Selasa, 18 Mei 2010
MELAWAT PESAKIT STROKE
Pada petang semalam,YB Ramli telah meluangkan masa melawat seorang lelaki yang telah diserang stroke sejak 2 minggu yang lalu.Alwi B Abdul Rahman,32,bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di bangunan TNB Bagan Serai.Menurut Alwi,pada mulanya beliau dimasukkan ke hospital disebabkan oleh tekanan darah tingginya yang melonjak hingga ke 200.Dan seterusnya mengakibatkan beliau mengalami stroke sehingga menyebabkan separuh badan kirinya lumpuh.Sebelum pulang YB menghulurkan sedikit sumbangan berupa barang keperluan asas dan sedikit wang untuk meringankan beban.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan