Selasa, 18 Mei 2010

PAS PERAK BERDIALOG BERSAMA PADERI

|

Petang tadi lebih kurang pukul 4 petang telah diadakan satu sesi dialog antara PAS Perak dan juga dengan paderi-paderi Perak.Program ini berjalan lancar dengan kehadiran beberapa orang paderi dan pembantu paderi.Tujuan dialog ini diadakan antara lain adalah untuk merungkai segala permasalahan yang melibatkan isu-isu semasa.Antara jemputan kehormat adalah YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin,YB Zainudin,YB Khalil Idham,YB Mujahid Yusof Rawa dan beberapa AJK PAS Perak.Majlis ini dipengerusikan oleh Ustaz Misbahul Munir.
Antara isu yang dibangkitkan ialah kalimah Allah, isu kekeluargaan jika berlaku kes masuk Islam, peranan fatwa dan isu politik seperti pendirian PAS dalam beberapa isu sensitif seperti kerakyatan, keadilan dan sebagainya.Dialog yang diadakan di Hotel Hillcity ternyata membuka lembaran baru dalam kepercayaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS Perak. Kehadiran menggalakkan paderi yang datang dari pelbagai mazhab sangat menggalakan. Secara jujur Dr Teoh yang mewakili kalangan paderi ketika memulakan ucapan menjelaskan sikap dan pendirian mereka terhadap PAS. Menurutnya jika jemputan majlis sebegini di lakukan tiga tahun dulu mungkin mereka tidak hadir.Keterbukaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS berjaya mengikis imej negetif ekstremis Islam kepada PAS selama ini.

0 ulasan: