Buat kali pertama di Negeri Perak penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar Bandaraya Ipoh berpeluang menghadiri Program Ehya' Ramadhan yang diadakan di Dataran MBI anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pada 4 Ramadhan yang lalu.
Program ini diadakan setiap hari bermula pada 15 Ramadhan yang lalu sehingga berakhirnya Ramadhan pada tahun ini.Acara dimulakan dengan Majlis berbuka puasa beramai-ramai seterusnya para hadirin akan bersolat Maghrib,Isyak dan bertarawih secara berjemaah.
Selepas selesai bersolat, Majlis Tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang dari seluruh pelusuk negara.Di antara penceramah yang hadir ialah Ustaz Nasaruddin Daud,Ustaz Halim Hassan,Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz dan beberapa penceramah lain.
Program ini berjaya menarik ratusan penduduk Ipoh datang untuk bersolat beramai-ramai.Walaupun hanya sekadar bersolat di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah.Rata-rata para jemaah yang datang amat berpuas hati dan menaruh harapan yang tinggi agar program ini akan diadakan setiap tahun.
Pihak penganjur juga menyediakan segala kemudahan untuk berwudhuk,tandas,juadah berbuka,juadah moreh dan sistem siaraya yang baik.Bagi faktor keselamatan pula,Pasukan Unit Amal Ipoh berjaya memastikan program ini berjalan dengan baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan