Isnin, 29 Mac 2010

PENIAGA YANG RESAH...

|

Medan selera pusat bandar Bagan Serai ini telah terbina sejak 8 tahun yang lepas dan menempatkan hampir 25 peniaga.Pada mulanya tiada apa-apa masalah.Akan tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini,para peniaga mula mengeluh akibat keadaaan medan selera itu seperti kurang diambil perhatian.Masalah pertama yang disebut-sebut adalah mengenai kemudahan meja makan yang semakin hari semakin uzur.Kebanyakan meja-meja tersebut sudah tertanggal dari lantai.
Menurut seorang peniaga Haslizan B Razali,47,sudah banyak kali beliau memberitahu kepada pihak MDK tetapi masih belum ada apa-apa tindakan.Setiap kali pelanggan datang,pasti ada yang merungut kerana tidak selesa disebabkan oleh meja makan yang berbunyi serta tidak stabil itu.Sudah beberapa kali juga Haslizan membaiki meja-meja ini,tetapi lama-kelamaan akan tanggal kembali.
Selain dari itu,seorang lagi peniaga Rosnah Bt Mohd Napiah,41,ingin mengadu mengenai masalah longkang kecil dihadapan setiap gerai di medan selera ini selalu tersumbat diakibatkan oleh longkang yang terlalu kecil.Walaupun kerap dicuci,tetapi longkang ini tetap tersumbat.Yang menambahkan masalah lagi adalah mengenai tutup longkang yang berat,menyukarkan untuk mereka mengangkat tiap kali hendak mencuci longkang tersebut.Dahulu,tutup longkang ini diperbuat dari besi,tetapi kerap kali dicuri lalu ditukar kepada simen.Untuk masalah ini,Haslizan dan Rosnah mencadangkan supaya satu laluan paip dari sinki terus ke longkang besar dibuat memandangkan longkang itu selalu diselenggara oleh pihak MDK.

0 ulasan: