Khamis, 20 November 2008

Program Pakatan Rakyat Bagan Serai

|




DMPK dengan kerjasama Pejabat ADUN Bagan Serai telah melaksanakan program kebajikan pada 16 November lalu. Program yang bertemakan dewan Muslimat Pas Kawasan Bagan Serai DiEra Kebangkitan Pakatan Rakyat telah diadakan di kawasan perkarangan letak kenderaan Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Pelbagai program telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak pra sekolah, pemeriksaan kesihatan, pertandingan kerabu mentah, buah Melaka ,gubahan sirih junjung dan pakaian beragam. Majlis tersebut telah mendapat sambutan ramai termasuk dari kaum Cina. Program yang menarik kunjungan seramai lebih 500 orang telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak Yang Berhormat Haji Zainuddin bin bin Mohd Yusof. Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau telah menerangkan kepada masyarakat Bagan Serai yang hadir pada program tersebut berkenaan dengan belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perak 2009 khususnya pecahan peruntukan kebajikan kerjaan negeri kepada rakyat negeri Perak. Haji Zainuddin juga berkesempatan menyampaikan bantuan pendidikan kerjaan negeri kepada 13 pelajar yang telah berjaya melanjutkan diri ke IPTA dan setelah itu dibawa melawat ke kawasan jualan, meja-meja pertandingan dan juga khemah pemeriksaan kesihatan.

Pada majlis yang sama juga,YB Haji Zainuddin telah merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing. Di akhir program, beliau yang juga selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak (PERNAS) telah dibawa untuk melawat Kelab Penyokong PAS kaum Cina kawasan Bagan Serai.

3 ulasan:

Rakyat Prihatin berkata...

Entri silih berganti.. Komen dibawah hanyalah menjadi hiasan duniawi tanpa balasan..

pena warisan berkata...

salam yb,

kebelakangan ini pelbagai isu pelik dalam negara yang mengundang situasi yang kurang menyenangkan didengar antaranya:-

i. pemberian hakmilik kekal kepada penduduk kampung baru di perak (yang diketahui kebanyakan kampung baru ini adalah dari kalangan bekas komunis yang menyerah diri dulu).
ii. pemecatan pemimpin pas di selangor oleh dato hassan ali akibat mempertikaikan keputusan kerajaan negeri selangor.
iii. ura-ura membangunkan ternakan ladang babi "mega" di negeri selangor dan kedah.
iv. cadangan pemberian zakat kepada orang-orang bukan islam.

kini rakyat jadi keliru dan risau dengan keadaan ini. saya minta pandangan secara peribadi dari yb atas perkara-perkara ini...

terima kasih.

anak semanggol berkata...

Ketua publisiti DAP Tony Pua berkata, PAS dianggap "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

"Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya.

"Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya boleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran."

........ ini adalah kenyataan pemimpin bangsa asing bagi mempertahankan kaum mereka. TAPI pemimpin PAS sanggup memecat pemimpin yang cuba menyuarakan bantahan beliau yang merugikan bangsa dan agama kita.

Bagaimana PAS hendak memperjuangkan keamanan, kesejahteraan dan membela generasi kita pada masa hadapan.