Isnin, 13 Oktober 2008

Jamuan Aidil Fitri PAS Bagan Serai, ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing

|



Majlis Rumah terbuka ADUN Gunung Semanggol dan PAS cawangan Taman Indah Jaya telah diadakan pada 11hb.Oktober 2008. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan penduduk kawasan Taman Indah Jaya dan penduduk setempat. Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 700 orang tetamu dan jemputan. antara menu yang disediakan ialah Nasi beriani, Kueh teow goreng, Mee Goreng, Lemang, Rendang dan yang menjadi perhatian ialah cendol.






Sementara itu pada 12hb. Okter pula telah diadakan Rumah terbuka PAS Kawasan Bagan Serai dan ADUN Gunung Semanggol serta ADUN Selinsing yang diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor, Markas PAS Bagan Serai, Masjid Tinggi Bagan Serai.Majlis yang diadakan secara gotong royong oleh penduduk kampung Masjid Tinggi dan Ahli-ahli PAS Kawasan Bagan Serai begitu meriah. Di anggarkan seramai 2000 ke 3000 orang terutamanya penduduk kawasan Bagan Serai dari semua lapisan masyarakat dan kaum telah hadir. majlis juga telah diserikan dengan dendangan nasyid oleh Kumpulan nasyid dari Ma'ahad Al-Ridhwaniah, Telok Medan Bagan Serai. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Pemuda PAS Negeri Perak merangkap Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak Muhammad K.Y. Tiang, ADUN Bercham YB Sum Cheok Leng dan Ahli Kelab Penyokong PAS kawasan Bagan Serai.Sekalung taniah dan ucapan Jazakallah Khairan Kathira di ucapan kepada Pengarah Program dan Jawatankuasa Program, AJK PAS kawasan dan semua petugas yang bertungkus lumus melaksanakan program tersebut.

3 ulasan:

- sharuLcyber- berkata...

baru2 ni saya balik kg. abg ipar cakap adun semanggol tak buat rumah terbuka. saya taktau nak jawab sbb xde info. Lain kali buatlah di kawasan sendiri. SEMANGGOL. selalu setiap tahun kami pergi rumah terbuka ahli parlimen Bagan Serai (bekas) cikgu Non di semanggol.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Saya telah mengadakan jamuan Aidil fitri di kediaman saya di Taman Indah Jaya khusus untuk penduduk sekitar pada 11 Oktober 2008 (sabtu) manakala jamuan di masjid Tinggi adalah kerjasama antara PAS Kawasan,ADUN G.Semanggol, ADUN Selinsing dan AP Bagan Serai untuk seluruh penduduk Bagan Serai.Harap maklum...

Jon berkata...

kalo ada tu ati UMNO mmg tak nampak kebaikan n aktiviti orang PAS ni..