Selasa, 10 Ogos 2010

YB RAMLI....SEMPENA RAMADHAN

|

Pagi tadi YB Ramli dan isteri berkunjung ke gerai makan Encik Omar B Basri,42,di jalan Kampung Selamat.Encik Omar mengadakan sedikit jamuan sempena Ramadhan yang bakal tiba.Selain itu YB Ramli turut menyampaikan beberapa bungkusan sebagai sumbangan kepada beberapa orang yang kurang berkemampuan.Turut hadir adalah YB Husin Din.


Selepas itu YB Ramli dan isteri bertolak pula ke Kampung Tebuk Matau untuk memenuhi permintaan bagi mengadakan sedikit tazkirah Ramadhan kepada peserta-peserta Amanah Ikhtiar di kawasan tersebut.Tazkirah selama hampir sejam itu dimulakan dengan sedikit bacaan ayat suci Al Quran(berkaitan Ramadhan) yang diperdengarkan oleh isteri YB sendiri iaitu Ustazah Latifah Salleh.
Untuk tazkirah ini YB Ramli menggunakan buku Fadhilat Rejab,Syaaban dan Ramadhan serta sebuah buku tafsir Al Quran.Sengaja ditunjukkan buku ini kerana takut disalah faham dan dituduh YB Ramli berceramah politik pula.
Apa pun YB Ramli dan isteri mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Umat Islam di seluruh dunia.Perbanyakkanlah ibadat di bulan yang mulia ini kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang mengimarahkan Ramadhan dengan sebaik-baiknya...

0 ulasan: