Selasa, 11 Januari 2011

MINTA BANTUAN JKM

|

Sebentar tadi,Pengerusi DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS) Encik Beh Heng Kin bersama-sama dengan Sekretariat Parlimen Bagan Serai telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada saudara Tay Hock Heng,36 yang patah kakinya kerana telah terlibat dalam satu kemalangan pada bulan Oktober tahun lepas ketika pulang dari bekerja di Pulau Pinang.Mereka sekeluarga tinggal di Taman Serai Perdana,Bagan Serai.

Menurut ibunya Puan Leong Ah Moi,62,suaminya telah lama meninggal dunia dan kebetulan pula dia baru saja berhenti kerja kerana kilang tempat dia bekerja telah ditutup.Beliau cuba mencari pekerjaan baru tetapi masih belum berjaya kerana faktor umur beliau.


Di sini beliau amat berharap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu meringankan beban beliau dan anak tunggalnya itu.

0 ulasan: