Jumaat, 5 November 2010

SEMUA INI KETENTUAN ALLAH SWT...BUKAN KETENTUAN BN

|

Assalamualaikum YB Ramli ucapkan kepada semua pembaca,penyokong PAS dan juga tidak lupa kepada penyokong-penyokong BN yang mengikuti perkembangan blog yang tidak seberapa ini.Keputusan pilihanraya di Batu Sapi dan Galas telah menyebelahi kepada BN seperti yang semua telah sedia maklum.Memandangkan YB Ramli turut terlibat membantu jentera PAS di Galas jadi YB ingin menyatakan beberapa perkara.


Yang pertamanya YB Ramli mengucapkan tahniah kepada semua petugas-petugas dari seluruh negeri yang turun untuk membantu memenangkan PAS walaupun hakikatnya kita kalah dan kerusi DUN Galas berpindah ke tangan BN.Dahulunya PAS menang dengan majoriti 646 dan kali ini PAS kalah dengan majoriti sebanyak 1069.Terlalu banyak isu yang dimainkan BN dan paling terkesan adalah isu rasuah Tok Guru kepada orang asal.Realitinya wang tersebut adalah pemberian zakat dari Tok Guru memandangkan mereka telah memeluk Islam dan layak menerima duit tersebut.




Selain itu,sejak awal lagi semasa YB Ramli berada di sana semua orang berkata-kata "Ku Li boikot calon semasa penamaan calon","Ku Li dipinggirkan kerana kebanyakan banner hanya ada wajah PM dan TPM" dan tak kurang juga yang cakap "Ku Li jarang turun melawat rakyat".Semua kata-kata ini menyebabkan kita terlalu yakin bahawa PAS akan menang.Dan membuatkan kita duduk senang tanpa memikirkan persiapan yang perlu untuk dibuat menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku.




Kita terlupa siapakah Ku Li?Ku Li bukannya budak hingusan.Beliau sudah lama menjadi ahli politik.Orangnya berpengalaman dan jangan lupa beliau bersama rakyat Kelantan menuntut royalti dari kerajaan pusat.Dan ketika PRK Galas sedang berlaku,beliau timbul di kaca TV dan menegaskan supaya dihentikan serangan peribadi terhadap calon PAS.Kemungkinan kedua-dua 'sikap baik' beliau ini sedikit sebanyak menawan hati pengundi sekaligus menaikkan nama beliau yang agak tenggelam sebelum ini.





Dan yang terakhirnya wang bernilai RM250 yang diberikan pengundi atas alasan membalas budi di atas tugas-tugas yang dilakukan mereka untuk memenangkan BN.Apa pun yang berlaku YB Ramli harap semuanya menerima denagn hati yang terbuka.Kita kuatkan semangat sebagai persiapan menghadapi PRU 13 yang dikatakan semakin hampir.






Jangan sekali-kali berputus asa kerana perjuangan menegakkan Islam bukanlah mudah.Istiqamah dalam perjuangan adalah amat penting bagi mencapai kejayaan mutlak.Allah menjanjikan kebaikan yang berlipat ganda kepada mereka yang berjuang di jalanNya.Ingatlah,apa yang berlaku,semuanya adalah ketentuan Allah SWT bukannya BN yang menentukan kita menang atau tidak.Ada hikmahnya disebalik kekalahan kita.Kalau PM kita cakap,sanggup bertaruh nyawa untuk mempertahankan Putrajaya apa salah jika kita lakukan perkara yang sama untuk menakluk Putrajaya???Asalkan kita dengan ideologi yang berlandaskan syariat Islam...Allahuakbar!!!

0 ulasan: