Penduduk di Parit Haji Taib 1 mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak IADA yang peka terhadap masalah mereka.Ucapan terima kasih ini adalah untuk jasa IADA yang telah membina titi baru dan menyediakan jalan berturap di sini.Seorang penduduk,Abdul Rashid B Masrom,46,melahirkan rasa gembira yang tidak terhingga terhadap pembinaan yang telah dilaksanakan oleh pihak IADA.Dengan adanya titi ini,ia lebih memudahkan pesawah di sini untuk turun ke sawah dan meneruskan aktiviti mencari rezeki.
Seorang lagi penduduk,Rosli B Zaini,28,juga amat berterima kasih kepada pihak IADA yang telah menurap jalan untuk kemudahan penduduk di sini.Menurut Rosli,sebelum ini hanya terdapat satu jalan sahaja untuk laluan keluar jadi ianya menyebakan keadaan berbahaya apabila kenderaan saling bertembung apatah lagi jalan tersebut sangat sempit.Dengan adanya jalan baru berturap itu,maka laluan keluar masuk kenderaan bukanlah satu masalah lagi.
YB Ramli turut melahirkan rasa syukur kerana masih ada sesetengah pihak yang peka terhadap masalah rakyat.Seperti yang pernah YB nyatakan selama ini,apa saja yang YB terjah,bangkang atau bantah bukanlah untuk kepentingan YB.Ini semua hanyalah untuk membantu rakyat.YB hanya orang tengah antara rakyat dengan pihak atasan.YB sedar beliau dipilih rakyat jadi kepada rakyat YB kembali untuk membantu menyelesaikan permasalahan mereka.Jika dituduh YB melobi atau mencari publisiti untuk dipilih lagi sebagai calon untuk pilihanraya akan datang,itu adalah tuduhan yang tidak benar sama sekali.Jika beliau tidak dipilih sekalipun YB tidak berasa apa-apa kerana bagi YB tidak ada gunanya menjadi orang yang gila kuasa dan nama kerana semua itu hanyalah nikmat sementara di dunia yang telah diberi oleh Allah SWT sebagai pinjaman dan juga untuk menguji keimanan.Syabas diucapkan kepada IADA yang telah menjadi satu jabatan yang telus dan prihatin terhadap masalah rakyat.YB harap selepas ini pihak IADA akan terus berlaku telus dan berkomitmen tinggi seperti ini jika selepas ini ada lagi permasalahan rakyat yang belum selesai.
Rabu, 19 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan