Isnin, 10 Mei 2010

GOTONG-ROYONG DI TEBUK MATAU

|

Lebih kurang pukul 230 petang tadi,YB Ramli dan isteri bertolak ke Parit 4,Tebuk Matau.Secara kebetulan,terdapat sebuah sekolah Fardhu Ain bersebelahan dengan lokasi yang bakal diadakan gotong-royong ini.Jadi YB dan isteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan pelajar-pelajar sekolah ini sementara menantikan wisel permulaan kelas dibunyikan.
Program kali ini tertumpu kepada sebuah rumah usang yang didiami oleh Hajjah Salamah Bt Haji Mat Saman,72,seorang warga emas di sini.Badan Kebajikan DUN Semanggol,Nisa' Kawasan,Muslimat Cawangan Kampung Tua dan Unit Amal telah bekerjasama bagi menjayakan program ini.Lihatlah di bawah ini keadaan rumah makcik Salamah yang uzur.Dia juga mengalami masalah rabun yang sangat serius.

Muslimat,Nisa' dan Unit Amal bantu membantu membersihakan rumah makcik Salamah.YB Ramli dan isteri juga tidak ketinggalan dalam program ini.
Setelah semuanya selesai,sedikit bantuan disampaikan kepada makcik Salamah oleh isteri YB Ramli,Hajjah Latifah Bt Salleh.Bantuan ini disumbangkan oleh 3 badan yang terlibat dalam program ini.


0 ulasan: