Khamis, 11 Februari 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG

|

Hari ini YB telah terlibat dengan aktiviti gotong-royong di Kampung Alor Setanggok.Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Muslimat Pas DUN Semanggol dan dibantu oleh Unit Amal Kawasan Bagan Serai yang diketuai oleh saudara Abral bin Mohamed Noor .Program ini tertumpu di rumah Encik Ismail B Awang,66 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Long.Turut mengiringi YB adalah isteri beliau,Hjh Latifah Bt Hj Salleh.Tengoklah keadaan rumah Pak Long yang sangat daif,mereput hampir sebahagian rumahnya.Selain dari membersihkan kawasan sekitar,barang-barang keperluan turut disumbangkan kepada Pak Long.Tempat tinggal Pak Long hanyalah sebuah pondok usang yang tidak mempunyai bilik,tiada ruangan dapur dan paling mengejutkan tiada bilik air!!!Setiap kali hendak buang air kecil dan besar,Pak Long melepaskan hajatnya melalui sebuah lubang di lantai pondoknya itu.Menurut Pak Long,dia tinggal seorang diri sahaja di pondok ini dan kadang-kadang ditemani oleh anak kawannya yang tinggal berhampiran. Anak-anak Pak Long sudah tidak ambil tahu lagi mengenai Pak Long atas sebab-sebab peribadi. Cuma disini YB berpendapat Pak Long berhak mendapat bantuan kerajaan contohnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.Menurut adik Pak Long,Puan Sapiah Bt Awang,47,abangnya sudah terlantar tidak dapat bangun lebih kurang dalam 5 bulan kerana pinggangnya sakit.Sampah sarap dan semak samun disekeliling rumah Pak Long dibersihkan dan dibakar.Muslimat pula sibuk memasang almari pakaian dan menukar barang keperluan dapur Pak Long.Jiran Pak Long turut sama membantu di dalam program ini.Di akhir program adik Pak Long,Puan Sapiah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang turun padang mengadakan gotong-royong membersihkan pondok abangnya.Dia sangat terharu apabila melihatkan YB sendiri turut berpanas dan berpeluh membantu mereka yang lain.YB menyeru kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Pak Long,dalam apa jua bentuk sumbangan amatlah dialu-alukan.Selepas ini mana tahu mungkin kita boleh adakan gotong-royong yang kedua,iaitu untuk membaiki pondok Pak Long pula seperti menukar atap dan juga dinding pondok yang mula mereput.Wakil YB akan berurusan dengan pihak JKM bagi mendapatkan bantuan wang bulanan.

0 ulasan: