Jumaat, 22 Januari 2010

CANTIK TAPI BAHAYA....

|

Aduan kali ini datang dari Hj Yusof B Hj Zainon,50 mengenai pokok bunga lanskap Majlis Daerah Kerian yang dikatakan menghalang penglihatan pengguna jalanraya yang melalui di simpang tiga pekan Semanggol ini.Kebanyakan pemandu dan penunggang dari kawasan Bukit Putus tidak dapat melihat dengan jelas kenderaan dari Jalan Kubu Gajah disebabkan oleh pokok lanskap itu.Oleh itu YB sangat berharap pihak yang terlibat dapat menyelesaikan perkara ini kerana disebabkan oleh pokok lanskap ini banyak kemalangan yang hampir berlaku.Jadi eloklah dielakkan dari berlaku kemalangan yang lebih teruk lagi.


Satu lagi aduan yang YB terima dari penduduk,juga berkaitan dengan Majlis Daerah Kerian(MDK) adalah mengenai sampah yang lewat dikutip di tepi Medan Selera Pancor.Di sini YB nak jelaskan lagi sekali,sampah-sampah busuk ini adalah bersebelahan dengan medan selera,iaitu tempat makan.Jawabnya tak berseleralah pelanggan-pelanggan gerai-gerai di sini gara-gara sampah busuk itu.Jadi silalah MDK cepat-cepat kutip kerana sampah-sampah ini boleh mengundang lalat seterusnya boleh membawa penyakit.Apatah lagi tong sampah ini diletakkan betul-betul di tepi jalan besar,maka cacatlah pemandangan di kawasan ini.Ingatlah bahawa kebersihan menjamin kesihatan.

0 ulasan: