Kalau dulu zaman baru lepas pencen hari-hari YB ada di rumah,goyang kaki.Ketika itu,kalau YB keluar sekalipun masa banyak di habiskan di masjid dan di surau.Kadang-kadang ada masa lapang macam-macamlah YB buat seperti baca kitab,baca teks khutbah(kebetulan YB seorang imam ketika itu),meneliti kertas kerja parti dan lain-lain.Tapi hobi yang paling YB suka buat adalah menjala ikan.Hari-hari YB turun ke sungai dan adakalanya YB turun ke bendang bila tiba musim padi menguning.......
Tapi dulu bolehlah hari-hari tangan YB hanyir dengan ikan,sekarang tidak lagi.Tetapi sejak bergelar wakil rakyat,jala YB semakin dilupakan.Sekarang hari-hari YB berhadapan dengan aduan rakyat dan hari-hari juga YB kena hadiri mesyuarat dari siang sampai ke malam.Tetapi oleh kerana terlalu rindukan hobi lama beliau,sempat juga YB mencelah masa lebih kurang dalam 2 jam untuk pergi menjala ikan.Banyak parit-parit yang telah kering airnya.Puas jugalah YB meronda mencari parit yang sesuai dan YB bernasib baik kerana menjumpai apa yang dicari.Tebaran yang pertama belum membuahkan hasil,tapi YB tak putus asa....biasala tu...Dan Alhamdulillah tebaran kedua dan seterusnya ada juga ikan-ikan yang penduduk tinggalkan untuk rezeki YB.YB bercadang hendak membuat pekasam ikan-ikan ini.Tidak lama kemudian YB pulang ke rumah.Ada juga rezeki YB hari itu....
Sejak kebelakangan ini,cerita-cerita panas semakin kerap didengari seperti gereja dibakar,isu penggunaan kalimah Allah dan yang terbaru yang YB rasa rakyat Perak pun sedia maklum,iaitu keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya untuk menentukan siapakah MB Perak yang sah pada 9hb Februari ini.Apapun YB amat berharap agar kita sama-sama mendirikan solat hajat dan mendoakan kemenangan berpihak kepada Dato Seri Haji Mohd Nizar Jamaludin sebagai MB Perak yang sah sesahnya!!!Dan selepas itu bersedialah untuk pembubaran DUN Perak jika Allah berkehendakkan begitu..Perkemaskan jentera parti kita.Jika pilihanraya yang sebelum ini terdapat banyak kelemahan,perbaiki dan jangan cepat putus asa..Dan disamping itu sentiasa bermohon kepada Allah SWT agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat teguh hati dan sanubarinya supaya tidak mudah gelap mata bila disogok dengan wang ringgit atau habuan seks!!Jadikan "kisah lama" sebagai pengajaran.Dengan itu dapatlah kita hidup aman damai dan harmoni.Diharap selepas ini,tiada lagi sidang DUN di bawah pokok dan juga di hotel.Tiada lagi polis-polis yang melayan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat seperti penjenayah!!Tiada lagi sekatan dawai FRU!!Tiada lagi peristiwa rampasan baju Speaker...Tiada lagi konsert Jom Heboh@Sure Heboh dan seumpama dengannya..Dan paling penting sekali kami rakyat Perak dapat mengimarahkan kembali surau di kediaman rasmi MB dengan tazkirah,usrah dan program ibadah yang lain..Terkenang waktu dulu....Wassalam
Selasa, 26 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan