Jumaat, 29 Januari 2010
PETANI KERUGIAN AKIBAT POKOK PADI TUMBANG
28 Januari 2010 : Kampung Parit Haji Ali, Masjid Tinggi, beberapa orang petani di sini mengalami kerugian apabila tanaman padi mereka tumbang. Dari tinjauan yang dibuat tanaman mereka yang boleh dituai seminggu lagi tumbang dan ini akan menjejaskan hasil tanaman mereka. Seorang penduduk Sdr Muslan memaklumkan keadaan ini berlaku seminggu lalu apabila angin kuat melanda kampung berkenaan. Seorang petani sdr Hasnol Husin yang ditemui berkata padi di petak sawah beliau yang dijangka akan dituai dalam masa 3-4 hari lagi ini, hasil tanamannya tidak dapat dituai sepenuhnya kerana mesin menuai padi tidak dapat menuai sepenuhnya padi yang rebah rapat ke bumi. Beliau mengharapkan pihak yang berkenaan turun membantu petani-petani yang menerima musibah ini.

Khamis, 28 Januari 2010
MAKLUMAN PROGRAM CERAMAH
CERAMAH MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA KERAJAAN KUDETA UMNO/BN AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:
CERAMAH 1
TARIKH; 29 JANUARI 2010 (JUMAAT)
DEWAN USTAZ ABDUL WAHAB NOOR, MASJID TINGGI
MULA JAM 9.00 MALAM
PENCERAMAH:
YB HAJI HUSIN BIN DIN (ADUN SELINSING)
YB CHAN MING KAI (ADUN SIMPANG PULAI)
YB YEE SEU KAI (ADUN POKOK ASSAM)
CERAMAH 2
TARIKH; 04 FEBRUARI 2010 (KHAMIS)
DEWAN USTAZ ABDUL WAHAB NOOR, MASJID TINGGI
PENCERAMAH:
YB HAJI RAMLI BIN HJ TUSIN(ADUN GUNONG SEMANGGOL)
YB NGA KOR MENG (ADUN PANTAI REMIS)
YB DATO' IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH (ADUN ANAK BUKIT)
SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR

Selasa, 26 Januari 2010
SELINGAN....
Tapi dulu bolehlah hari-hari tangan YB hanyir dengan ikan,sekarang tidak lagi.Tetapi sejak bergelar wakil rakyat,jala YB semakin
Sejak kebelakangan ini,cerita-cerita panas semakin kerap didengari seperti gereja dibakar,isu penggunaan kalimah Allah dan yang terbaru yang YB rasa rakyat Perak pun sedia maklum,iaitu keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya untuk menentukan siapakah MB Perak yang sah pada 9hb Februari ini.Apapun YB amat berharap agar kita sama-sama mendirikan solat hajat dan mendoakan kemenangan berpihak kepada Dato Seri Haji Mohd Nizar Jamaludin sebagai MB Perak yang sah sesahnya!!!Dan selepas itu bersedialah untuk pembubaran DUN Perak jika Allah berkehendakkan begitu..Perkemaskan jentera parti kita.Jika pilihanraya yang sebelum ini terdapat banyak kelemahan,perbaiki dan jangan cepat putus asa..Dan disamping itu sentiasa bermohon kepada Allah SWT agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat teguh hati dan sanubarinya supaya tidak mudah gelap mata bila disogok dengan wang ringgit atau habuan seks!!Jadikan "kisah lama" sebagai pengajaran.Dengan itu dapatlah kita hidup aman damai dan harmoni.Diharap selepas ini,tiada lagi sidang DUN di bawah pokok dan juga di hotel.Tiada lagi polis-polis yang melayan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat seperti penjenayah!!Tiada lagi sekatan dawai FRU!!Tiada lagi peristiwa rampasan baju Speaker...Tiada lagi konsert Jom Heboh@Sure Heboh dan seumpama dengannya..Dan paling penting sekali kami rakyat Perak dapat mengimarahkan kembali surau di kediaman rasmi MB dengan tazkirah,usrah dan program ibadah yang lain..Terkenang waktu dulu....Wassalam
Jumaat, 22 Januari 2010
CANTIK TAPI BAHAYA....
Satu lagi aduan yang YB terima dari penduduk,juga berkaitan dengan Majlis Daerah Kerian(MDK) adalah mengenai sampah yang lewat dikutip di tepi Medan Selera Pancor.Di sini YB nak jelaskan lagi sekali,sampah-sampah busuk ini adalah bersebelahan dengan medan selera,iaitu tempat makan.Jawabnya tak berseleralah pelanggan-pelanggan gerai-gerai di sini gara-gara sampah busuk itu.Jadi silalah MDK cepat-cepat kutip kerana sampah-sampah ini boleh mengundang lalat seterusnya boleh membawa penyakit.Apatah lagi tong sampah ini diletakkan betul-betul di tepi jalan besar,maka cacatlah pemandangan di kawasan ini.Ingatlah bahawa kebersihan menjamin kesihatan.
Khamis, 21 Januari 2010
TAUKE KAYA RAYA TAPI.....
Isnin, 18 Januari 2010
SUMBANGAN YANG TAK PUTUS-PUTUS....ALHAMDULILLAH
Seterusnya YB ke rumah Puan Hjh Mokziah Bt
Dan akhir sekali saya berkunjung ke rumah Allahyarham Bahrin yang meniggal dunia lebih kurang sebulan yang lalu.Allahyarham
PERKAPITA OH PERKAPITA!!
MAKSUD PERKAPITA
Mana peruntukan untuk kami?Mana duit perkapita sekolah kami?ini adalah antara soalan-soalan yang kerap saya dengar sejak kebelakangan ini dari mulut kakitangan sekolah rendah agama rakyat(SRAR).Di sini ingin saya ceritakan secara ringkas apa itu duit perkapita.Duit perkapita merupakan duit bantuan tahunan kerajaan yang didapati dari tiga sumber iaitu Kerajaan Pusat,Kerajaan Negeri dan Baitulmal.
BAGAIMANA IA DISALURKAN?
Wang ini disalurkan kepada SRAR mengikut bilangan murid(kepala) di sekolah tersebut.Seorang murid dinilaikan sebanyak RM99.Wang ini adalah jumlah besar dari Kerajaan Pusat(RM60),Kerajaan Negeri(RM27) dan Baitulmal(RM12).Seperti contoh,jika sebuah SRAR mempunyai 200 pelajar,jadi (200*RM99=RM19800).Jumlah wang inilah yang patut diterima oleh sesebuah SRAR sebagai bantuan tahunan.
APA TUJUANNYA?
30% dari jumlah ini digunakan untuk urusan pentadbiran seperti membayar bil-bil n kos penyelenggaraan dan 70% untuk elaun tenaga pengajar.Rata-rata seorang guru ini akan dapat sebanyak RM1500-RM2000 hasil bantuan perkapita.Guru-guru SRAR juga mempunyai anak-anak yang perlu ditanggung persekolahan mereka jadi dengan adanya duit ini dapatlah mereka membayar wang pendaftaran sekolah dan membeli perkakasan sekolah anak mereka.
ADAKAH ADA ELAUN LAIN UNTUK GURU-GURU?
Jawapannya ada.Setiap bulan mereka akan menerima elaun sebanyak RM500 yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).
KOMEN SAYA....
Saya dulu adalah salah seorang guru di SRAR Al-Hidayah,Kampung Expo,Kamunting.Bermula tahun 2000-2007 saya berkhidmat di sekolah ini.Isteri saya pula berpengalaman lebih 10 tahun di SRAR di beberapa buah sekolah.Saya dan isteri dah faham sangat asam garam SRAR.Dari segi bantuan,kewangan,pengurusan hinggalah ke aspek pembelajaran.Jadi dalam permasalahan yang timbul berkaitan duit Perkapita ini,ingin juga saya luahkan isi hati saya.Cuba kita sama-sama fikirkan hanya RM500 sahaja yang diberikan,mengapa tidak lebih?Senang cerita,elaun sebanyak itu sama seperti pendapatan keluarga miskin apabila telah diskopkan pendapatan bulanan di bawah RM 700 adalah miskin!!Nak harap duit lebih pun cuma duit perkapita sajalah.Duit yang hanya akan dapat di hujung tahun.Tidakkah mereka sedar,guru-guru SRAR inilah yang banyak mengajar anak-anak kita hal-hal berkaitan Islam.Di SRK,anak-anak tidak akan belajar banyak mengenai Al Quran dan Tajwid,Tauhid,Fekah,Sirah dan Bahasa Arab melainkan di SRAR sahaja!!Saya difahamkan SRAR di negeri lain sudah menerima bantuan ini,tetapi mengapa di Perak masih banyak SRAR yang belum lagi menerima bantuan tersebut?Bukankah bajet persekutuan dan bajet negeri sudah diluluskan?Fikir-fikirkanlah....Agama rasmi di negara kita adalah Agama Islam mengikut perlembagaan yang telah dibuat.Kepada pemerintah sekelian,jagalah SRAR dengan sebaiknya kerana di sinilah akan lahirnya generasi Islam selepas kita.Mereka inilah yang akan terus mendaulatkan Islam di negara kita.
HAJI RAMLI BIN TUSIN
ADUN GUNUNG SEMANGGOL

Sabtu, 16 Januari 2010
LAGI KES PARIT DAN JALAN...
Jumaat, 15 Januari 2010
TAKZIAH DAN TAHNIAH...!!!
Hari ni seorang pelajar tingkatan 3 SMK Alang Iskandar telah kembali ke Rahmatullah.Mohd Saufi B Mohd Salleh,15 mengalami demam panas
sebelum Allahyarham meninggal.YB Ramli Tusin selaku YDP Pas kawasan Bagan Serai turut hadir untuk menyembahyangkan jenazah Mohd Saufi di masjid Matang Gerdu,Bagan Serai.
YB Ramli mengusung jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan
Dala
m perjalanan pulang,YB meluangkan sedikit masa melihat penduduk kampung Ehya bergotong-royong menaikkan khemah untuk majlis perkahwinan anak lelaki Hj Said Hj Medon .Turut hadir adalah Ketua Kampung(JKKKP) En Ismail Medon.
YB turut membantu memasang khemah
YB Ramli mengusung jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan
Dala
YB turut membantu memasang khemah
Khamis, 14 Januari 2010
MELAWAT PESAKIT KANSER
Lawatan saya kali ini adalah ke kawasan Pondok Tanjung.Puan Zainon Bt Che Ya,73, atau lebih
mesra dipanggil Mak Long telah menghidap penyakit barah payudara sejak 10 tahun yang lalu.Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk mengubati penyakit Mak Long tetapi sia-sia sahaja.Menurut suami Mak long,Ismail Bin Puteh,76,pada mulanya terdapat ketulan-ketulan yang kecil-kecil pada payudara Mak Long.Lama kelamaan ketulan kecil tadi menjadi semakin besar dan akhirnya akan pecah dan mengeluarkan darah.Akan tetapi Mak
Long tidak berasa sakit.Turut hadir bersama saya adalah Ketua Pas Cawangan Pondok Tanjung,Haji Abdullah b Mohamed,bekas ketua kampung Pondok Tanjung,saudara Fauzi b Abd Rashid dan Ketua UMNO Pondok Tanjung,Haji Zulkifli b Abd Syukur.Sedikit sumbangan saya hulurkan untuk meringankan beban keluarga ini.
FIKIR-FIKIRKAN.....
SESI DIALOG BERSAMA PIHAK GEREJA
MB RAKYAT MELAKUKAN KUNJUNGAN KE BAGAN SERAI
Selasa; 12.01.10 Menteri Besar Rakyat, Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin meluangkan masa hampir separuh hari bersama rakyat di Parlimen Bagan Serai. Bermula jam 3.00 petang beliau bertemu dengan petugas-petugas pilihanraya Wanita Pakatan Rakyat di Dewan Ustaz Abdul Wahab Noor, Masjid Tinggi. dalam ucapan beliau di majlis tersebut, beliau menyeru kepada semua petugas-petugas semuanya baik muslimat,wanita,muslimin dan pemuda supaya bersedia kerana pilihanraya negeri perak akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Serai dan Ketua Wanita PKR Bagan Serai menyampaikan ucapan aluan.

Selepas itu beliau bergerak menuju pekan Bagan Serai untuk bertemu dengan masyarakat bukan melayu di Jalan Jetty, Bagan Serai.

YAB Dato' Seri Hj Nizar bermesra dengan penduduk di Medan Selera JAlan Jetty, Bagan Serai
Kemudian terus ke pasar hari di pekan Alor Pongsu untuk bertemu penduduk disana. Selepas mengimamkan solat Maghrib di Masjid Jame' Changkat Lobak, beliau di minta untuk menyampaikan tazkirah.
YAB Dato' Seri Hj Nizar menyampaikan Tazkirah kepada jemaah di Masjid Jame' Changkat Lobak, Mukim Beriah.
Pasar Gerbang Malam di Pusat Bandar Bagan Serai anjuran MDK menjadi destinasi seterusnya, disini beliau betemu dengan pengunjung dan peniaga dan memberi rangsangan kepada peniaga supaya terus berusaha mencari rzeki yang halal.
Acara seterusnya beliau menyampaikan ceramah Hijrah di Pusat Pendidikan Islam Selingsing (PUPIS)

Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Serai dan Ketua Wanita PKR Bagan Serai menyampaikan ucapan aluan.
Sebahagian wanita Pakatan rakyat yang hadir pada petang itu.
Selepas itu beliau bergerak menuju pekan Bagan Serai untuk bertemu dengan masyarakat bukan melayu di Jalan Jetty, Bagan Serai.
YAB Dato' Seri Hj Nizar bermesra dengan penduduk di Medan Selera JAlan Jetty, Bagan Serai
Kemudian terus ke pasar hari di pekan Alor Pongsu untuk bertemu penduduk disana. Selepas mengimamkan solat Maghrib di Masjid Jame' Changkat Lobak, beliau di minta untuk menyampaikan tazkirah.
Pasar Gerbang Malam di Pusat Bandar Bagan Serai anjuran MDK menjadi destinasi seterusnya, disini beliau betemu dengan pengunjung dan peniaga dan memberi rangsangan kepada peniaga supaya terus berusaha mencari rzeki yang halal.
Acara seterusnya beliau menyampaikan ceramah Hijrah di Pusat Pendidikan Islam Selingsing (PUPIS)
Selasa, 12 Januari 2010
PROGRAM MEMPERKASAKAN PARTI
Langgan:
Catatan (Atom)