MAKSUD PERKAPITA
Mana peruntukan untuk kami?Mana duit perkapita sekolah kami?ini adalah antara soalan-soalan yang kerap saya dengar sejak kebelakangan ini dari mulut kakitangan sekolah rendah agama rakyat(SRAR).Di sini ingin saya ceritakan secara ringkas apa itu duit perkapita.Duit perkapita merupakan duit bantuan tahunan kerajaan yang didapati dari tiga sumber iaitu Kerajaan Pusat,Kerajaan Negeri dan Baitulmal.
BAGAIMANA IA DISALURKAN?
Wang ini disalurkan kepada SRAR mengikut bilangan murid(kepala) di sekolah tersebut.Seorang murid dinilaikan sebanyak RM99.Wang ini adalah jumlah besar dari Kerajaan Pusat(RM60),Kerajaan Negeri(RM27) dan Baitulmal(RM12).Seperti contoh,jika sebuah SRAR mempunyai 200 pelajar,jadi (200*RM99=RM19800).Jumlah wang inilah yang patut diterima oleh sesebuah SRAR sebagai bantuan tahunan.
APA TUJUANNYA?
30% dari jumlah ini digunakan untuk urusan pentadbiran seperti membayar bil-bil n kos penyelenggaraan dan 70% untuk elaun tenaga pengajar.Rata-rata seorang guru ini akan dapat sebanyak RM1500-RM2000 hasil bantuan perkapita.Guru-guru SRAR juga mempunyai anak-anak yang perlu ditanggung persekolahan mereka jadi dengan adanya duit ini dapatlah mereka membayar wang pendaftaran sekolah dan membeli perkakasan sekolah anak mereka.
ADAKAH ADA ELAUN LAIN UNTUK GURU-GURU?
Jawapannya ada.Setiap bulan mereka akan menerima elaun sebanyak RM500 yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).
KOMEN SAYA....
Saya dulu adalah salah seorang guru di SRAR Al-Hidayah,Kampung Expo,Kamunting.Bermula tahun 2000-2007 saya berkhidmat di sekolah ini.Isteri saya pula berpengalaman lebih 10 tahun di SRAR di beberapa buah sekolah.Saya dan isteri dah faham sangat asam garam SRAR.Dari segi bantuan,kewangan,pengurusan hinggalah ke aspek pembelajaran.Jadi dalam permasalahan yang timbul berkaitan duit Perkapita ini,ingin juga saya luahkan isi hati saya.Cuba kita sama-sama fikirkan hanya RM500 sahaja yang diberikan,mengapa tidak lebih?Senang cerita,elaun sebanyak itu sama seperti pendapatan keluarga miskin apabila telah diskopkan pendapatan bulanan di bawah RM 700 adalah miskin!!Nak harap duit lebih pun cuma duit perkapita sajalah.Duit yang hanya akan dapat di hujung tahun.Tidakkah mereka sedar,guru-guru SRAR inilah yang banyak mengajar anak-anak kita hal-hal berkaitan Islam.Di SRK,anak-anak tidak akan belajar banyak mengenai Al Quran dan Tajwid,Tauhid,Fekah,Sirah dan Bahasa Arab melainkan di SRAR sahaja!!Saya difahamkan SRAR di negeri lain sudah menerima bantuan ini,tetapi mengapa di Perak masih banyak SRAR yang belum lagi menerima bantuan tersebut?Bukankah bajet persekutuan dan bajet negeri sudah diluluskan?Fikir-fikirkanlah....Agama rasmi di negara kita adalah Agama Islam mengikut perlembagaan yang telah dibuat.Kepada pemerintah sekelian,jagalah SRAR dengan sebaiknya kerana di sinilah akan lahirnya generasi Islam selepas kita.Mereka inilah yang akan terus mendaulatkan Islam di negara kita.
HAJI RAMLI BIN TUSIN
ADUN GUNUNG SEMANGGOL
Isnin, 18 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan