Khamis, 14 Januari 2010

MELAWAT PESAKIT KANSER

|

Lawatan saya kali ini adalah ke kawasan Pondok Tanjung.Puan Zainon Bt Che Ya,73, atau lebih mesra dipanggil Mak Long telah menghidap penyakit barah payudara sejak 10 tahun yang lalu.Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk mengubati penyakit Mak Long tetapi sia-sia sahaja.Menurut suami Mak long,Ismail Bin Puteh,76,pada mulanya terdapat ketulan-ketulan yang kecil-kecil pada payudara Mak Long.Lama kelamaan ketulan kecil tadi menjadi semakin besar dan akhirnya akan pecah dan mengeluarkan darah.Akan tetapi Mak Long tidak berasa sakit.Turut hadir bersama saya adalah Ketua Pas Cawangan Pondok Tanjung,Haji Abdullah b Mohamed,bekas ketua kampung Pondok Tanjung,saudara Fauzi b Abd Rashid dan Ketua UMNO Pondok Tanjung,Haji Zulkifli b Abd Syukur.Sedikit sumbangan saya hulurkan untuk meringankan beban keluarga ini.

0 ulasan: