Rabu, 14 April 2010

YB RAMLI DI KAMPUNG DEPAN BALAI (PART 2)

|

Untuk siri ke 2 ini,YB Ramli menerima pula aduan dari saudara Mustafa B Mubin,65.Untuk kali ini terdapat satu permohonan dan 4 aduan.Aduan pertama adalah mengenai longkang kecil yang tidak diselenggara dengan betul oleh pihak MDK.Oleh kerana itu,longkang ini telah tersumbat dengan sampah dan lumpur yang tidak dibuang keluar sehinggakan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.Menurut penduduk di sini pula,pekerja-pkerja MDK membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.Kerja tak seberapa tetapi rehat lama-lama sehingga habis masa bekerja.Menurut Mustafa lagi,rumput-rumput ditepi longkang telah diracun secara bergotong royong oleh penduduk di sini akibat ketidaksempurnaan penyelenggaraan oleh pihak MDK.Mereka sangat tidak berpuas hati memandangkan cukai pintu sentiasa dibayar.

Selain itu,nelayan-nelayan seramai lebih kurang 25 orang di sini ingin memohon supaya dibina jeti serta bumbung untuk bot-bot mereka bagi mengelakkan bot mereka hanyut dan juga dipenuhi air bila tiba musim hujan.

Aduan kedua adalah mengenai sampah yang banyak berlonggok di tpi jalan masuk ke kampung ini yang mencacatkan pemandangan serta berbau jika dibiar terlalu lama.Penduduk memohon supaya diletakkan sebuah tong sampah besar di sini.

Aduan ketiga pula adalah mengenai simpang jalan masuk ke kampung yang begitu sempit apatah lagi simpang ini betul-betul bersebelahan dengan jalan besar yang mana terdapat lampu isyarat di situ.Jelas berbahaya apabila dua buah kenderaan seperti kereta yang saling berselisih terutamaya bila tiba musim cuti sekolah dan musim perayaan.jadi penduduk berharap masalah ini dapat ditangani oleh pihak terlibat.

Aduan yang terakhir dari penduduk Kampung Depan Balai adalah mengenai aliran longkang besar yang perlahan disebabkan oleh gelung ataupun palong air yang terlalu kecil.Ditambah pula dengan sampah dan lumpur yang banyak tersekat di dalam palong ini menyebabkan pengaliran air lebih perlahan.Dan akhir sekali diharap pihak yang terlibat dapat menyelenggara longkang ini dengan baik kerana terdapat sampah-sampah dan juga kotoran yang semakin menebal di dalam longkang ini.
Justeru itu,YB berharap segala aduan dan permohonan dapat diambil perhatian oleh pihak terlibat serta mendapat tindak balas yang cepat dan sempurna.YB bukan mencari salah sesiapa tetapi hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk membantu rakyat mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.Dan YB juga mengingatkan kepada semua jabatan-jabatan terlibat tidak kira kerajaan atau swasta supaya bekerjasama membantu rakyat.YB tidak melakukan ini untuk kepentingan YB tetapi hanyalah untuk kepentingan,kesenangan dan kemudahan rakyat semata-mata..DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!!!

0 ulasan: