Isnin, 19 Julai 2010

PROGRAM PAS FOR ALL DI DUN KUBU GAJAH

|

Semalam YB Ramli bersama pengiringnya telah menghadirkan diri ke program PAS For All yang diadakan selama 2 hari (17hb-18hb Julai 2010)bertempat di DUN Kubu Gajah. Antara program yang diadakan adalah Barbeque Rakyat,Sukaneka Rakyat,Kuliah Subuh dan Maghrib, Gotong-Royong,Dialog Penduduk,Pemeriksaan Kesihatan dan Kenduri Rakyat.Program ini melibatkan 3 UPU di dalam DUN ini iaitu RTBK,Bagan Baru dan Felda Ijok.Pimpinan-pimpinan PAS negeri turut hadir sama dalam program-program ini termasuklah DS Mohd Nizar B Jamaludin,MB Perak yang sah!

Rabu, 14 Julai 2010

MENYELAMI MASALAH PETANI

|

14.07.2010;Parit Haji Ali, Masjid Tinggi, Penduduk Kampung Parit Haji Ali mengadu tanaman mereka kebanyakannya rosak akibat serangan bena perang, dari tinjauan yang dibuat, beberapa petak sawah telah rosak akibat penyakit ini dan maklumat yang diterima dari penduduk kampung bahawa jabatan pertanian memang telah membekalkan racun makhluk perosak berkenaan kepada mereka namun kadar yang diterima adalah tidak mencukupi, mereka merayu kepada Jabatan Pertanian supaya menambah jumlah racun supaya dapat disembur dengan menyeluruh bagi mengawal penyakit ini merebak ke tempat yang belum diserang.

perdu pokok padi yang baru diserang oleh bena perang


peringkat awal serangan bena perang


keadaan pokok padi yang telah terkena serangan bena perang

pokok padi terus mati dan mereput apabila terkena serangan bena perang

sempat melihat seorang penduduk mengambil buah sawit

Khamis, 1 Julai 2010

PROGRAM ZIARAH BERSAMA MUSLIMAT

|

Semalam YB Ramli dan isteri diiringi oleh Muslimat PAS Bagan Serai yang diketuai oleh Puan Hjh Rohaya Bt Abu Bakar telah mengadakan program ziarah dibeberapa tempat di bawah Parlimen Bagan Serai.Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah tuan punya Poliklinik Bakti iaitu Doktor Yahya,57,yang dikhabarkan tenat akibat terkena penyakit barah hati.Sudah hampir sebulan Doktor Yahya terlantar dan sering keluar masuk hospital.YB Ramli dan rombongannya membacakan Yaasin untuk Doktor Yahya yang semakin tenat keadaannya.PERHATIAN!!!Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi di rumahnya dan selamat dikebumikan di Masjid Matang Gerdu,Bagan Serai.YB Ramli turut hadir untuk menyembahyangkan Allahyarham.Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

h
Sesi ziarah beralih pula ke Kampung Yasin,kali ini adalah untuk melawat isteri kepada ketua kampung tersebut yang menghidap penyakit kencing manis yang mengakibatkan kedua-dua kakinya telah dipotong.Menurut Puan Halijah,dia sekarang bergerak menggunakan tongkat beroda untuk bergerak.Sebelum berangkat,sedikit sumbangan dihulurkan kepada Puan Halijah oleh Puan Rohaya dan sedikit sumbangan peribadi dari isteri YB Ramli,Puan Hjh Latifah Bt Salleh.

Seterusnya YB Ramli dan rombongan meneruskan program ziarah ke Parit Haji Taib 2.Kedatangan YB Ramli menyebabkan Osman B Alwi,52,berasa sebak dan hampir menitiskan airmata.YB Ramli menenangkan Osman dan meminta dia supaya bersabar.Menurut Osman,dia telah menghidap penyakit kencing manis hampair 10 tahun.Cuma beberapa bulan kebelakangan ini,penyakitnya semakin serius dan bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital.

Program ziarah ini tamat kira-kira pukul 1 tengahari.YB Ramli mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Muslimat PAS bagan Serai yang sudi menjemput beliau untuk turut sama dalam program ziarah kali ini.