Mangsa adalah anak kepada Ahli Kelab penyokong PAS, telah mengalami kecederaan yang kritikal dalam kemalangan pada 27 hb. Oktober 2008 yang lalu terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota hingga ke paras lutut kerana anggota tesebut tidak dapat diselamatkan. Diakhir lawatan YB menasihati keluarga malang tersebut agar bersabar dengan dugaan yang dihadapi dan beliau akan cuba membantu meringankan beban keluarga tersebut.
Selasa, 4 November 2008
LAWATAN DEEPAVALI KE HOSPITAL TAIPING
Kehadiran ADUN Gunung Semanggol ke Hospital Taiping telah mengubat sedikit kesedihan seorang bapa yang terpaksa melihat anak beliau yang kehilangan kaki akibat kecelakaan jalan raya. Lawatan YB Gunung Semanggol ke Wad 14 itu adalah sebagai keperihatinan beliau kepada salah seorang Ahli kelab Penyokong PAS kaum India Pondok Tanjung yang berada di dalam kawasan Gunung Semanggol.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
assalammualaikum YB..
saya adalah penduduk yg berada didalam kawasan semanggol. Saya ada cadangan/pertanyaan yang hendak dikemukakan.
1. Mengapakah pada bulan ramadhan dahulu tidak ada azan pada waktu maghrib di surau Taman Indah Jaya. Walaupun pernah ada majlis berbuka puasa disurau itu.
2. Pada bulan ramadhan yang lalu juga. Mengapakah surau Taman Indah Jaya kurang membuat MOREH berbanding tahun2 sebelumnya. Seperti 5 tahun lepas dimana setiap blok akan membuat MOREH ini. Adakah tiada sesiapa yang ingin memberi cadangan ini? Saya rasa YB boleh memberi cadangan itu supaya dapat meningkatkan perpaduan didalam Taman Indah Jaya.
3. Adakah YB boleh menghidupkan/mengoperasikan rumah kitar semula yang berada didepan kedai Haji Leman? Walaupun ianya bukanlah didalam bidang kuasa YB, saya rasa YB boleh berusaha untuk menghidupkan rumah itu. Kerana sejak pembinaan rumah itu, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan disitu.
Jikalau ada peluang. Mungkin ada cadangan atau pandangan yang akan saya keutarakan dikemudian hari. Sekian....
Catat Ulasan