Selasa, 2 Februari 2010

JALAN SEMPIT AKIBAT PASAR PAGI

|

Setiap pagi Selasa akan ada satu pasar pagi di sekitar kawasan Masjid Al Rahmaniah,Semanggol.Kalau dah namanya pasar pagi,maka ramailah orang yang datang termasuk YB sendiri membeli bahan-bahan kelengkapan dapur.Akan tetapi terdapat satu permasalahan yang sudah lama disebut-sebut oleh penduduk di sini kepada YB,iaitu mengenai keselamatan peniaga dan pembeli di pasar ini.Oleh kerana terlalu banyak gerai maka makin sempitlah tapak pasar ini hingga gerai-gerai peniaga menghampiri garisan putih di tepi jalan besar.Menurut Mohd Yusof B Musa@Pak Teh Leman,70,keadaan ini sangat berbahaya apatah lagi bila kenderaan seperti lori dan bas melalui di kawasan pasar ini.Jalan yang besar ini menjadi sempit apabila kenderaan ini saling berselisih.Risiko ini paling terdedah kepada pembeli yang leka membeli barang di gerai tepi jalan.Selain daripada itu,faktor lain yang menyebabkan jalan semakin sempit adalah disebabkan oleh kenderaan pembeli yang diletakkan dengan sewenangnya di tepi jalan ini.


Di sini ingin YB perjelaskan satu perkara mengenai tapak pasar pagi ini.Ketika di era Perak masih lagi diperintah Pakatan Rakyat dan ketika itu juga YB adalah salah seorang AJK Tindakan Dan Tanah Daerah,hal ini ada YB suarakan di dalam mesyuarat di hadapan Tuan Pegawai Daerah Kerian,En Ismail B Hassan.YB ada memberi cadangan supaya rumah lama penghulu(yang memang sudah usang),balai penghulu lama dan kawasan semak di sekitarnya dibersihkan dan diratakan supaya tapak pasar tersebut boleh diubah kesitu.Ini adalah kerana sudah ada tempat baru untuk dijadikan Pejabat Penghulu,rumah Penghulu dan dewan orang ramai.Jadi apa salahnya jika dilaksanakan idea YB tersebut.Lokasi cadangan YB telah diserahkan oleh Tuan Pegawai Daerah kepada pihak JKR untuk diselidik dan dibuat penilaian.Akan tetapi sejak berlakunya rampasan kuasa yang zalim hinggalah ke hari ini,masih tiada jawapan dari pihak yang berkaitan.Diterima atau tidak YB tidak tahu,Pusat Khidmat juga tidak menerima apa-apa respon.Jadi YB sangat-sangat berharap pihak yang terlibat tidak kiralah dari jabatan apa sekalipun sama-sama menangani masalah ini kerana ia melibatkan nyawa penduduk.Jangan disebut tiada peruntukan kerana bajet 2010 sudah diluluskan,jadi tiada masalah dari kewangan.Jangan diturap jalan yang masih elok sudahlah...Utamakan rakyat!!!

0 ulasan: