dilebarkan?Kenderaan bertali arus yang melalui jalan ini dan sudah banyak kemalangan yang berlaku.Beliau berasa bertambah bimbang kerana kebanyakan kenderaan yang melalui jalan ini,laju-laju belaka terutamanya kenderaan orang luar.Janganlah sudah berlaku sesuatu baru tindakan hendak diambil,sambung beliau lagi.


Di bawah ini adalah jambatan yang TELAH DILEBARKAN iaitu di kawasan Batu 7 dan Batu 91/2.Selain jambatan Batu 9,dua jambatan di Batu 11 ini masih BELUM DILEBARKAN.Di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) lebih kurang setahun setengah yang lalu,YB Ramli ada membangkitkan perkara ini di hadapan tuan Pegawai Daerah,dan hasilnya 2 jambatan sempit ini telah dilebarkan tetapi yang lagi 3 jambatan tidak dilebarkan dan ini membuatkan YB berasa pelik.YB Ramli berharap pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah ini,memandangkan Bajet 2010 telah 'diluluskan'.Jadi apa salahnya jika projek pelebaran jambatan-jambatan ini dilaksanakan untuk keselesaan semua pengguna jalan ini.Dan projek-projek ini perlulah diberi kepada kontraktor yang berpengalaman dan melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab dan jujur.YB bimbang jika diberi kepada kontraktor sebarangan,nanti masalah lain pula yang timbul.


0 ulasan: