Selasa, 28 Oktober 2008

Lawatan Datin Seri Hajjah Fatimah binti Taat ke kawasan banjir di Kerian

|








Kehadiran rombongan isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Hajjah Fatimah binti Taat ke kawasan banjir di Alor Pongsu dan Bagan Serai, memberikan satu suntikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut. Seakan lupa seketika kepada situasi bencana tersebut mangsa-mangsa banjir begitu ceria dah berasakan kehadiran beliau menjadi pembakar semangat dalam mengharungi permasalahan yang dihadapi kerana banjir. Kehadiran Datin Seri Fatimah bin Taat diringi isteri Ahli-ahli yang Berhormat Bagan Serai (AP Bagan Serai,ADUN Gunung Semanggol, ADUN Selinsing dan ADUN Titi Serong) dan ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Perak tiba di Pejabat Penghulu Mukim Alor Pongsu dan disambut oleh Pegawai Daerah Kerian Encik Ismali bin Hassan dan isteri serta Penghulu Mukim, Encik Suhaimi bin Salim yang kemudianya memberi taklimat berkenaan situasi banjir yang berlaku dan punca-punca kepada kejadian tersebut.

Antara penerangan yang menarik perhatian ialah sememangnya kawasan daerah Kerian berada dibawah paras laut maka tidak hairanlah sekiranya berlaku hujan lebat yang ‘luar biasa’ maka kawasan Alor Pongsu yang mula-mula akan menerima kesan.Di tambah pula dengan kesan limpahan air yang berlaku di Daerah Selama dan juga negeri Kedah.

Rombongan Datin Seri’ juga dibawa melawat pusat pemindahan di Sekolah Alor Pongsu dan Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dan beliau telah menyampaikan sumbangan peribadi dan Lajnah kebajikan DMP Perak kepada mangsa banjir. Datin Seri Fatimah juga mengambil kesempatan melawat kawasan yang ditenggelami air di Beriai dan menaiki bot untuk melihat rumah yang ditenggelami air dari dekat.

Sebagai penutup tirai lawatan beliau ke Kerian, Datin Seri dan rombongan diraikan dalam majlis jamuan Aidil Fitri PAS cawangan Kubu Gajah dan beliau disambut oleh Ketua Pas Cawangan Kubu GajahHaji Yusuf bin Haji Zainon dan Isteri Hajjah Rohana bin Muhammad. Pihak Pusat Khidmat bagan Serai mengucapkan Jazakallah Kharian Kathira kepada PAS Kawasan Bagan Serai, Pejabat Daerah Kerian,Pejabat Penghulu Alor Pongsu, Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Pegawai dan Anggota 9 Rejimen Renjer Diraja dan Ketua-ketua kampung kerana memberi kerjasama dalam program tersebut.

2 ulasan:

Pepatungdinihari berkata...

Salam...Tuan Haji,
Pepatung nampak blog tuan aji dah makin canggih.. Tahniah.
Pepatung tinjau gak kawasan aloq pongsu.. depa kata memang selalu banjir..semoga aloq pongsu makin elok macam blog ni...

Haji Ramli bin Tusin berkata...

w'salam...Jazakallah Khairan kathira kepada tuan-tuan yang hadir ke blog ini..kepada pepatung sekiranya ada candangan pihak saya akan cuba usahakan...w'salam..