Khamis, 18 Mac 2010

TOLONG KAMI....BANTU KAMI....!!!!

|

Bekerja sebagai seorang pembuat tapai berapa sangatlah pendapatan yang dapat beliau kumpul.Hamba Allah ini pula tidak mempunya pekerjaan yang tetap,kadang-kadang mengambil upah meracun dan menyirak bendang.Sekartang beliau cuma menumpukan kepada penjualan tapai secara kecil-kecilan yang dapat memberikan pendapatan bulanan lebih kurang RM 700.Inilah yang dilakukan oleh En Hamsan B Rajuly,34 yang perlu menyara isteri dan 5 orang anak di mana 3 darinya masih bersekolah.Isterinya,Puan halizah Bt Kasio,37 cuma bekerja mengambil upah menjahit baju yang tidak tentu pendapatannya.Apa yang paling menyedihkan adalah bila melihat keadaan rumah Hamsan yang sangat daif....reput di sana sini...Menurut isterinya,bila tiba musim hujan mereka terpaksa tidur di dalam kesejukan akibat tempias hujan dan juga disebabkan oleh air hujan yang mengalir melalui atap yang bocor.

Tengoklah sendiri keadaan rumah beliau yang hanya menanti masa untuk roboh.Menurut Puan Halizah lagi,anak bongsu mereka yang berusia 9 bulan telah disahkan oleh doktor mengalami penyakit bengkak sebelah hati.Oleh itu,setiap 6 bulan mereka terpaksa membawa anak bongsu mereka berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Taiping.Ujar Hamsan pula,disebabkan oleh rumah mereka yang reput itu,Hamsan tidak dapat meletakkan meter elektrik di hadapan rumahnya kerana keseluruhan dinding dibahagian hadapan rumah telah reput dan jika dipaku pun meter itu akan tanggal semula.Oleh kerana itu meter elektrik rumahnya hanya di ikat dengan rantai basikal bagi mengelakkan ia jatuh.

YB Ramli berasa amat sedih melihatkan keadaan keluarga Hamsan yang daif ini.Melihatkan kepada anak-anaknya yang masih kecil,YB merayu kepada mana-mana badan kebajikan dan juga individu yang prihatin,tampillah untuk memberi bantuan dan sumbangan.Rumah Hamsan terletak di Parit 5,Tebuk Matau,Semanggol.

0 ulasan: