Sabtu, 20 Ogos 2011

PROGRAM EHYA RAMADHAN DI PARIT HAJI TAIB

|

Ahli kariah Masjid Parit Haji Taib telah melkasankan satu program yang amat baik sekali di bulan Ramadhan ini untuk kanak-kanak di kampung itu..Program yang dinamakan Ehya Ramadhan itu bertujuan untuk mendidik anak-anak kariah yang berusia 7 hingga 12 tahun untuk menghargai Ramadhan..


Antara tentatif program itu adalah bertadarus Al Quran.Kemudian diikuti dengan penyampaian sumbangan oleh YB Ramli kepada pelajar yang kurang berkemampuan,berbuka puasa bersama,solat tarawikh berjemaah dan juga Qiamullail..


Alhamdulillahhampir 90 pelajar menyertai program ini..Program ini dilihat dapat mendidik jiwa pelajar yang masih kecil supaya dapat menjadi asas kepada kehidupan mereka yang akan datang bak kata pepatah..Melentur bulug biarlah dari rebungnya...























Sabtu, 13 Ogos 2011

YB RAMLI DI TAMBUN

|

Semalam YB Ramli hadir ke Surau Hawariah,Kampung tersusun Batu 5,Tambun bagi memenuhi undangan ahli kariah sana untuk berbuka puasa dan menyampaikan tazkirah Ramadhan..







Jumaat, 12 Ogos 2011

MISI KE GAZA

|

Semalam satu jamuan berbuka puasa telah diadakan di rumah Abdul Karim B Mohd Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Paksu Karim di Sungai Bogak..YB Ramli,YB Husin dan YB Yunus turut hadir dalam majlis itu..Majlis ini adalah majis doa selamat sempena keberangkatan Paksu Karim ke Gaza malam ini..Misi yang dikenali sebagai Radic 2 bertujuan mengutip dana untuk disalurkan ke Gaza bagi membina Masjid dan Hospital untuk penduduk Gaza..