Jalan rosak juga salah satu aduan yang kerap saya terima.Jalan di dalam gambar adalah jalan tali air besar Bagan Serai.Jalan ini merupakan laluan alternatif penduduk-penduduk sekitar Masjid Tinggi dan Telok Medan untuk ke sekolah,pasar dan juga ke pusat bandar Bagan Serai.Kerosakan ini disebabkan oleh lori-lori yang membawa barang-barang projek dan apabila padi sudah masak maka banyaklah lori-lori dan mesin-mesin padi keluar masuk melalui jalan ini.Penduduk tidaklah sangat mengharapkan jalan ini ini diturap sebaik mungkin,cukuplah sekadar membaiki seperti contoh menampal lubang-lubang dengan batu dan diratakan sebaiknya.Kontraktor-kontraktor harus bertanggungjawab di atas permasalahan ini kerana disebabkan oleh jentera berat mereka,jalan ini rosak.Sama-sama guna jalan ini jadi sama-samalah jaga.
AMANAH Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan
6 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Komen