Selasa, 25 Mei 2010

MOHON BAIKI RUMAH SAYA...!!!

|

Ahmad Khairi B Saad,34,merupakan seorang anak muda yang tinggal bersama abang dan ibunya di Batu 10,Jalan Kerian,Semanggol.Dahulunya dia adalah seperti anak muda yang lain bekerja untuk menyara keluarga.Akan tetapi selepas terlibat dengan kemalangan lebih kurang 5 tahun yang lalu kini dia tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat kerana tangan kanannya telah lumpuh sepenuhnya.
Alhamdulillah,dia mendapat elaun OKU sebanyak RM300 sebulan dari JKM.Abangnya pula bekerja sambilan sebagai pembantu gerai makan.Akan tetapi keluarga ini tidak cukup modal untuk membaiki rumah mereka yang rosak di beberapa bahagian rumah.Terdapat beberapa tempat di bahagian bumbung yang sudah bocor dan terkopak.Paling teruk keadaannya adalah di bahagian dinding belakang rumah.
Oleh kerana itu,rumahnya telah beberapa kali dimasuki pencuri melalui pintu belakang rumah.Dinding dapur rumahnya juga terpaksa disendal dengan kayu bagi mengelakkan ia terkopak. Ahmad Khairi dengan rendah hati ingin memohon supaya mana-mana jabatan kerajaan yang mempunyai peruntukan pembaikan rumah supaya dapat membantu keluarganya.

USTAZ MISBAH DI SEMANGGOL

|

Ahad, 23 Mei 2010

PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN

|

Semalam telah berlangsung dengan jayanya majlis pelancaran Dewan Himpunan penyokong PAS(DHPP) di Pejabat Tanah dan daerah Klang,Selangor.Tetamu kehormat adalah Tuan Guru Presiden,Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai perasmi majlis ini.Lebih 1000 orang ahli DHPP yang hadir pada majlis ini yang datang dari seluruh negara khususnya di Semenanjung.Wakil dari Perak adalah dari kawasan Teluk Intan,Kuala Kurau dan juga Bagan Serai.Encik Beh Heng Kin(Pengerusi Kelab Penyokong PAS Bagan Serai) dan isteri serta beberapa orang ahli kelabnya telah hadir ke program yang julung-julung kali diadakan ini.
Program tamat pada pukul 2 petang.Jadi dengan rasminya Dewan Himpunan Penyokong PAS telah menjadi salah satu sayap parti di dalam PAS.Nampaknya UMNO/BN semakin pening,semakin sasau.Sokongan bukan melayu terhadap PR semakin kuat.Tengoklah contoh di Sibu,majoriti kaum di situ adalah kaum Cina sebanyak 66.7%,akan tetapi tersungkur BN di Sibu akibat pengundi-pengundi di situ telah berpaling tadah dari BN.


Jumaat, 21 Mei 2010

SUASANA DEMO BANTAH LESEN JUDI BOLA

|

Selepas Jumaat tadi telah berlangsung dengan jayanya demonstrasi secara aman menentang pemberian lesen judi bola oleh kerajaan terhadap syarikat Berjaya Group kepunyaan Vincent Tan.Lesen ini akan diberikan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.Lebih 500 orang menyertai demonstrasi ini.Di dalam demonstrasi kali ini pimpinan yang bukan Islam turut serta bagi membantah niat busuk kerajaan ini.Antaranya ialah YB Chan Ming Kai(Simpang Pulai),YB Dr Lee Boon Chye(MP Gopeng) dan juga YB Chang Lih Kang(Teja).Selain itu pimpinan Pemuda PAS seperti Ustaz Zawawi,Ustaz Akmal,Ketua AMK Perak,YB Yunus Jamhari dan juga pimpinan ABIM turut hadir memberikan sokongan.Walaupun terdapat beberapa insiden kecil seperti "tangkapan yang tidak berjaya" oleh pihak polis akhirnya orang ramai akur dan bersurai secara aman.
Di manakah maruah sebuah negara Islam seperti Malaysia yang telah mencabuli perlembagaan yang menyebut tentang Islam sebagai agama rasmi negara ini???Adakah Najib orang Melayu yang bukan beragama Islam???Di manakah letaknya akal Najib ini???JUDI HARAM DI SISI ISLAM!!!Tidak malukah Najib kepada orang bukan Islam yang turut menentang judi ini???Nampaknya lebih Islam pemikiran mereka ini daripada pemikiran Najib.