Isnin, 11 Januari 2010

CABARAN PERTAMA !!!

|

Perjumpaan ini adalah kali yang kedua setelah tertubuhnya Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai pada 3hb Januari lalu yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Nasib.Isu pertama yang ditumpukan pada mesyuarat kali ini adalah mengenai serangan ke atas rumah ibadat bukan Islam.Jawatankuasa ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini yang nyata cuba untuk menghuru-harakan keharmonian kaum di negara ini.Sebulat suara,jawatankuasa ini telah bersetuju untuk menubuhkan unit keselamatan untuk memantau untuk mengelakkan perkara sebegini berulang terutamanya di kawasan Kerian.Kerjasama pihak polis juga diperlukan untuk membantu unit ini.Seperti yang telah kita sedia maklum,negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan agama,kepercayaan,tradisi dan fahaman politik.Tetapi perlu juga diingatkankan bahawa kita dilarang sama sekali dari menimbulkan kekacauan dan perselisihan faham antara kaum untuk terus mengekalkan keharmonian masyarakat di negara ini.

YB Ramli Tusin bersama ahli-ahli sekretariat yang lain








0 ulasan: