Rabu, 12 Mei 2010

ADAKAH DEWAN LEBIH PENTING DARI SURAU???

|

SURAU

DEWAN

Keluhan ini datang dari penduduk PPRT,Lembah Beriah yang tidak puas hati terhadap surau di kawasan mereka yang tidak berpagar.Keadaan ini menyebabkan anjing-anjing liar selalu masuk,tidur serta membuang najis di serambi surau.Mereka di sini terpaksa bergotong royong untuk menyamak surau ini.Kawasan PPRT ini dibuka pada tahun 2004 dan ini bermakna sudah 6 tahun surau ini tidak berpagar!!!Menurut Pengerusi Penduduk PPRT,Sulaiman B Daud,45,sudah 3 kali kes anjing masuk di surau ini berlaku.Apa yang menjadi persoalannya,terdapat sebuah dewan di sebelah surau dan dewan ini berpagar(gambar atas).Apakah dewan lebih mulia dari surau???


Menurut AJK PPRT,Abdul Rahim B Mahamud,48,mereka telah bersepakat untuk memagar surau ini menggunakan jaring bagi mengelakkan anjing dari masuk ke kawasan surau.Dan ini menyukarkan jemaah untuk keluar masuk surau. KAWASAN SURAU YANG DIPAGAR DENGAN JARING

Menurut Ketua Biro Agama PPRT pula,Mohd Naitah B Abdullah,53,masalah ini sudah banyak kali diajukan ke pihak atasan.Untuk pertama kali,dia dan penduduk yang lain pergi ke Pejabat Agama Bagan Serai dan di sana pihak pejabat agama menyatakan bahawa tapak surau itu belum lagi di gazet(serah milik) oleh Pejabat Daerah.

Di bawah ini adalah surat yang telah mereka hantar ke pihak atasan untuk diselesaikan masalah ini.Namun sampai sekarang belum ada apa-apa tindakan yang diambil.YB Ramli berasa amat kesal dengan perkara ini dan YB menggesa Pejabat Daerah supaya menggazetkan tapak surau ini secepat mungkin.Ini adalah rumah ibadat untuk orang Islam bukannya kandang lembu.Di manakah perlembagaan yang menyatakan Agama Islam sebagai agama rasmi jika perkara ini pun ditangguh-tangguh?Jika diarah buat konsert dengan secepat kilat prasarana disediakan,tetapi mengapa kes-kes seperti ini dipandang remeh???

0 ulasan: