Khamis, 11 Mac 2010

CERAMAH USTAZ SIDDIQ NOOR DI KAMPUNG TUA

|

Sebentar tadi YB Ramli dan keluarga baru pulang dari ceramah sempena Maulidur Rasul yang diadakan di Dewan Dr Burhanudin,Kampung Tua.Penceramah jemputan adalah Ustaz Siddiq Noor yang juga merupakan mudir Maahad Tahfiz Qiam.Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh En Abdul Rahim B Napiah sebagai pengerusi merangkap Ketua Pas Cawangan Kampung Tua.Selepas itu YB Ramli berucap sebagai YDP Pas Kawasan Bagan Serai merangkap ADUN Gunung Semanggol.Sebelum penceramah jemputan menyampaikan ceramah beliau,diselitkan satu acara penyampaian cenderahati kepada muslimat yang banyak menaburkan jasa untuk parti,beliau adalah Mak Long Limah.
Selepas itu Ustaz Siddiq Noor memulakan sesi ceramah beliau.Antara isi kandungan ceramah beliau adalah mengenai kehebatan Nabi Muhammad SAW yang menceritakan bagaimana para sahabat sangat kasih dan sayang kepada baginda hinggakan air wuduk baginda pun mereka sanggup tadah dan disapu ke tubuh mereka.Akan tetapi baginda melarang sahabat berbuat demikian kerana dan baginda berpesan sekiranya mereka sayangkan baginda maka turutilah sunnah-sunnah baginda.Selain itu,diceritakan juga bahawa setiap perbuatan,tutur kata,gerak badan yakni cara berjalan,cara makan dan cara tidur baginda adalah sesuatu yang kita sebagai umat Islam perlu ikut.
Muslimin dan muslimat amat terpegun dengan cara penyampaian Ustaz Siddiq Noor yang begitu bersemangat ditambah pula dengan nada suaranya yang agak keras dan garang itu.
Program tamat lebih kurang dalam pukul 11.30 malam.

0 ulasan: