Rabu, 14 April 2010

TITI PENGHUBUNG REZEKI PESAWAH

|

Selepas mendengar maslah yang diadu oleh penduduk Kampung Depan Balai,YB bertolak pula ke kampung Alor Kubu setelah diceritakan mengenai sebuah titi yang digunakan pesawah untuk ke sawah,amat daif keadaannya.YB ditemani oleh saudara Abdul Rashid B Masrom,46.Sesampainya YB di situ,YB amat terkejut melihat titi itu yang hampir reput dan amat merbahaya untuk dilalui oleh pesawah yang berjalan kaki apatah lagi yang bermotosikal.
Menurut Rashid,titi itu digunakan oleh ramai pesawah untuk turun ke sawah sehari-hari selain digunakan juga untuk laluan pintas ke jalan besar.Keadaan yang sangat uzur itu amat berbahaya kerana titi itu adalah sebagai perantara kerana dibawahnya merupakan sebuah sungai yang alirannya sangat deras.Jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti titi roboh,berkemungkinan mangsa boleh lemas dibawa arus deras terutamanya kanak-kanak.
Di sini YB mengharapkan sumbangan dan bantuan dari pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini.

0 ulasan: