Sabtu, 17 Disember 2011

TAKLIMAT PILIHANRAYA

|

Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai telah mengadakan satu sesi penerangan pilihanraya..Antara penceramah adalah wakil dari Muslimat negeri Kelantan dan juga seorang blogger yang dikenali sebagai Mat Saman Kati.











Selasa, 13 Disember 2011

LAGI MANGSA BANJIR DIBANTU

|

Sebentar tadi,YB Ramli bersama pembantu beliau turun ke Kampung Parit Ayer Hitam untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk yang menjadi mangsa banjir tempohari.










Rabu, 7 Disember 2011

MANGSA BANJIR DIBANTU

|

Siang tadi,YB Ramli merangkap YDP PAS Bagan Serai bersama Setiausaha PAS Bagan Serai,Haji Sabri Sabran telah turun padang untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan Parit Abu Hasan Ban,Alor Pongsu.Bantuan adalah berbentuk barang makan asas.











Rabu, 30 November 2011

MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN

|

Hujan lebat yang turun 2,3 hari kebelakangan ini telah menyebabkan sesetengah tempat di dalam DUN Semanggol telah dilanda banjir.Antaranya Kampung Perlis,Kampung Batu 38 dan yang paling teruk adalah di Kampung Batu 40..Kesemuanya terletak di dalam kawasan Bukit Merah.Pagi tadi selepas menerima panggilan telefon YB Ramli bergegas ke tempat kejadian.Menurut salah seorang mangsa,Ahmad Nazri B Che Ad,32,air mula naik lebih kurang pukul 6 pagi tadi..Musibah ini telah beberapa kali menimpa penduduk di sini setiap kali musim hujan.Sejurus selepas lawatan YB Ramli,hampir 15 keluarga diarahkan berpindah ke pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.Punca berlaku banjir ini adalah disebabkan oleh air sungai yang melimpah setelah pintu air limpah utara empangan Bukit Merah dibuka.Dikhuatiri jika pintu empangan ini tidak dibuka,maka empangan tersebut boleh pecah.















Isnin, 14 November 2011

JALAN YANG MEMBAHAYAKAN PENGGUNA

|

YB Ramli meluangkan masa meninjau keadaan jalan di taliair besar Bagan Serai yang menghubungkan antara Pasar Bagan Serai dan Jalan Matang Buluh.Pihak terlibat diharap melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini.Laluan ini merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pasar dan ke sekolah.