Isnin, 5 April 2010

MELAWAT YB KHALIL DAN ABANG KETUA UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI

|

Tengahari tadi YB Ramli dan pembantunya pergi ke Hospital Colombia untuk melawat YB Khalil dan anaknya yang sudah dua hari berada di situ disebabkan terkena demam denggi.Kedatangan YB Ramli disambut dengan senyuman YB Khalil.Tidak lama kemudian muncul pula YB Zainudin bersama pembantunya dan seterusnya YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin bersama-sama dengan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bukit Gantang.Selepas itu YB Ramli bergegas pula ke bilik ICU kerana di situ ditempatkan saudara Zaini Cha yang merupakan abang kepada Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai,Dato' Zaili Cha.Keadaan Zaini tidak berapa stabil dan memerlukan rehat yang cukup serta pemerhatian yang penuh.Ketika YB datang Zaini dalam keadaan tidak sedar.YB juga berborak sebentar dengan kenalan rapat dan isteri Zaini.YB meminta mereka bersabar dan banyak-banyak mendoakan kesihatan beliau kembali pulih.

0 ulasan: