Semalam bertarikh 12hb Februari 2010,sepasang bakal pengantin telah selamat diijabqabulkan oleh YB sendiri merangkap Naib Kadi Kawasan Pondok Tanjung.Nazirah Bt Kamarudin dengan pasangannya Mohd Al Israa B Saiful Bahari dinikahkan di Masjid Jamek Mat Din,Pondok Tanjung dengan mas kahwin sebanyak RM777 dan wang hantaran berjumlah RM7000.YB telah menjadi Naib Kadi sebelum bergelar wakil rakyat lagi.Bagi negeri Perak upah nikah adalah sebanyak RM115 yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Perak bahagian Undang-undang Keluarga.Seperti biasa sebelum acara pernikahan,terlebih dahulu diadakan acara "Wakallah" yang bermaksud pengantin perempuan memohon izin dari bapanya@wali untuk dinikahkan dengan pasangannya.Setelah si bapa@wali mengizinkan pernikahan tersebut,kemudiannya si bapa@wali mewakilkan kepada naib kadi untuk menikahkan anaknya.Tetapi dibolehkan juga sekiranya si bapa@wali ingin menikahkan sendiri pasangan tersebut tetapi atas persetujuan naib kadi.Cara ini lebih afdal.
Perkara kedua adalah naib kadi perlu membacakan "Khutbah Nikah" kepada pengantin lelaki.Antara isi kandungan khutbah yang dibacakan adalah menurut firman Allah SWT,pernikahan digalakkan di dalam Islam bagi mengelakkan perbuatan zina.Selain itu,sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud pernikahan adalah sunnahku,sekiranya tidak melakukan pernikahan secara sah ia bukan dari umatku.
Kemudian,tibalah saat-saat yang paling mencemaskan dan mendebarkan bagi pengantin lelaki iaitu acara "Ijab" yang bermaksud lafaz yang disebut oleh naib kadi dan "Qabul" bermaksud lafaz terima yang disebut oleh pengantin lelaki.Ini merupakan acara kemuncak kerana di acara inilah bermacam kerenah pengantin lelaki yang dapat kita lihat.Ada yang tersasul,ada yang tergagap,ada yang berpeluh dan kadangkala ada mengucapkan "Qabul" sehingga berbelas kali.....
Dan Alhamdulillah,dengan sekali lafaz pengantin ini telah sah bergelar suami isteri.Dan doa terus dibacakan sebagai penutup untuk majlis pernikahan ini.
Sebelum berangkat pulang pengantin lelaki perlu membaca "Taklik" iaitu perjanjian antara si suami dengan si isteri.Selepas itu pengantin lelaki perlu menandatangani borang taklik serta sijil nikah sementara.Sijil nikah yang asli boleh diambil di Pejabat Agama dalam tempoh 2 minggu.Setelah semuanya selesai,YB mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai ini.
Sabtu, 13 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan