Sempena perayaan Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi,YB Ramli bersama Skuad Kebajikan DUN Semanggol telah mengambil inisiatif untuk membantu beberapa keluarga berbangsa India yang kurang berkemampuan.Sebelum memulakan program ziarah tersebut pada sebelah petang,YB Ramli dan isteri meluangkan masa memberi sedikit buah tangan kepada 2 orang kanak-kanak berbangsa India yang belajar di PASTI Taman Serai Permai,Bagan Serai pagi tadi lebih kurang pada pukul 11 pagi.
Program ziarah Deepavali ini bermula di kawasan sekitar rumah YB Ramli sendiri.6 buah keluarga dilawati dan diberi sedikit sumbangan berupa barang dapur dan wang ringgit untuk meringankan beban keluarga tersebut.Program bermula jam 230 petang.
Rombongan ini bergerak pula ke kawasan Pondok Tanjung.Juga 6 keluarga layak menerima sumbangan yang tak seberapa tersebut.
Program berakhir jam 4 petang.Dalam program ini,YB Ramli diiringi Pengerusi Skuad Kebajikan DUN Semanggol,Puan Hamimah Bt Minhat serta AJK-AJK beliau.YB Ramli mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua masyarakat India.e
0 ulasan:
Catat Ulasan