Rabu, 5 Januari 2011

REMAJA PEREMPUAN HILANG!!!

|

HILANG!!!!

Intan Liana Bt Abu Bakar(Yana),15,adalah pelajar SMK Abu Bakar Al Baqir,berasal dari Parit Haji Taib 3,Bagan Serai.Anak bongsu dari 3 beradik ini dilaporkan hilang sejak 3 hari yang lepas iaitu pada 3hb Januari 2011 ketika sesi persekolahan sesi 2011 bermula.Menurut ibunya,Puan Norhayati Bt Mokhtar,43,pada pagi 3hb,sebelum ke sekolah anaknya dilihat hanya memakai baju t shirt dan seluar trek,ketika ditanya alasan yang diberikan adalah tidak mengapa berpakaian begitu kerana masih di awal persekolahan.Puan Norhayati ada berpesan kepada anaknya supaya pulang awal hari itu kerana hendak membawa dia berjumpa doktor kerana Yana mengidap penyakit sesak nafas.

Apabila pelajar-pelajar lain sudah pulang,namun Yana yang bermotosikal tidak juga timbul-timbul dan ini menyebabkan Puan Norhayati berasa tidak sedap hati.Sehinggalh pada pukul 6 petang Puan Norhayati ada menerima SMS dari Yana yang bertulis "Mak jangan bimbang,Yana di rumah kawan perempuan".Selepas itu Puan Norhayati cuba menelefon namun gagal kerana telefon bimbit anaknya itu ditutup.
Menurut bapanya Abu Bakar B Haji Mustafa,44,pada keesokan hari iaitu pada 4hb,beliau dan isteri pergi ke sekolah untuk bertanyakan perihal anaknya dan pihak sekolah memberitahu bahwa Yana tidak datang ke sekolah pada hari Isnin.Ini menambahkan lagi kebimbangan mereka lalu mereka terus membuat laporan polis pada tengaharinya.Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat diminta membuat panggilan ke 012-5843783(Puan Norhayati) atau 019-5748618(En Abu Bakar).Juga boleh berhubung dengan Balai Polis yang berdekatan.

1 ulasan:

jebad_89 berkata...

Terkejut membaca entri ini. Bersabar dan banyakkan berdoa ya Paksu. Semoga anak Paksu berada dalam keadaan selamat.Terima kasih YB Haji Ramli Bin Haji Tusin di atas keperihatinan serta menyiarkan berita ini.