Khamis, 14 Januari 2010

SESI DIALOG BERSAMA PIHAK GEREJA

|

"Agama kami juga mengajar supaya menghormati agama lain,dan saya berpendapat bahawa serangan ke atas gereja yang berlaku baru-baru ini adalah bermotifkan politik" kata Father Francis Javier sewaktu Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai(SPRPBS) mengunjungi beliau untuk memberi sokongan moral dan saling bertukar pendapat mengenai isu yang panas ini.Turut hadir sama dalam lawatan ini adalah YB Dr Mujahid Yusof Rawa(MP Parit Buntar),YB Mohsin(MP Bagan Serai) dan juga YB Yunus Jamhari(Adun Kuala Kurau).
YB Mujahid pula menegaskan bahawa,walau di dalam peperangan sekalipun,tentera-tentera Islam di larang sama sekali dari membunuh kaum wanita,kanak-kanak,orang tua dan rumah ibadat agama lain inikan pula dalam keadaaan negara kita yang masih aman tanpa sebarang peperangan.Ternyata ini semua hanyalah bermotifkan politik yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Dan di akhir pertemuan ini,pihak gereja memohon bantuan SPRPBS untuk memantau keselamatan gereja.

0 ulasan: